December 20, 2012

Cara membuat pinggang kain getah kiri dan kanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua!Moga hari ini hr 
yg ceria n bahagia buat semua pembaca blog  madam.
Alhamdulillah,madam sekeluarga juga sihat adanya.Untuk N3 kali ini,madam ingin berkongsi ilmu membuat pinggang kain yang getah di kiri dan kanan.Madam tahu ramai yang mengalami masaalah untuk membuat pinggang jenis ni.So madam berharap N3 kali ini boleh membantu semua pembaca blog madam yang baru mula menjahit dan yg dah pandai menjahit.Ok,mari kita mulakan tutorial membuat pinggang getah kiri dan kanan.Jom jom jommmmm.....**oppsss...madam terpaksa campur gambar sbb ada bab yg madam terlepas or terlupa ambil gambar...tau jer la madam ni kalau buat tutorial nak bagi jelas n org faham***



Di dalam gambar sebelah bahan-bahan yang di perlukan untuk membuat pinggang getah separuh kiri dan kanan.Iaitu,zip 8"(zip untuk skirt/kain mesti 8"),balkram/pengeras pinggang ikut ukuran yg sesuai ya,getah 2 1/2" x 2kpg dan getah 5" x 1 keping serta kain perca untuk buat pinggang.
Sebelum madam teruskan tutorial ni,madam nak kongsi ilmu macamana nak buat kira-kira untuk dapatkan balkram dan getah yang betul.Ok,katalah pinggang pelanggan kita  tu 25".So cara kiraanya ialah 25"-10"(10" ini ialah khas untuk getah)=15"/2=7.5".
Jadi sediakan balkram berukuran 7 1/2"x2 keping(untuk depan dan belakang) dan balkram berukuran 1 1/2" x 1keping(untuk hujung pinggang/tempat cangkuk).Getah berukuran 5" x sekeping dan 2 1/2" x 2 keping.


Setelah adik manis sediakan bahan2 buat pinggang seperti di atas.Kita akan mula mencantum balkram dan getah.Cantum balkram dgn getah dengan meletak balkram di atas getah.Selisih angaran 1/4" jer.Madam tau,mesti ada yg tanya balkram dan getah tu perlukan basi ker?jawabnya ialah TAK!sediakan balkram dan getah spt yg telah madam terangkan diatas jer tanpa basi ya.

 





 










Cara mencantum set pinggang kain ni ialah berselang seli ya adik manis.Mulakan dgn balkram yg 1 1/2" bertindih(sambung) dengan getah 2 1/2"  lepastu sambung balkaram 7 1/2" dengan getah 5" lepastu sambung balkram 7 1/2" tindih atas getah 2 1/2".Semuanya ada 6 keping.Bila dh siap sambung,ianya akan jd seperti gambar di bawah ni.Madam ingin nasihatkan.Masa proses sambung pastikan kedudukan balkram dan getah tidak senget ya.Sbb jika senget ia memberi kesan tak cantik nanti atau mudah putus.Pastikan kerja kita kemas n kukuh.**jadikan amalan ya adik manis!**







Gambar di sebelah ialah kain/skirt yg telah siap di buat susun dan di jahit zip.Bila proses mencantum balkram dan getah siap,kita mula membuat tanda di bahagian atas kain iaitu utk buat pinggang ya adik manis.Membuat tanda adalah pekara yg sangat penting dan boleh memudahkan kita di mana nak letak balkram dan getah.Jika tak buat tanda dr awal ianya akan membuat kita tak tau di mana nk letak setiap getah n balkram.



Perhatikan gambar sebelah,madam mula membuat tanda dari tepi zip.Tanda 5"(utk bahagian getah ya adik manis),lepastu tanda panjang balkram yg di perlukan(di sini madam tanda 7 1/2 sbb itu ukuran di perlukan utk tuan pakaian ini.)Ini contoh,jgn la ingat semua pinggang org sama,TAPI YG GETAH TU BOLEH GUNA UTK SEMUA ORG YA.






Nampak tak?Tanda yg telah madam buat tu.Madam nk pesan,buat tanda di bahagian luar kain ya sbb masa jahit kita senang nampak tanda tu.






Gambar sebelah ialah kain perca yg telah di potong utk membuat pinggang kain.Cara utk ukuran kain pinggang:
*ukur pinggang kain yg telah di tanda tadi.Jawapan ukuran pinggang yg di ukur +3".
Contoh: jika ukuran keliling pinggang kain yg telah di tanda ialah 35"+3"=38" panjang dan lebar ialah 3 1/2".* Faham ya.
***selalunya bila buat pinggang getah separuh2 ni ia jadi lebih 10" lebih dari pinggang asal ya adik manis!***






Sekarang madam nk tunjuk cara cantum pinggang kain ya.Perhatikan gambar sebelah.Kain yg di bawah tu ialah kain perca yg kita dh potong tadi(kain pinggang) n yg atas ialah kain sebenar(skirt).Letak yg kain pinggang di bhgian dlm skirt.Basi jahit ialah 1/2" ya.









Kalau tak jelas dgn penerangan di atas,tengok gambar sebelah ya.Madam letak kain pinggang di dlm kain(skirt).Pastikan lebihkan kain pinggang tu 1/2" dari tepi skirt ya.Perhatikan gambar sebelah ya.





Begini rupanya bila siap di jahit.Nampak tanda biru tu?Tu tanda yg madam buat utk senang kita nak letak getah dan balkram masa proses menjahit nanti.Dan tanda tu buat di bahagian luar kain ya adik manis.







Gambar sebelah ialah pandangan dari dlm skirt setelah cantum kain pinggang.












Begini rupanya bila dah jahit pinggang kain ke kain(skirt).Nampak tak ada kain yg terlebih tu?Yg terlebih tu ialah bahagian susun(ni madam buat kain susun tepi)saja madam akan buat begini supaya bahagian susun tu tak terlebih di bawah kain(skirt).











Kita mula dgn bahagian yg berjait zip dulu ya.Lipat seperti gambar sebelah dan gunakan getah utk mendapatkan ukuran lipat yg di perlukan.Biar saiz lipatan ngam2 dgn getah ya.Madam ukur saiz lipatan tu dgn getah pinggang yg dh kita siap camtum dgn balkram tadi.






Ini lah saiz lipatan yang di perlukan.Jahit sama paras dgn tepi susun kain tu.












Nampak tak jahitan yang madam buat di lipatan kin pinggang tu?



Setelah di terbalikkan,ia akan kelihatan seperti gambar sebelah.

















Kita mula menjahit pinggang dgn getah dahulu.Masukkan getah yg 2 1/2" dulu.(Ni getah dan balkram yg dh siap di cantum2 ya)Ketika masukkan getah pastikan ianya di tolak menjadi rapat n kemas.Di bahagian bucu kain pinggang menjadi penuh ya.





Setelah tu masukkan kain lebihan ke dalam dan jadikan seperti yang madam tunjuk di gambar sebelah tu.Tahan dgn jari dan jahit.Pastikan kemas ya adik manis.***pss...ada org belajar dgn menjahit lihat dr dlm tapi cara madam lihat di luar sbb yg penting kita nk lihat hasil dari luar kemas n cantik.Tapi kalau ikut cara madam,insyaallah luar dlm cantik.***





Gambar sebelah ialah hujung yg telah madam jahit.Pastikan jahit mati ya dan putus benang.








Bila sudah selesai langkah seperti diatas,letak getah di tanda yg telah dibuat awal2 tadi masa kita buat kira2.
Tahan getah tu di situ dan masukkan kain pinggang tu kedalam(balut getah dgn kain pinggang.)




















Setelah tarik getah ke tanda yg telah kita buat awal tadi,masukkan kain pinggang hingga jadi seperti gambar sebelah ni.Dan jahit mati di tempat yg telah di tanda.Sampai di hujung seperti dlm gambar yang madam stop jait tu,pastikan jarum mesin masih terbenam dan angkat tapak mesin.Angkat tapak mesin n pusing kain seperti gambar di bawah.








Ok,seperti yg madam cakap di atas,jarum mesin masih terbenam angkat tapak n pusingkan pinggang kain sbb kita nk jait bahagian ini pulak.Sambil tu tarik getah(regangkan) sambil jahit.***jagan takut2 ya***














Begini lah hasilnya,bila siap di jahit.




Ok,sekarang kita nk jahit bahagian balkram pulak.Jika kita dah buat kiraan yg betul,kerja kita jadi mudah.Balkram ini akan elok berada di tanda yg telah kita buat.Balut balkram dgn kain pinggang n jahit.





Pastikan jarum masih terbenam,pusingkan kain pinggang dan terus menjahit hingga jumpa bahagian getah yg dah kita jahit tadi.***ada paham ka adik manis??***













Inilah rupanya bila siap dijahit.
Pastikan kerja adik manis kemas ya.









Bila selesai jahit balkram,kita jahit bahagian getah pulak.Seperti yg tadi,letak getah di tempat yg telah kita tanda di awal2 tadi.Balutkan kain pinggang ke dalam dan jahit.Jarum masih terbenam,angkat tapak dan 
 pusing pinggang kain.Jait.







Siap jahit getah,kita sambung jahit balkram sekali lagi.Kaedahnya sama dgn balkram yg sudah jahit tadi.






 Siap balkram.kita jahit getah yg terakhir.Letak getah di tepi atas zip.Balut getah dgn kain pinggang dan jait seperti getah2 yg tadi.






 Ini,madam dah balut getah dgn kain pinggang dan mula menjahit.









 Begini lah rupanya bila sudah di jahit bahagian getah yg terakhir.Hanya tinggal bahagian balkram yg hujung sekali,iaitu bahagian utk selisih cangkuk.












 Kemaskan bahagian lebihan kain.Setelah kemas,jait sekeliling balkram yg hujung ni...buat biar kemas ya adik manis...











 Setelah jahit sekeliling bahagian hujung ini.Jahit turun hingga tengah2 bahagian getah supaya kita akan terus sambung jahit di bahagian tengah getah.
























 Begini lah rupanya bila getah tu kita jahit di tengah2nya.
                                                                                                                                              

 


Setelah jahit di tengah getah teruskan jahit di atas bahagian balkram pulak...
Hasilnya akan jadi seperti gambar di sebelah ya.Di sini,madam nk pesan sangat2....buat biar kemas ya.Sesedap mata memandang!











Begini lah hasilnya bila telah siap.







Membuat pinggang getah kiri &kanan ni pada peringkat awal bagi yg baru belajar mungkin rumit tapi bila di lakukan latihan selalu,insyaallah,segalanya jadi mudah.Jika yang nmenggunakan mesin jahit protable mungkin agak susah sebab mesin tu tak stabil.Tapi anda boleh buatkan kepungan di sekeliling mesin portable tu dgn pakukan papan nipis di sekeliling bawah mesin portable tu.Maksud madam,guna meja kayu n pakukan papan nipis sekeliling mesin portable tu utk memudahkan kita membuat kerja dgn mesin portable.Ini cara madam masa dulu2 guna mesin portable.Hehehehe....Insyaallah,di lain kali kita buat tutorial utk skirt yang zip belakang pulak ya.Sbb skirt yg zip belakang agak berbeza sedikit.

Ok,la madam akhiri N3 kali ini ,seperti biasa....salam sayang,salam 1 M'sia n senyum selalu.....Hingga jumpa lagi daaaaaaaaaa........


5 comments:

  1. madam...kain saya lebar kain siap 28.5 inci...keliling pinggang 32 inci..

    maknanya 32inc-10inci/2 kan..dapat 11inci..1.untuk depan 1 untuk belkang...
    tapi 10 inci getah tu tak padan lar dengan kain masa nak tarik getah tu...macam mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam syng Nora.Sy x faham yg lebar kain siap 28.5inci.
      Cara buat kiraan pinggang getah dan balkram ialah:
      32-10(getah )=22÷2 =11 (balkram).
      Jika kain zip tepi, potong getah 2.5inci × 2 kpg dan 5 inci x1kpg.
      Balkram potong 11incix2kpg (utk depan dan belakang. Dan potong balkram lg 1.5inci utk cangkuk.
      Cantum 1.5inci dgn getah2.5inci, lepas tu cantum dgn balkram 11inci.Lepastu cantum getah 5 inci, cantum lg dgn balkram 11inci dan akhir cantum getah 2.5inci.
      Harap nora faham dan harapan madam ianya membantu.

      Delete
  2. Assalam Madam Azra. Terima kash kerana mewujudkan blog ini. Sangat membantu orang macam saya yang baru berjinak2 dengan jahitan baju kurung. Allah sajalah yg dapat membalas budi madam.

    ReplyDelete
  3. Entry ni sgt2 berguna utk saya sebagai new beginner yg bru nak berjinak2 dgn mesin jahit... Cara madam terangkan sgt mudah difahami...terima kasih banyak2....

    ReplyDelete
  4. bagus la madam ni. xplaination pn 1-1. sblm ni sy jahit getah biasa je, yg bhgn leher baju kurung pn x pakai kain gam. kalau nk belajar kt tailor dy cas mahal. terima kasih sbb share ilmu mcm ni. semoga madam sentiasa murah rezki.

    ReplyDelete