February 26, 2011

Cara membuat baju berlaining.

Assalamualaikum pembaca blog madam!
Sebenarnya madam dh lama nk paparkan topik ini.
Ia itu tentang baju yg berlaining.
Utk mendapatkan hasil yg kemas dan cantik,memerlukan
kesabaran dan ketekunan dlm proses pembikinannya.
Bermula dgn proses pemotongan kita mesti berhati2.
Andainya kain yg hendak di potong tu agak berkedut/renyok
adalah lebih baik anda gosok bagi licin dulu.Pastikan ukuran
dan basi utk tepi baju dan labuh baju/tangan yg betul.Basi utk
hujung tangan dan hujung labuh baju/kain yg bahagian laininig
adalah kurang sedikit dari ukuran bahagian luar pakaian.
Jika anda belum cekap adalah di nasihatkan jelujur dulu sebelum
melakukan kerja2 mencantumkan bahagian2 badan.
Pastikan bila anda sudah hampir ke peringkat ending@penyudahan
hujung baju bahagian laining pastikan sama.Ianya sangat penting
supaya hasil kerja kita nampak sangat kemas,terutama jika baju
tu terlalu jarang jadi tak cantik lah kalau bahagian hujung
laining tinggi rendah n tak sama.Pelangan pasti menarik muka
melihat hasil kerja yg tak kemas n tak berseni langsung tu kan!
Cuba lihat gambar di bawah.Lainingnya sama rata n kemas.


Madam mencantumkan dulu pesak n kekek,lepastu
madam jahit tepi(kecuali bahagian bawah baju).
Kemudian madam cantum tangan ke pesak.Sebelum
itu madam akan siapkan bahagian tangan dulu,maksudnya
madam pastikan hujung tangan laining n bahagian luar telah
siap n kemas dulu serta telah di jahit tepi.
Tapi utk baju ini hujung tangannya pelangan ingin fesyen
kedut bergetah n bertingkat.Untuk baju ini,madam buat
sambungan di bahagian hujung tangannya.


Madam lapiskan utk mendapatkan hasil bertingkat.
kemudian jahit kedut menggunakan benang getah.


Ini lah hasilnya!


Setelah telah siap mencantum bahagian tangan n pesak.
Madam akan uruskan bahagian badan baju pula.
Utk bahagian badan,setelah cantum bahu n gosok
bahagian yg di cantum,madam akan tebuk leher pula.
Setelah jahit lapik leher,madam akan terus sembat
lapik leher dulu sbb jika sembat setelah baju siap
agak berat utk memegangnya n madam
lebih suka siapkan step by step supaya hasil
kerja madam sangat kemas n terletak ya!
Setelah kerja2 bahagian leher siap,baru madam
cantum pesak yg siap tadi.Semasa proses mencantumkn
badan n pesak pastikan bahagian bahu badan n
pesak betul2 "center".Bila agak2 hendak sampai hujung baju
angaran dlm 7" sebelum sampai hujung baju,stop di situ.
maksudnya kiri kanan n depan belakang berhenti angaran 7"
sebelum hujung baju.KENAPA???
Kerana,di sini lah bermulanya kita nk sama ratakan hujung
laining n baju luar.Di sini gunakan lah kreativiti n ilmu
yg cikgu anda ajar utk menghasilkan hujung baju yg kemas.

February 23, 2011

Baju sulam manik utk seorang budak yg comel!

Assalamualaikum.Baju pink ni di tempah
oleh seorang pelangan madam utk satu2nya anak perempuannya.
Utk baju ini madam tak ada banyak yang nak di cerita.
Jadi madam jemput lah penggunjung blog madam melihatnya.
Sila kan!


Bahagian bawah baju.






bahagian tangannya.

Cerita pasal hari cuti!

Assalamualaikum,
Mmmm...hampir sepuluh thn madam membuka
kedai/butik.Madam tak pernah wujudkan hari cuti
iaitu
sehari dlm seminggu.Selama ni madam berkerja
dan berkerja tak kira hari or masa!Tapi thn nie
madam dah nekad,madam mesti cari sehari hari cuti
dlm seminggu.Hubby madam selalu bising sbb

madam tak cukup rehat.Setelah madam berfikir panjang,
madam memilih utk bercuti
setiap hari rabu.
Setelah hampir dua bln berlalu utk thn 2011 ni madam
cuba bercuti
setiap hari rabu.....TAPI madam tetap dtg ke
butik membuat kerja2 madam....mungkin

ini habit org berniaga kot!

TETAPI!hari nie madam nekad tak akan ke butik n nak
duduk
di rumah sambil mengemas rumah,memasak dr
sarapan pg hingga ke mkn mlm
(memang hari2 pn
madam buat semua nie)tp hari ni madam lakukan
dgn lebih
tenang n santai.Yang penting hr ini madam
sempat menyediakan minum petang iaitu

KEK GULA HANGUS utk ank2 n hubby
tersayang!Sangat jarang2 madam ada
kesempatan
menyediakan minum ptg utk ank2 n hubby.Utk pertama
kali madam nk letak gambar kek gula hangus yg madam
buat....saje- saje jer!....
trenngg teng teng!




Mmmm tengok tu...berongga rongga kek madam!


Psst...nie madam nk bg tau,sebenarnya masa di bangku
sekolah dulu madam
memang dh pasti madam akan jd
chef sbb madam sangat2 menyintai bidang masakan!

Tetapi!mungkin telah tertulis yg madam akan menjadikan
kerjaya yg madam sangat
tak gemari ini sebagai kerjaya yg
berjaya dlm hidup madam....ALHAMDULILLAH!
ini semua
hasil yg ayah madam lakukan pd madam...ARWAH AYAH
MADAM TELAH MEMAKSA MADAM GI BELAJAR MENJAHIT!
...AKHIRNYA MADAM JATUH CINTA
GILA PD BIDANG JAHITAN!
TERIMA KASIH AYAH YG MENYOKONG MADAM

HINGGA KE PERINGKAT DIPLOMA DAN BERADA DI TAHAP INI!

February 13, 2011

Kurung moden bersulam reben dan manik

Assalamualaikum,mmmm....pembaca madam
ingat tak sebelum ni madam ada nyatakan dan masukkan gambar
baju yg besulam reben warna hijau(dah potong tp belum jd baju)
tp madam tak sempat ambil gambar dlm bentuk baju yg dh siap.
...mmm lupa yg mana satu ya?Kalau lupa lepas tengok n baca yg
ni boleh lh lihat2 catatatan madam yg lepas ya!
Seperti yg pernah madam nyatakn,sulaman reben ni dh mula
dapat sambutan di pakaian pulak!
Gambar2 yg madam paparkn nie antaranya,
baju kurung moden tangan bertingkat.


Ini bahagian hujung tangan,supaya hujung tangan yg
bertingkat ini tidak kelihatan janggal jadi madam telah
menambah sedikit jahitan manik.

Ini adalah bahagian depan baju.Sulaman reben lebih
tertumpu di bahagian dada.Kena berhati2 ketika
menjahit kerana sulaman manik ini juga di tambah
jahitan manik supaya kelihatan terserlah!
Ini pula ialah bahagian kainnya(skirt)
Pelangan madam padankan pakainya dgn menempah
kain lipat batik.Kain batik ini sangat menyerlah kerana
di ukir dgn perada emas dibahagian tepi2 corak yg terdapat
di kain batik nie....mmmm ketika nak mengosok kain batik
nie pun kena berhati2 sbb takut rosakkn
perada emas tuh!......SEKIAN
Assalamualaikum,pakaian yg berwarna
purple lembut n bersulam kerawang ini di tempah oleh seorang
wanita cina yg ingin di pakai utk CNY.Walau pun agak terlewat
di hantar tempahan,alhamdulillah madam sempat siapkan
sebelum CNY.Setelah sampai ditangannya,dia sangat berpuas
hati n sangat kagum dgn hasil sulaman tu.Oleh kerana terlalu
puas hati,beliau telah dtg menempah sepasang lg!Insyaallah
madam akan tepekkn gambar baju yg sepasang lg tu ya!
Jemput lah tengok2 gambar yg madam dh tepekkan ni ya.
Kalau ada yg berminat n ingin menempahnya boleh
hubungi madam.Kalau jauh kita boleh buat urusan cara pos aje!

Bahagian hujung tangan.