June 09, 2012

CARA MEMBUAT LAPIK LEHER

Assalamualaikum dan salam syng buat semua!Moga semua sihat ceria hendaknya.Amin!Untuk N3 kali ini madam nak berkongsi cara membuat lapik leher.Sebelum kita terus dengan inti N3 seterusnya,madam nak maklumkan sesuatu.Madam ada membuat video tentang cara membuat tali lubang butang.Tapi sayang sangat,rakaman tu madam tak berjaya nak uploadkan ke dlm N3 kali ini.Dan ini adalah pertama kali madam membuat percubaan tapi sangat sedih kerana ianya tak berjaya utk madam nak kongsikan bersama dgn pembaca kesayangan madam semua.....Jadi kita berkongsi ajer lah apa yang ada ya syng semua!Madam minta maaf banyak2 dgn semua adik manis yg membaca blog madam ni.
Ok la,jom la kita terus kepada inti pati seterusnya.....jom,jom,jom....



Jika madam mengajar,madam panggil benda ni "bulan".Ini kita nak buat lapik leher.Madam letakkan "bulan"di atas kain perca yang telah di lipat dua dan pinkan.


            Setelah dipinkan,tandakan di bahagian bawah utk   
                                 belahan  sepanjang 3 3/4".


                          Tandakan sekeliling "bulan" 2" lebar.




Di bahagian belahan,turunkan 2" juga.Naikkan 1" dan buat garisan serong ke bawah.Anda juga boleh buat bentuk "U" jika taknak buat begini.Tapi madam nasihatkan jagan lah buat bentuk 4 segi begitu saja,kelihatan tak berseni!


Dan di bahagian atas tu buatkan lengkong (curve) sikit.Ini bukan apa,nampak la lapik leher tu seperti  berseni hasil kerjanya......ada faham ka adik manis?!


Ok,tolong fokus pada lapik leher sahaja ya.Gambar tu jangan kisahkan sbb gambar tu memang ada di bawah cermin meja memotong madam tu!..Beginilah rupa lapik leher yg telah di potong.Tapi madam tak potong lagi bentuk "bulan" tu ya....Mmmmm madam tau,ada adik manis yg tanya kenapakan?Madam suka ajar student buat begini sbb org baru belajar ni kekadang keyakinannya kurang jadi kalau begini lebih selamat.Dan satu lg sebab ialah,jika kita dah siap potong,kemudian baru gosok kain gam(interfacing) kekadang bentuk "bulan" tu dah tak ngam dgn bentuk "bulan" yg asal atas sebab tidak pandai cara mengosok kain yg di lekat dgn kain gam tu.Di kelas madam,madam akan ajar student madam bagaimana mengosok lapik leher dgn kain gam.

Ini kain gam (interfacing) yg agak nipis(tapi bukan yg paling nipis ya).Kain gam ni mempunyai dua permukaan.Satu permukaan berkilat,yang berkilat tu ialah gamnya.Dan satu permukaan lagi agak spt baldu,dan bahagian ini  tak ada gam.

Letakan permukaan dalam kain(lapik leher) ke atas permukaan kain gam yg berkilat tu.Pin kan dan gunting ikut bentuk lapik leher yang telah kita buat tadi tu.



Hah! ini lah rupannya.Bahagian yg berbaldu tu di luar dan yg bahagian yg berkilat tu di atas permukaan dlm kain (lapik leher).
Madam berharap sangat semua yg membaca faham ya.Adik manis ada faham ka?!


Ok,setelah siap di gunting tadi,kita mula kan kerja2 mengosok pulak ya.Ok,di sini madam cuba nak kongsikan cara mengosok lapik leher berserta kain gam.Adik manis panaskan seterika ke no 3 or ikut kesesuaian seterika adik manis ya.Bila seterika dh panas letakkan seterika tu atas lapik leher.Jika adik manis pin di bahagian depan lapik leher(luar kain),sila letak seterika di bahagian belakang kain gam.Sebab?...Sebab dgn cara ini kita boleh menjaga seterika kesayangan kita tu,tak lah calar waktu kita buat kerja2 mengosok.Jika belajar dgn madam,madam akan ajar juga student madam cara menggunakan barangan2 yg di gunakan agar tak mudah rosak,termasuk juga cara menggunakan mesin jahit.Berbalik hal menggosok lapik leher dan kain gam tadi,Utk mula2,jangan gosok seterika(gosok pergi balik) ke atas lapik leher tu.Maksud madam,mula2 tekap or tekankan saja seterika ke atas lapik leher tu dan kira 1 hingga 10.Angkat dan letakkan seterika di tempat yg lain pula.Buat sebegini hingga gam yg ada pada kain gam tu dh cair n melekat di kain lapik leher tu.Camna nak tau gam tu dah cair?..Mmmm  bila dah tekan seterika di semua atas lapik leher tu,perhatikan ada kelihatan titik spt basah tu maknanya gam dh cair.Atau paling senang nak tau kain gam tu dah lekat or tak pada lapik leher,cuba tanggalkan jika lekat, kira dh cair la gam tu.Bila dah pasti,baru la anda gosok spt biasa lapik leher tu.Kenapa kita kena pastikan gam di kain gam tu cair baru boleh gosok seterika atas kain gam tu? Sebab jika gam di kain gam tu belum cair dan kita dok la tergosok2 seterika atas lapik leher or kain gam tu,bimbang kebetulan masa kita mengosok2,gam pun cair dan dlm masa yg sama akan mengherotkan urat kain lapik leher.Ini antara sebab kenapa lapik leher yg telah di gunting dgn baik tapi bila nak pasang pada leher di badan baju ianya tak ngam....ada faham ka adik manis?!


Untuk seterika madam,gunakan no 3 utk kepanasan yg sesuai.Tapi mesti di ingat! jangan gunakan seterika yg terlalu panas sbb ianya akan membuat kain gam dan lapik leher anda mengerekot/berkedut dan bentuk asal lapik leher tu berubah!

Begini lah rupanya lapik leher yg telah siap sempurna di gosok dgn seterika yg suhunya sesuai.Bila dh betul2 kain gam melekat di seluruh kain lapik leher baru di jahit tepi kelilingnya ya.Kalau tak lekat dgn sempurna,bila jahit tepi hasilnya tak cantik!


Bila dh siap urusan mengosok/seterika,lipat 2 sekali lagi lapik leher tu dan letakkan "bulan" semula di tempatnya.

Setelah pinkan "bulan" di tempatnya,jgn lupa tandakan 3 3/4" utk belahan di dada.


Guntingkan "bulan" mengikut bentuknya.Juga bahagian belahan di dada tu ya.

Kononnya,ini bahagian badan baju.Garisan biru tu tanda tengah bahu di badan baju.


Letakkan "bulan",pastikan bahagian belakang hanya 1/2" saja.

Madam letak pembaris nak bagi pembaca perasan yg madam letak lapik leher di bahagian belakang hanya 1/2"


Jagan lupa bahagian belahan di dada,panjangnya 3 3/4".Tapi bila dh siap dijahit nanti ia akan jadi 4".(jgn buat belahan ni lebih dr 4",nanti seksi pulak si pemakai tu!)


Nampak tak?Bahagian depan dan belakang.


Begini lah rupanya bila kita dah gunting "bulan" leher di badan baju.

Sekarang,letakkan lapik leher dengan bahagian depan lapik leher ke atas badan baju.Seperti yang di tunjukkan.Pinkan.


Ini pandangan bahagian dalam badan baju dgn lapik leher telah di pin kan.

Jika adik manis kurang pandai membuat bucu di hujung belahan leher,anda boleh buat tanda dgn eareser pen atau kapur tukang jahit dgn buat bentuk V.Tapi harus di ingat jgn buat V tu terlalu panjang ya,hanya 1/4" turun dr belahan yg telah di buat tadi.


Semasa menjahit dan sampai di hujung V tu,biar jarum terbenam di situ dan pusingkan kain.Teruskan menjahit dgn mengikut bentuk V yg telah di tanda tadi.


Gambar ni madam nak tunjukkan besar mana basi utk jahit lapik leher.Utk basi lapik leher jagan buat besar,sbb hasilnya nanti leher baju kita akan menjadi luas dari ukuran asal.Pastikan hanya guna tepi tapak mesin shj,spt yg madam tunjukkan dlm gambar tu ya....
adik manis ada faham ka?



Begini lah rupanya lapik leher yg telah di jahit ke badan baju.Dengan guna tepi tapak mesin kita dapat ukuran basi yg sama rata shj.


Setelah siap menjahit lapik leher,kita "snapkan" or gunting dlm saiz yg kecil di sekeliling leher yg bulat sahaja.




Gunting kecil2 seperti dlm gambar.Ini bagi tujuan membuat kemasan di lapik leher dgn jahit di atas lapik leher sekeliling lapik leher yg telah di "snapkan".Lihat gambar di bawah.


Semasa jahit tindih,pandang dr luar lapik seperti dlm gambar dan pastikan basi lapik leher yg kita gunting kecil2 tadi berada di bawah lapik leher yg sedang di jahit tu.Lihat seperti gambar di bawah .


Beginilah rupanya bahagian dlm lapik leher dan basi lapik leher yg telah terjahit bersama lapik leher.



Pastikan semua basi lapik leher tertindih dgn kemasnya tanpa ada yg tertinggal.


Dan bahagian belahan juga mesti kita jahit tindih sama seperti keliling leher tadi tapi tanpa membuat "snap" seperti di keliling leher tadi.Hanya du hujung bucu tu shj kita snap sebelum menjahit tindih dr luar lapik leher.Jika tak "snap" di bucu V tu nanti akan berkedut di situ bila di terbalikkan lapik leher ke dlm baju.


Begini lah kelihatan lapik leher yg telah siap di jahit tindih bahagian lapik .Hanya kelihatan di bahagian dlm lapik leher sahaja.Madam tau,ada yg jahit tindih terus dari luar.Tapi belajar dgn madam,madam akan ajar cara yg betul.Kebanyakkan org yg buat baju ready made shj yg suka buat jahit tindih dr luar tu.Hasilnya pun tak nampak berseni dan nampak seperti buat kerja asal siap ajer!


Utk jahit bahagian belahan leher tu,anda tak perlulah nak mula dr atas sangat.Buat setakat yg mana boleh jahit jer.Anggaran 1/2" dr atas.


 Ini lah rupa leher baju yang telah di jahit dengan sempurna.

 Mmmm...madam dah sampai part nak tunjuk bagaimana nak jahit tali lubang butang....Cucuk jarum yg telah ada benang.Ikut suka,madam suka tali lubang leher yg tegap.So madam guna 4 lembar benang.Cucukkan anggaran 5/8" jarum di leher baju(atas).


 Ini pandangan dari luar baju.Yang gambar di atas ialah pandangan dari dlm baju.

cucuk pula anggaran 3/8" di bahagian belahan leher.Seperti cintoh dalam gambar.



Ini pandangandari luar baju.

Ini saiz tali lubang butang yg madam perlukan.



Huk huk huk.....kita sampai part yg sangat menyedihkan madam...sebenarnya sampai di sini madam ada buat rakaman video cara membuat tali lubang butan tapi syng,madam tak berjaya nak uploadkan disini dan berkongsi dgn kalian semua.....madam mohon jutaan maaf.Insyaallah,madam akan ushakan lg.

Nampaknya kita dah di penghujung perjumpaan kali ini.Seperti biasa,madam akhiri dgn salam 1 M'sia,salam syng dan senyum selalu ya adik manis semua! Daaaaaaaa!....