April 27, 2012

PAIPING


Assalamualaikum.Moga semua sihat sejahtera hendaknya.
Amin!N3 kali ini madam nak kongsi tentang paiping/kun.
Mungkin paiping/kun kurang sambutannya tapi kebelakangan
ini fesyen baju kurung tradisional berpaiping mula ada sambutan kembali.So kali ini kita akan berkongsi ya cara-cara memasang 
paiping/kun dan menyambung paiping.Ok la,madam taknak 
berceloteh panjang.Jom kita tengok lah apa yang telah madam sediakan...jom jom jom.................


Sebelum itu madam nak perkatakan sedikit
tentang paiping.Paiping di perbuat dari kain 
yang di potong serong(bias).So jika,anda ingin 
membuat paiping sendiri boleh la memotong 
kain secara serong dengan lebar satu suku inci
(lebih selesa semasa membuat \kerja nanti) 
tapi kalau dah mahir boleh la potong kain 
menyerong sebesar 1" saja.Setelah memotong
kain menyerong sambungkan jika pendek.
Macamana nak sambung????....jagan risau!
di N3 kali ini madam ada tunjukkan cara
menyambung paiping secara betul.(harap
madam membantu kalian ya)Tapi kena lah
terus bersama madam,baca dan teliti apa yang
madam kongsikan di sini ya!








Ini lah yang di panggil 
paiping.Paiping ini yang tersedia jual dikedai jahitan.Kalau madam,
madam suka guna paiping jenama dolphin.
**Jika anda ingin membuat paiping sendiri,
setelah memotong serong kain,lipat dan gosok       
seperti paiping ini.**



Ok,ini madam nak tunjuk cara 
menyambung paiping.Gosok kedua-
dua hujung paiping yang hendak di 
sambungkan seperti dalam gambar.
**jika anda membuat paiping 
sendiri begini juga lah cara 
                                 menyambungkan paiping anda itu.**





Setelah di gosok.Tindihkan
bahagian luar bertemu luar.
Maksud madam,satin yg berkilat
kita temukan tapi dgn cara seperti
dlm gambar.Jagan temukan cara lurus
sebab tak menjadi nanti. 






Mesti letakkan paiping dalam
kedudukan begini (bersilang)
dan jahit secara serong,seperti
yang madam pinkan tu.....faham
tak?....harap faham ya..risau la 
madam kalau anda tak faham. 









 Ok,setelah di jahit,beginilah
rupanya di bahagian depan. 









Dan ini bahagian dalamnya
setelah paiping di jahit(cantum)
Basi jahitan paiping.












Gunting basi jahitan paiping.
Jadikan basi hanya suku inci saja. 











 Setelah tu gosok.










Setelah gosok.Anda gunting
lebihan yg kelihatan.







Jadikan seperti ini.Tak ada
lebihan basi paiping yang
kelihatan. 






 
Ini pula pandangan dari 
sebelah dalam paiping yang
telah di sambung.Kelihatan 
sama seperti paiping yg kita 
beli dah siap cara sambungannya.






Ok,bila dah kemas kan 
basi jahitan paiping tu.
Kita lipat seperti paiping 
biasa dan gosok.





 


 Maka,ia akan jadi seperti 
ini.Ini bahagian luar paiping.







 
Bila nak mula menjahit
paiping,madam nasihatkan
lebih baik anda, jahit dulu
sebelah bahagian lipatan 
paiping.Bahagian yang di
jahit bukan bahagian yg
akan di jahit pada kain atau pakain.

Bahagian yang tak di jahit
tadi kita jahit/cantum pada
kain atau pakaian yang
hendak kita letak paiping tu ya.
Jadi nanti kelihatan ada 2 jahitan.
Tentu anda bertanya,apa motif
madam jahit dulu yang sebelah 
bahagian lipatan paiping tu kan?
Tujuannya supaya memudahkan
kerja kita bila melipat sambil 
menjahit paiping  kedalam.Kerja 
kita lebih kemas  dan bila siap  
tak ada lah paiping yg terlepas 
dari jahitan. 




Begini lah kelihatan dari pandangan
sebelah dalam paiping yang  telah
di jahit.


















Yang ini pula,pandangan
bahagian luar paiping yang 
telah siap di jahit.Cantik bila
ianya siap dlm keadaan 
membulat ya!


















 



 Begini lah rupanya paiping
yang telah siap madam jahit.










 Piping ini madam jahit di
kolar  2 tingkat baju gaun.






Untuk perkongsian kali ini setakat
ini sahaja.Harap memberi manfaat
pada semua tukang jahit dan 
membantu kalian semua.Terima kasih 
yang sudi ke blog Madam Azra ini.
Madam tinggalkan kalian semua
dengan salam sayang,salam 1 M'sia
dan senyum selalu ya!....Daaaaaaaa 

***madam minta jutaan maaf sebab kali
ini penulisan madam agak lintang pukang
sebab madam sedang menyesuaian diri
dgn sistem baru blog....belajar semula....
madam sedih tengok N3 kali ni seperti 
budak tadika!...dah banyak kali madam
edit tapi ini hasilnya...yang ado!
penat dah edit! harap memahami ya...

1 comment:

  1. salam akak..sy tak faham la tntg petua akak yg ni..

    Bila nak mula menjahit
    paiping,madam nasihatkan
    lebih baik anda, jahit dulu
    sebelah bahagian lipatan
    paiping.Bahagian yang di jahit bukan bahagian yg
    akan di jahit pada kain atau pakain.

    Bahagian yang tak di jahit
    tadi kita jahit/cantum pada
    kain atau pakaian yang
    hendak kita letak paiping tu ya.
    Jadi nanti kelihatan ada 2 jahitan.

    ReplyDelete