August 23, 2012

Salam Aidil Fitri....






Assalamualaikum dan salam Aidil Fitri buat semua pembaca blog madam.Lama madam tak buat apa2 N3,dah naik bersawang blog madam ni.Hari ini madam luangkan masa utk berceloteh di blog kesayangan madam ni. Terlewat kah madam utk mengucapkan slmt hari raya pd pembaca blog madam?...Jika ya,madam menyusun sepuluh jari memohon kemaafan pada semua pembaca blog madam ni.Sebenarnya utk N3 kali ini madam hanya ingin ambil peluang mengucap slmt hari raya sahaja.Insyaallah,selepas ni akan menyusul N3 berkenaan jahitan pulak ya.mmmm....tentu ada yang bertanya,apa kena mengena gambar di atas tu kan?
Gambar di atas ialah gambar madam bersama seluruh adik beradik madam dan ibu tercinta.Tapi masih ada seorang adik lelaki madam yang tak dapat menyertai kami pd pg syawal yg indah tu kerana bertugas,adik madam tu chef di salah satu hotel terkenal di Subang Jaya dan seorang lagi adik ipar lelaki madam juga tak menyertai kami pd pagi yg sangat indah tu atas sebab bertugas juga.Gambar di atas madam khaskan hanya tatapan pembaca blog madam shj sbb madam tak keluarkan gambar madam sekeluarga di mana2 laman lain termasuk FB madam.

Bermula dari malam takbir,rumah mak madam riuh rendah dgn kehadiran cucu dan anak menantu mak madam.Madam adalah tulang belakang mak madam.Mak madam dh uzur,jd dia dh tak larat menyediakan juadah utk mlm takbir dan juga juadah utk jamuan pada 1 syawal.Maka bermula pd akhir Ramadhan,madam hanya berada di dapur shj.Yang penting pada madam, nak ibu yg madam sangat cintai merasa bahagia.So apa sahaja menu yg ibu madam nak di hidangkan pd mlm takbir dan pd 1 syawal madam penuhi walau badan terlalu penat. Di tempat ibu madam ni setiap tahun dari zaman madam kanak2,setiap mlm raya akan ada rombongan dtg bertakbir dari rumah ke rumah.So pd mlm tu madam siapkan juadah yang ibu madam nak hidangkan pd tetamu yg dtg bertakbir.Antara juadah yg madam siapkan ialah roti jala bersama kari ayam.(kegemaran arwah ayah tercinta madam),ketupat bersama rendang daging,Kek marble(yg ni Kak Long madam yg bawa  sbb madam buat kek selepas majlis takbir),nasi bersama ayam salai masak lomak cili api(yg ini pun Kak long madam yg bawa dr rumah dia,Kak long madam ni seorang doktor tapi sangat rajin ke dapur!).Sepanjang madam sibuk di dapur,madam di bantu oleh 2 adik ipar tapi mereka tak lah boleh membantu sepenuhnya sbb mereka mempunyai ank kecil.So mlm tu madam tidur jam 3.30pg,setelah selesai membakar 5 biji kek.3 biji kek Chiffon pandan dan 2 biji kek marble.Setelah subuh pulak,madam mula memasak nasi Briyani,ayam masak tomato.Acar buah telah madam siapkan pada petang semalamnya.
Elok bila semua dh siap,adik beradik yg lain pun sampai ke rumah mak.Pd mlm raya tu yg tidur di rumah mak hanya cucu2 mak n madam shj.Yg lain balik tidur di rumah masing2.Mlm tu cucu2 mak ajer buat rumah mak riuh rendah,tau ajer lah bebudak bila berkumpul sesama sendiri.Apa pun,walau madam berada dlm keadaan keletihan yg terlampau tapi madam bahagia sangat bila ibu tercinta madam rasa bahagia bila semua keinginannya madam penuhi.....Madam pulang ke rumah mertua madam pd 2 syawal, kampung en.hubby madam di Changloon,Kedah.Pulang ke Kedah tidak lah madam pulang dgn tangan kosong,Madam bawa juga juadah dan kuih raya yg ank2 madam buat dan baju raya utk mertua tercinta.Tapi kepulangan kami kali ini memberi seribu makna  dan sangat bererti pd ank lelaki madam.Buat pertama kali,madam berjaya mengumpulkan seluruh keluarga ank lelaki madam.Semoga silaturahim ini berkekalan.Amin!....tertanya2kan?Madam tak pernah sorok  siapa ank lelaki madam,dia ank angkat madam tapi pd kami sekeluarga dia ank yg ALLAH pilih khas utk kami sekeluarga.Madam n Hubby percaya dgn sepenuh hati,bahawa ank lelaki madam ni memang tercipta utk jadi ank madam tapi hanya waktu itu kemampuan madam utk mengandungkannya tidak ada,jadi ALLAH telah tumpangkan dia dlm rahim org lain.
Percaturan yg ALLAH aturkan utk madam sekeluarga adalah yg terbaik dari apa yg kami jangkakan.Syukur Alhamdulillah.Terima kasih ALLAH!  Pada pembaca blog madam yg mempunyai ank angkat,jujur dan berterus teranglah pd mereka.Gunalah pendekatan yg harmonis utk berterus terang.Alhamdulillah,ank lelaki madam boleh terima semuanya dgn lapang dada.Selama ini segalanya harmonis,harapan madam moga keadaan harmonis ini berkekalan hingga akhir hayat kami semua.Moga keluarga kandung ank lelaki madam juga merasa bahagia dgn melihat kebahagia ank mereka dlm jagaan kami.

Mmmmm....panjang lak celoteh madam ni ya!...apa yg madam tulis ni sekadar perkongsian rasa bahagia madam pd Syawal thn ini dgn semua pembaca madam.Terima kasih pada yg sudi membaca hingga habis N3 kali ini.Dgn ini,Sy Pn.Azra bt Sidi. menyusun sepuluh jari memohon maaf jika ada terkasar kata dan perbuatan.Jika ada yg termakan n minum,madam mohon halalkanSy,insan yg lemah dan serba kekurangan,ada kesilapan yg sy lakukan dlm sedar atau tidak jadi sy mohon kemaafan dari semua.Jutaan terima kasih yg sudi berkunjung ke blog madam....Madam akhiri perjumpaan kali ini dgn ucapan slmt hari raya,moga aidilfitri thn ini memberi kebahagia n seribu erti buat semua.Berhati2 di jln raya.Salam syng,slm 1 M'sia dan senyum selalu!...Daaaaaaaaaa!