April 08, 2012

JIKA HENDAK BERJAYA..BERANILAH MENGAMBIL RISIKO
(DARE TO RISK)

Nak ketawa, risikonya takut nampak bodoh.
Nak menangis, risikonya Nampak sentimental, emotional sangat.
Untuk mencapai apapun melibatkan 'Risiko'
Untuk menyintai, risikonya takut cinta tak berbalas.
Untuk hidup, risiko nya Mati
Untuk mempercayai, risiko nya kegagalan.

Walau apapun, RISIKO wajib di ambil juga. Kerana perkara yang amat membahayakan dalam hidup ini, ialah 'TIDAK MENGAMBIL' sebarang Risiko.

Masalahnya pula:

Orang yang tidak mengambil sebarang risiko @ Tak berbuat apa-apa @ Tak ada apa-apa @ Tak Jadi apa-apa pun !

Hakikatnya mereka mungkin mengelakkan kesusahan. Kepayahan. Kesedihan. Tetapi mereka juga sebenarnya tak pernah belajar. Merasai . Mengalami. Berubah. Membangun, Menyintai dan 'Hidup' Dirantai oleh sikap mereka. Mereka menjadi Hamba' kerana mereka sendiri yang mengorbankan 'Kebebasan' mereka.

Ingatlah akhirnya orang yang berani mengambil risiko saja yang akan nerasai 'Bebas'!

Mari sama-sama kita renungi di hari minggu ini. Apakah kita mengelak dari mengambil sebarang 'Risiko' sebab itulah kita berada di takuk dan tahap ini !

No comments:

Post a Comment