April 18, 2012

RAHSIA AWET MUDA

RAHSIA AWET MUDA

Kajian yang dilakukan telah membuktikan 'Rasa Keriangan, kepuasan, kesyukuran dan ketenangan jiwa' dapat mengekalkan keceriaan wajah kita dan melenyapkan 'Ketuaan' kita. Salah satu penawar yang tidak kurang mujarabnya ialah 'Senyuman' dan keikhlasan hati yang akan memberi ketenteraman jiwa, kepada diri kita sendiri dan kepada orang yang menerimanya.

Jadi bagi wanita yang sedang dimamah usia, sudah pasti kita memerlukan krim muka yang 'rich' kuat dan lebih bagi menghilangkan kedutan di muka bagi menaikkan seri wajah. Tapi tidak perlu bimbang kerana kini kita sudah ada jalan penyelesaiannya. Anda ingin tahu?

Kita hanya perlu tukar sikap panas baran. Iri hati. Dengki kita dengan mempamerkan 'good temper' dan pembersihan hati nurani. Kerana perasaan riang ditambah dgn. Kesucian hati, dgn. sendirinya akan meringankan segala kesakitan, kemarahan , kebencian dan seterusnya menjauhkan diri kita dari sifat-sifat perasaan yg. membawa pada kemudaratan dan 'Kelihatan tua' dari usia kita.

Jadi mulai sekarang mari kita sama-sama membuang sifat panas baran dan gantikan dengan sifat keriangan dan kesabaran dengan penuh keikhlasan.

Ketahuilah sifat-sifat ini umpama mentari yg. menyinar dalam kehidupan kita. Nescaya kita akan kelihatan sentiasa 'Cool. Calm. Collected' Rahsia Awet Muda, lebih sihat dan sudah tentulah lebih berjaya dan bahagia.

Perasaan sakit hati. Dendam. Benci adalah punca utama yg. menyebabkan timbulnya pelbagai 'Penyakit' terutama sekali 'Tua dari Usia'!

No comments:

Post a Comment