January 20, 2016

PAKAIAN KANAK-KANAK PEREMPUAN(GAUN)

20/1/16.Bismillah,Assalamualaikum dan salam kasih syng buat semua pengunjung blog kesayangan madam ini. N3 kali ini madam sekadar nak berkongsi gambar-gambar gaun kanak. Sebahagian ialah antara hasil dari AZRA FESYEN(hasil airtangan madam sendiri) dan sebahagian lagi hasil tangan students madam yang menyertai bengkel Gaun kanak-kanak & Gaun Peplum Kanak-kanak.Madam sedia menerima tempahan pakaian kanak-kanak.Jika ada family yang ingin menempah pakaian sedondon utk Aidil Fitri tahun ini,boleh menghantar tempahan secepat mungkin ya.Ok,jom kita tengok antara gaun kanak-kanak yang ada dalam simpanan madam.Ada masa madam tak sempat nak ambil gambar.So ini antara yang sempat.Jom la ya,kita tengokkkk ....berminat boleh tempah terus pada madam.Ni no hp madam,012-9757909.







Gaun ini di tempah customer madam sedondon ibu dan ank.



Gaun ini di tempah customer madam yang datang ke kedai madam.Dia beli cotton Vietnam ini dari kedai madam terus tempah.






Baju ini di tempah customer.Songket sarawak yang sedang di gilai orang.Baju ini juga sedondon ibu dan ank.




Gaun peplum ini juga hasil airtangan madam.Berminat?Hubungi madam utk tempahan ya.

 




Blaus ini adalah dari lebihan kain membuat gaun di atas.Madam maklumkan pada ibu nya,dan ibunya suruh madam buatkan blaus utk anaknya.Blaus ini boleh di pakai dengan seluar jeans or skirt.

B







Gaun ini juga antara yang di hasilkan oleh madam.








Di AZRA FESYEN,juga menerima tempahan baju kurung moden utk kanak-kanak.Juga baju kurung biasa.









Ini gaun peplum yang juga madam hasilkan sendiri.Peplum kombinasi .Berminat?Hubungi madam segera ok!



Yang ini adalah hasil student madam masa bengkel kanak-kanak.Cantikkan?Anda pun boleh buat jika ada kemahuan.Jika ingin mempelajari cara-cara membuat gaun peplum utk anak anda,apa lagi?! Hubungi madam segera ok!




Ini juga hasil tangan student madam masa menyertai bengkel gaun kanak-kanak.Seronokkan bila lihat anak kita pakai pakaian yang di jahit si ibu sendiri!Berminat?!Hubungi madam ya!


Juga hasil student madam.Student ni sedang hamil,so dia buat utk anak buahnya.In sha Allah dia dapat ank gegirl,boleh buat sendiri gaun utk anaknya nanti kan!



Gaun Kombinasi warna.Menarik juga purple dan biru!



Madam juga berkongsi idea dengan student madam.Madam cadangkan buat sedikit jahitan bercorak yang di pilih dari mesin portable madam.Seni itu indah kan?!


Perhatikan tali pinggangnya.Madam bagi idea buat pleat,supaya ada kelaianan.


Gaun ini juga dapat sentuhan jahitan bunga dari yang ada di mesin portable madam.Dan hujung tangannya madam cadangkan buat getah bertingkat-tingkat.Belajar dengan madam,memang madam suka berkongsi idea dan mencadangkan kelaianan,so tak la semua students yang hadir dlm bengkel menghasilkan baju yang sama saja patternnya. Betul tak?!




Hah!yang ini student madam buat tanpa lengan.Jika orang yang tak ada pengalaman memang akan buat lubang tangan seperti biasa dan nanti hasilnya lubang tangan tu jadi besar dan ada budak akan rasa malu nak pakai!Yang madam ajar hanya ngam-ngam keliling lubang tangan.Berminat nak pelajari tekni ini?Jom belajar di AZRA FESYEN.Tentunya madam yang ajar dan kongsi ilmu.





Yang ini pun comelkan?! Polkadot dan bunga-bunga!kombinasi yang menarik!Ceria!Gaun ini kelaianan yang madam cadangkan,buat rebe yang kembang/besar di hujung!Kan kelaianan!



Gaun ini,student madam pilih untuk belajar teknik membuat leher guna paiping dari kain yang sama.Dan hujung tangan buat getah satu.


Gaun ini,pun dapat sentuhan kelaianan.Kelaianan dari segi aksesorinya! Madam ajar cara buat reben bow dan di jahit buatang yang comel di atas bow itu.


Dan di bahagian bawahnya madam ajarkan supaya letakkan kain yang bercorak paisley itu di bawah.Kalau kain ada lebih banyak boleh buat pleat....lg comei!




Ok,Yang ini pun ada kelaianan.Bahagian dada tu di potong memanjang dan di tambah renda dan di tengah-tengah di tambah tampalan kain dan hiasan butang bunga yang comei!


Hujung tangannya di jahit getah bertingkat tp dalam 3 tingkat je.





Mmmmmm....puas tak melihat gaun-gaun yang madam kongsikan.
Jika raya tahun ini teringin menjahit baju untuk anak-anak sendiri,boleh la belajar dari sekarang ya.Sbb puasa tahun ini jatuh pada bulan enam ni.Sangat jimat jika kita boleh menjahit sendiri pakaian kita sendiri dan anak-anak.Masa untuk belajar masih ada,hanya perlu di rebut secepat mungkin .

Nampaknya hingga di sini N3 madam kali ini.In sha Allah selepas ni ada perkongsian ilmu pulak ya!
Seperti biasa,madam tinggalkan kalian dengan senyum selalu dan salam Satu Malaysia!Daaaaaaaaa...................