January 31, 2012

Cara menyimpan benang n sekoci di Azra Fesyen

Assalamualaikum n salam syng buat semua pembaca blog ini.
Moga semua sihat sejahtera ya....kali ini madam nak buat N3
tentang bagaimana di Azra Fesyen menyimpan benang n sekoci
yg di gunakan.Jom kita tengokkkk...jom jom jom....



Begini la madam menyimpan benang
n sekoci di butik madam.




Madam gunakan gabus putih yg bila kita
beli peralatan letrik kan pasti ada.Madam
balutkan dgn kertas pembalut hadiah dan
madam buat jarak 1 1/2" x 1 1/2".Lepas tu
madam pacakkan lidi gemuk(spt lidi buat
bunga telur tu)Pastikan pacak hingga habis
gabus tu n lidi tu jgn biar terlebih banyak sangat
sbb nanti susah nak ambil benang n sekoci.




Madam buat jarak 1 1/2 x 1 1/2" supaya
bila kita nak mengambil benang n sekoci
tak ganggu benang n sekoci yg lain.
Jadi tak bertabur la.



Mmmm....kemas kan!Bila kemas
gini,kita pun seronok n bersemangat
nak bekerja kan!



Ok,sesiapa yg berminat dgn cara
madam boleh la mencubanya ya.

Nampaknya,itu jer la N3 utk kali ini.
Spt biasa madam akhiri dgn salam syng n
salam 1 M'sia.Senyum selalu ya!....Daaaaaaaaa...

January 29, 2012

Madam gedikz sesangat nk jait baju budak girl....

Assalamualaikum n slm syng utk kalian semua.Moga sihat
n ceria selalu.Amin!Mmm berjumpa lg kita ya.N3 kali ni
madam nk cerita pasal baju budak(girl).Semalam,tiba2
hati madam ni bagai di jentik2 teringin nk jahit baju
utk budak perempuan.Jd spt tak mampu mengawal diri,
lancar jer tangan madam mencari kain,mengunting n
menjahit hingga siap 2 pasang baju utk anak jiran kedai
madam.Terkejut jugak la kwn madam tu bila madam
dh siapkan 2 psg baju utk anknya.Bila dh siap baju tu n
di pakai oleh ank kwn tu,hati madam rasa sangatttt
puas n lega.Seperti telah memenuhi keinginan hati
yg meronta2 utk jahit baju budak!.....
Ok,jgn banyak2 fikir,jom tengok!jom jom jommmmm...




Ini la dia sepasang blaus utk girl
yg bernama Hayatul Aula.Masa
madam mengunting,madam hanya
mengikut gerak tangan sajer sbb tak
plan nk buat baju budak.Alhamdulillah,
ini la hasilnya.



Blaus ni madam buat leher bulat n
guna paiping dari kain yg sama jugak.




Yang ini skirtnya.Di hujung skirt tu
madam tambah kain kosong berwarna
hitam n sulam biku2 dgn benang putih.
Madam buat gitu sebagai hiasan sbb madam
buntu nak tambah apa sebagai hiasannya.
Lagi pun,sebenarnya madam sedang seronok
menjahit dgn mesin baru tu!hehehe
Baju ni madam siapkan 100/100 dgn mesin
Singer 8280 tu!




Jeng jeng jeng....ini lah dia girl yg bernama
Hayatul Aula tu!Comei kan!...Dia sangat teruja
bila tahu madam sedang jahit baju utk dia.
Dengan segera dia hendak mencuba.Lihat la...
pandai dia berposing bila madam nak ambil
gambarnya...tapi madam lak tak secekap
juru gambar masa mengambil gambar...hehehe




Madam rasa seronok n puas bila Aula
sangat suka dgn hasil kerja madam.



Masa Aula dtg kekedai madam.Madam baru siapkan
baju blaus n skirt aje n sedang menjahit baju kurung ni.
Tapi dia sangat ghairah hingga tak sabar.Dia dh siap
buka baju sbb nak pakai baju yg sedang madam jahit
ni pulak.Puas di pujuk baru la dia pakai balik bajunya.
Nasib baik madam tak ada pelanggan yg perangai
macam ni.Ia lah,kalau ada pelanggan yg tak sabar
nak kita siapkan baju sambil menunggu dia dh buka
baju sbb nk pakai baju yg sedang di siapkan!




Tengok la Aula mengayakan baju yg tak sabar
dia menunggu tu!Pandai sungguh dia bergaya.
Jadi semalam sempat la madam menyiapkan
dua pasang baju utk Aula yg comei n keletahnya
yg sangat mencuit hati!...Aula hapi,madam pun hapi
n puas sbb dh lama tak jahit baju budak.Madam
tak menerima tempahan baju budak.Tapi selepas
ini.....mungkin terima kot!hehehehe

Ok semua!nampaknya hanya sampai disini kita
berjumpa ya.Insyaallah,madam akan buat N3
lain pulak ya.Mungkin seterusnya madam nk
kongsi cerita pasal baju2 pengantin lak!
Hingga jumpa lg,madam tinggalkan kalian
dgn salam syng,salam 1 M'sia n senyum selalu ya.
Daaaaaaaaa

January 28, 2012

Ahli baru di Azra Fesyen.

Assalamualaikum n salam sejahtera buat semua pembaca blog
madam.Moga semua sihat ceria selalu.Amin.Mmmm thn baru
hampir sebulan berlalu,bagaimana dgn perancangan n azam
thn baru.Harap semua yg kita impikan menjadi kenyataan.
Insyaallah.Sebenarnya N3 kali ini,madam nk kongsi
pekara menaarik di Azra Fesyen.
Di awal thn,Azra Fesyen telah mula mengorak langkah setapak
kedepan dgn menambah beberapa peralatan di Azra Fesyen.
Penambahan ini adalah kerana penambahan student yg
agak memberangsangkan.Moga ianya berterusan...
ramai yg dh tahu sistem madam mengajar n suka serta
tertarik utk menyertainya.Dalam waktu mengajar,madam
sangat suka berkongsi tips/petua dan memberi motivasi pd
studen madam.Student madam boleh bertanya apa saja
tentang dunia jahitan...Insyaallah,akan madam jwb semuanya.
Mmmm...tengok tu!madam ni kalau dh mula menceceh,panjang
lak ceritanya.Jom la kita tengok n berkenalan dgn ahli baru di
Azra Fesyen.....moga semuanya memberi erti yg bermakna
pd Azra Fesyen yg sangat madam sayangi....Jom jom jom!





Jeng jeng jenggggg....hah!ni la ahli baru di Azra Fesyen....
Comei kan?Mesin jahit Singer 8280.Madam membuat
penambahan mesin jahit utk memenuhi keperluan
student madam.Pd mulanya nk beli mesin high speed
tp ruang kedai madam tak mengizinkan.Sbb madam
ada buat penambahan peralatan yg lain.Jom tengok lg!



Hah!yg ni madam tambah 3 biji bangku plastik dan
lagi 1 meja utk membuat pola/mengunting kain.
Sebelum ni madam ada 2 biji meja sebegini dan 3
biji meja besar.




Hah!Yg ni madam jumpa masa dok pusing2
dlm carefour,rasa berkenan terus jer madam
rembat satu.Yg ni bertutup sbb tu madam berkenan.
Jd tak la pinggan/cawan madam berhabuk!Biar
semua duduk diam2 dlm bekas tu!hehehe....




La!Yg ni apa pulak?...hehehehe...ni sebenarnya,madam
nak tunjuk hasil kerja mesin yg baru beli tu...kebetulan
ada pulak custemer dtg nak minta tampal seluar anknya,
jadi madam dgn rasa bahagianya telah pun merasmikan
mesin jahit baru tu....sebelum ni madam buat kerja tampal
menampal lain sikit n sebelum ni kalau tang lutut madam
tak buat sbb mesin highspeed susah.TETAPI!bila ada
mesin jahit Singer 8280 ni...ia memudahkan madam...hehehe
madam sayangggggg kat mesin baru ni.....yg lain syng jugak!




Mmmm....yg ni apa pulak?oooo yg ni ialah
lubang butang yg madam cuba buat dgn
menggunakan mesin jahit Singer 8280 tu.
Ok jugak la.Kalau sesak,membantu jugak la
mesin ni pd madam n Azra Fesyen....




Ehhh!ni apa kes???Takkan yg ni pun
madam baru beli?mmmm....hehehe..
sebenarnya,madam bg muka kat
ibu kucing ni.Sian dia..sedang sarat
mengandung.Perutnya besar,mungkin
ada 4 atau 5 ekor ank dlm perutnya.
Itu lah yg di teka oleh semua org yg melihat
keadaannya yg sedang sarat sangat tu!Setelah
kematian Blacky yg sangat madam syng n cintai...
madam belum ada penganti tp janji madam pd
diri madam selagi madam berniaga,madam akan
berkongsi rezeki dgn kucing2 yg ada di sekitar
kedai madam.Jadi madam akan pastikan makanan
kucing(whiskes) dan air mesti sentiasa ada di dlm
bekas makanan n minuman kucing yg terletak
depan kedai madam.Jd,kucing2 gelandangan/terbiar
akan singgah di kedai madam utk menjamu selera.
Bila mereka dh kenyang mereka akan beredar.
Ada juga kucing yg terus setia dtg mkn.Termasuk
la si ibu ni (kucing di atas).Atas belas kasihan,
madam benarkan dia masuk n berehat dlm kedai
madam.Begitu la keadaannya berehat.Tido dlm
keadaan terlentang dgn perut besarnya!Comeikan!




Hah!jeng jeng jeng!!!!......Alhamdulillah....
akhirnya si ibu dah melahirkan anknya.
Si ibu melahirkan anknya dlm kedai madam.
Moga membawa tuah!Amin.Tapi! yg madam
hairan nape 2 jer anknya...madam tunggu lagi.
Kot kot si ibu akan melahirkan lg sbb perutnya
masih besar!tapi....hr ni adalah hr ke4,tak ada pun.
Dgn ini bermakna anknya 2 ekor sahaja!!
Mungkin si ibu ni spesisi perut besar n tebal!hehehe....

Hah!tu la cerita madam utk N3 kali ni.Best tak kongsi
cerita madam?hehehe...sesekali pembaca madam,layan
la kepala madam yg serabut ni ya....
Mmm...madam berharap sangat dapat penganti Blacky
secepat mungkin....rindu ku pd mu(Blacky)makin mendalam!
Ok la,spt biasa madam akan tinggalkan pembaca blog ni dgn
salam syng,salam1 M'sia n senyum selalu ya!Daaaaaa.....

January 05, 2012

Cara-cara membuat lubang lengan dan tangan utk saiz "S","M" dan "L"

Assalamualaikum n slmt sejahtera buat semua pembaca
blog kesayangan madam ni....Hari ni baru 5/1/2012,madam
rasa masih boleh madam ucapkan SLMT THN BARU!
Moga 2012 kita semua di murahkan rezeki,di rahmati dan
di lindungi ALLAH selalu dan di kurniakan kesihatan yg
baik utk kita semuan ya!Amin n insyaallah.Untuk madam
sendiri alhamdulillah,thn baru bermula dgn baik,baru 2 hr
dlm thn 2012,madam dh kena bawa keja balik umah sbb
banyak kerja yg madam mesti siapkan segera.Pelajar
baru madam juga ramai yg dh mulakan pelajaran mereka
bersama madam dan yg dtg mendaftar juga ramai.Syukur,
terima kasih ya ALLAH.Kelas jahitan madam sentiasa
terbuka utk pelajar2 yg ingin menyertai kelas madam.
Jika ada yg berminat,silakan menyertai kelas madam ya...

Oppsss untuk N3 kali ini sebenarnya madam nak berkongsi
tips/petua yang sangat penting utk menjadi tukang jahit
yg boleh menghasilkan pakaian yg cantik n sempurna untuk
pelanggan mereka,tak kira samaada pelanggan tu saiz 'S','M'
atau "L'.....nak tau tak???Kalau nak tau,anda boleh terus
bersama madam dengan baca N3 madam kali ini seterusnya.
Madam ada menerima persoalan,kenapa mereka buat baju
utk org bersaiz 'L' spt ada yg tak kena.Untuk pengetahuan
pembaca kesayangan madam,bila kita buat pola utk org
yg bersaiz 'L' kena jaga di bahagian lubang lengannya.
Sbb rahsianya,org yg berdada besar(kekadang ada org tak
gemuk tp buah dadanya bersaiz 'L') or org bersaiz 'L'
JAGAN DI BUAT LUBANG LENGANNYA BESAR!!!
Bila kita dah terbuat lubang lengannya besar utk org
saiz'L' alamatnya si pemakai akan kelihatan tak kemas
bajunya akan jadi "gelobos".Dan bila kita nak cuba
"merepairnya" pasti bermasaalah sbb bila kita kecikkn
bahagian dada,lubang lengan memang boleh kecil tapi
dada baju akan jadi sempit.Jadi hati2 bila buat lubang
lengan utk org bersaiz 'L' ya...
Mmmmm...panjang lak sembang madam kali ni ya...
semangat thn baru la katakan!hehehehe....
Ok la jom tengok apa yg madam dh sediakan utk
pembaca kesayangan madam yg ada kaitan dgn N3
kali ini....jom jom jom tengokkkkk....




Ini adalah pola2 yg telah madam
sediakan utk penerangan bagaimana
nak buat lubang lengan utk saiz 'S','M'
dan 'L'.

Kita mula dgn pola buat lubang lengan
untuk org bersaiz 'S' dulu ya.

Madam rasa,untuk buat pola baju utk saiz
'S' semua tukang jahit tahu.Tapi madam
tetap nak perkatakan caranya.
bahagian garisan dada buat spt biasa,iaitu
dada/4 maka kita dapat jarak garisan dada.
Cnth:Dada 32/4=8.Maka dr bahu turun
8",buat satu garisan di 8 tu,ini di
panggil grisan dada.
(GARISAN YG MADAM MAKSUDKAN,
KITA DAPAT DGN UKUR DR BAHU
TURUN KE BAWAH YA.BUAT
SATU GARISAN)Di garisan melintang dada tu,
ukur dada/4+1".Cnth:dada 32/4+1".Itu la panjang
garisan dada yg di perlukan.Di hujung garisan
dada tu turun 3/4" dan sambungkan garisan
lengkung lubang lengan.Jadi tu la besar lubang
lengan nya.


Jika tak faham penerangan di atas,
sila lihat gambar ni pulak ya.
Nampak tak ank panah kebawah
3/4" tu,tu turun dr garisan dada
yg melintang tu.



Ini bahagian belakang badan
pola utk saiz 'S'.Jika di garisan
dada kita turun 3/4" di badan
depan,jadi di belakang pun mesti
sama turun 3/4" ya.Kalau tak
kita bermasaalah nk cantum badan
depan dan belakang nanti.



Ini pula pola membuat lengan(tangan) baju.
Tak patut pulak madam rasa kalau tunjuk
cara membuat membuat pola tangan kan.
Utk saiz'S' di garisan dada tu buat dada/4-1".
Cnth:dada 34/4=8.5-1".


Ini pola untuk saiz 'M'.
Sama spt saiz S,cari garisan
dada dgn ukuran dada/4.Dr
bahu turun kebawah n buat
garisan.Di garisan tu pulak
cari ukuran dada/4+1"(ini
utk pola badan depan tau).
Cuba perhatikan,di garisan
dada(yg melintang tau),
madam tak turunkan 3/4".
Di sini bezanya nk buat lubang
lengan utk saiz M.Faham Tak???



Perhatikan di garisan dada.
Masih lagi guna formula D/4+1".
Tapi di garisan dada tak perlu
turunkan 3/4".Terus buat lengkung
lubang lengan di garisan dada.


bahagian pola badan belakang
saiz 'M'


Pola utk saiz 'M',tak perlu turun
3/4 di garisan dada(depan dan
belakang sama ya)


Pola tangan untuk saiz 'M'.Masih sama dgn
pola tangan saiz 'S'.Iaitu,dada/4-1".


JENG JENG JENG.....SAIZ 'L'



Ini pola utk saiz 'L'.Tolong perhatikan
dgn betul2.Di garisan dada,madam naikkan
1 1/2".Nape?...oooo sbbnya org bersaiz 'L'
kita tak leh buat lubang lengannya besar.
Sebab?Sbb bila org saiz 'L' di buat lubang
lengannya besar bajunya akan jadi "GELOBOS!"
dan bila kita cuba repair baju tu,dadanya pulak
sempit da!...Jadi sebelum dapat masaalah,
pastikan lubang lengan tu jgn buat besar ya!


Begini la caranya untuk mendapatkan
lubang tangan untuk saiz 'L'.Sama
spt saiz 'S' dan 'M',cari garisan dada dgn
mengukur dgn ukuran dada/4.Dan di
atas garisan tu pulak,ukur dada/4+1
(utk badan depan).Di hujung garisan ini
naikkan 1 1/2".
(*kalau saiz 'S' kita turunkan 3/4" di
garisan ni dan saiz 'M' kita hanya terus
guna garisan ini.*)
Faham tak???....kalau masih tak faham
study balik apa yg madam dh ajar di atas
ya syng.....





Sama spt pola saiz 'S' dan 'M'.garisan dada
mesti sama.Iaitu,kalau depan naik 1 1/2,pola
badan belakang pun sama naik 1 1/2 ya.



Utk pola tangan saiz 'L',agak berbeza ya dgn
pola utk saiz 'S' dan 'M'.Cuba perhatikan...
di garisan ,madam buat dada/4-2".Kalau
anda tak tolak 2" nnti tak leh pasang pulak
lengan ke badan.....

Madam nk tulis sikit tentang hujung lengan.
Perhatikan.setiap pola lengan madam ada turunkan
1 1/4" (utk basi lipatan hujung lengan ya syng),di
garisan bawah sekali madam buat lebar hujung
lengan/2+1/4".Nape???...sebab supaya bila
anda membuat "ending"kerja di hujung lengan tak
lah susah.Pernah tak anda bermasaalah bila nk lipat
n jait silang pangkah di hujung lengan tu.Tiba2 kain
yg di lipat tak "ngam" dgn tangan tu...tu sbb hujung
tu terkecik la,sbb tu madam tambah 1/4".

Mmmm...camna?Boleh tak?Kalau baca sekali tak boleh
nak faham,tolong la baca 2-3x lagi bg faham.In sha Allah
boleh faham.

***.KEPADA YANG MASIH MENGALAMI MASAALAH UTK PASANG TANGAN KE LUBANG TANGAN DI BADAN ,DATANG LA KE AZRA FESYEN UTK MENGETAHUI TEKNIK YANG SEBENAR MEMPOLA DAN MEMASANG TANGAN BAJU KE LUBANG LENGAN BAJU. MADAM MEMANG ADA MEMBUAT KLINIK POLA DGN TUJUAN MEMBANTU MEREKA YANG INGIN MENGUASAI ILMU KEMAHIRAN JAHITAN INI.MADAM AKAN BERKONGSI ILMU INI DENGAN MEREKA YANG MEMANG BERGURU DENGAN MADAM ITU LAH KELEBIHAN MEREKA YG DTG BELAJAR DGN MADAM.DI AZRA FESYEN ANDA HANYA AKAN BELAJAR DGN MADAM AZRA DAN BUKAN ADA GURU LAIN YG MENGAJAR KERANA ILMU MADAM HANYA ADA DLM KEPALA MADAM SAJA.***

Madam rasa,nak berhenti seketika di sini la.Spt biasa,
madam tinggalkan pembaca blog madam dgn SALAM
1 MALAYSIA N SENYUM SELALU!Daaaaaaaaaa.....
hingga jumpa lg ya.