September 17, 2012

Menjahit paiping di baju kurung.

Assalamualaikum buat semua pembaca yg beragama islam dan salam sejahtera utk yg bukan beragama islam.Salam sayang utk semua.Lama madam tak buat perkongsian ilmu dgn pembaca blog madam .Ok!utk N3 kali ini madam akan berkongsi ilmu menjahit paiping di baju kurung pesak.Harap perkongsian ini boleh membantu semua.Insyaallah....Okk!jom kita mula!

 


Ini ialah badan baju kurung yg telah di gunting dan di jahit tepi.Adik manis ingat tak?madam ada tunjuk cara membuat pola baju kurung pesak buluh(sama dgn kurung pesak yg biasa tu). di bahagian bahu tu turun 1".So begini lah rupanya bila dah siap di gunting.Ok?...ada soalan tak?Pastikan basi jahitan 1/2" sahaja.


Beginilah rupanya bila dah siap di jahit (cantum) bahagian bahu baju.









Setelah siap dijahit bahu,gosok dan lipat memanjang.Pinkan bahagian cantuman bahu seperti yg madam tunjukkan ni.Masa pin,pastikan jahitan atas n bawah selari ya.Jika tak pasti lipat memanjang camna,lihat gambar bawah ya adik manis.









Tujuan lipat memanjang begini ialah utk kita bersedia utk mengunting lubang leher. Pastikan pin dgn baik sbb jika pin ala kadar sahaja nanti lubang leher tu senget lak!

 

 



Beginilah rupanya bila dah siap mengunting lubang leher baju kurung.Madam tak tunjuk bagaimana meletak bulan(acuan leher),terlupa sbb nak siapkan baju ni cepat.Maafkan madam ya.Tapi adik manis semua boleh rujuk pada N3 madam yg lepas2 ya.Mmmm tak silap madam N3 yg bertajuk cara membuat lapik leher.    



Setelah mengunting lubang leher,tolong jahit mati bahagian yang telah di gunting seperti dlm gambar sbb jika kita tak menitik beratkan kualiti kerja nanti belum sempat sejam pakai habis terbuka semua jahitan di bahu tu...Nasihat madam pastikan hasil kerja kita berkualiti ya adik manis.



Apa ni?..Ini ialah paiping/kun.Madam gunakan paiping jenama Dolphin,madam suka paiping jenama ni sbb kualitinya dan menghasilkan jahitan yang kemas n cantik.












Antara sebab lain madam suka jenama Dolphin ni sebab paiping ni sama besar lipatannya dan kain yg di gunakan pun jenis yg elok.Tapi jika adik manis ada jenama paiping lain yg adik manis suka silakan guna ya,madam tak kisah.







Ok,kita akan mula dgn jahit paiping di bahagian leher dulu ya.So,tandakan di hujung paiping 3/4" dulu.Tanda ini utk senangkan kita memulakan jahitan.










Letakkan paiping yg bertanda 3/4" tadi di hujung belahan leher baju.Matikan jahitan dan terus jahit hingga ke atas belahan leher baju.Maaf jika adik manis lihat tak jelas.Pastikan di hujung belahan leher tu panjang paiping 3/4" terlepas n tak berjahit ya.Kat sini madam rasa tak best pulak sbb tak tunjuk dgn detail sbb tergesa2 ambil gambar hingga terlepas part penting ni.Maafkan madam ya adik manis syngggg...Mula jahit dr hujung belahan hingga ke atas,bila sampai di kawasan leher yg bucu tu,buat spt di bawah.Jom tengok...



Bila sampai di bucu bahagian atas belahan leher tu,angkat tapak mesin dan buat sikit lipatan di bucu tu,spt yg madam tujukkan.Dan teruskan jahitan.Sebelum madam lupa,masa jahit paiping jangan jahit bahagian tengah paiping(maksud madam,paiping kan di lipat kiri kanan so jgn jahit bahagian tengah,jahit atas sikit biar jahit atas lipatan atas paiping tu.Ini akan menghasilkan rupa paiping yg cantik)

Ini bahagian bucu yang sebelah lagi.Jahit cara yang sama,pastikan ada lipatan spt dlm gambar ya.Ini akan mencantikkan bucu leher tu nanti,tapi pastikan bucu tu tak terjahit dlm keadaan berlipat.(Alamak,camna ya madam nak susun ayat,tiba2 macam hilang kata2 lak!tak suka camni)mmm...yg pasti buat cam yg madam tunjuk ni ya....



Dari bahagian bucu leher tadi jahit sampai ke hujung belahan leher baju.Berhenti sama paras dgn yang mula tadi.Beginilah rupanya ya.Cuba lihat,madam jahit atas lipatan paiping  dan bukan di tengah2 paiping ya.Madam berharap sangat adik manis semua faham.







Hah!madam nak bg tau,bahagian bucu tu mesti jadi camni.Berlipat tapi tak terjahit masa kita jahit tadi...faham kan?










Setelah siap jahit paiping ke leher baju,gunting paiping yg sebelah lagi tadi sama paras dgn paiping yg awal tadi iaitu 3/4" panjang yg terlebih tu.












Sekarang ni,madam nak tunjuk langkah selanjutnya menyiapkan paiping di leher baju kurung ya.Letakkan kedudukan paiping sebegini.Jahit dari hujung bawah paiping tadi ke atas anggaran terlebih sedikit ajer dari jahitan awal(perhatikan jahitan yg sebelah kanan,jait dari bawah hingga terlebih suku inci dari jahitan sebelah kiri).Matikan jahitan.





Ia akan kelihatan sebegini ya.Opps ni belum selesai lagi.Bahagian hujung paiping akan begini.Jika buat begini hujung belahan baju kurung akan kelihatan lebih cantik n kemas.Tak per sembat utk kelihatan tajam di hujung belahan leher tu.










Setelah kita uruskan hujung belahan leher baju kurung, kita akan mula membuat kemasan/penyudahan seterusnya.Madam nasihatkan mulakan di tengah tengkuk(belakang leher) supaya bila kita mula dan sudahkan jahitan tak nampak jahitan yg di matikan.Ada faham adik manis?

                                                         




 Teruskan jahitan hingga ke bucu.Bila sampai di bucu,pastikan lipatan tadi kita lipat n jahit.Hasilnya nanti,adik manis tengok di gambar seterusnya ya...











mmmm...begini lah rupanya di bahagian dalam bila kita selesai menjahit paiping di leher.









 
Perhatikan bahagian bucu leher tu ya.Masa kita pasang paiping ke leher,bucu yg berlipat tu tak berjait tapi bila kita nak tindih baru ianya di jahit n terlipat.








Begini lah rupanya leher baju kurung yg telah siap di jahit dgn paiping...Lihat hujungnya,kemas n tak perlu di sembat utk nampakkan tajam jika buat cara madam.Tapi kalau adik manis semua ada cara tersendiri n lebih kemas n mudah,teruskan ya.Ok,kita dah selesai bab menjahit paiping di leher baju.Di bawah ni madam nak kongsi bagaimana jahit paiping di badan baju kurung pesak pulak ya...nak tak?...ok,jom jom jom....



Ini ialah paiping utk di jahit ke badan baju kurung.
Perhatikan,madam dah gunting/belah memanjang paiping tu sama besar.Utk jahit paiping di badan tak perlulah guna sekeping paiping,utk berjimat n paiping jd lebih kemas,guntingkan memanjang paiping tu.



Ini bahagian badan baju kurung.Begini rupanya bila paiping telah di jahit ke badan baju.Pastikan basi anda 1/2'"ya.Lakukan di sebelah badan lagi pekara yg sama ya.










Pandangan sebelah dalam.Setelah paiping siap di jahit ke badan baju.Madam suka lipat menjadi bucu di bahagian sambung di bahu.Sebab apa?
Sebab madam taknak di bahagian bahu tu kelihatan tegang bila siap.(bukan selalu terjadi tapi lebih baik buat gini supaya tak timbul masaalah kemudian).
Part ni madam tak kisah jika suka boleh ikut cara madam ya.



Ini ialah bahagian atas pesak.Selalunya madam akan buat tanda selepas mengunting.Supaya senang nk tau bahagian mana yg kita nak jahit kekek.






Ketika jahit kekek ke pesak,pastikan di kekek tutinggalkan 1/2" tak berjahit ya.
Nampak tak spt dlm gambar sebelah ni...






mmmm,kalau yg atas tak jelas tengok gambar yg ni lak.Ini bahagian bucu ya.


 











Bila kerja2 mencantumkan pesak dan kekek selesai,terus cantum pesak yg bawah pulak.Cantum,pastikan di matikan dan selari dgn jahitan cantuman kekek tadi ya.Tanda yg madam buat utk tunjukkan jahitan mesti selari,kalau tak nanti baju tu ada lubang kecil pulak.*Tolong abaikan jari montok madam tu ya.*






Ini madam tunjuk keadaan bila pesak n kekek siap sepenuhnya .









Ini lagi madam tunjukkan bila pesak dan kekek siap di jahit.Harap adik manis semua jelas ya.










Ini pulak gambar bila tangan,pesak n kekek yang telah siap sepenuhnya di jahit.Harap ianya jelas utk di fahami.

 




 














Sekarang madam nak tunjuk cara nak cantum bahagian pesak ke badan baju kurung.Bila pesak telah siap di cantum tangan,buat tanda di tengah2 tangan.Dalam gambar madam tandakan dgn kapur biru.Nampak tak?Pastikan cantuman di bahu selari dgn tanda yg telah di buat di tangan tadi.



Mulakan cantuman badan dan pesak di tengah2 bahu dulu ya.Dan pastikan basi 1/2" sama di badan dan pesak seperti yg madam tunjukkan dlm gambar tu..











Bila dah siap di cantum depan dan belakang bahagian tengah bahu dan tengan lengan mesti selari.Seperti dlm gambar ni ya.









Begini lah rupanya bila badan dan pesak telah siap di cantum dengan baik.Lurus!











Disini,madam nak bagi tahu,selalunya madam akan ajar student madam cara begini iaitu,bila telah siap jahit cantuman badan dari bahu ke bawah dan matikan jahitan.Utk mula yang sebelah lagi tu,kita mula dari bawah pulak.Tapi ukur dulu berapa lebihan pesak.Lihat gambar sebelah ni.Madam ukur lebihan pesak yang telah siap di jahit ke badan tadi.Lebihannya ialah lebih kurang 1 1/2".




So,madam tanda bahagian yg sebelah lagi tu sama juga iaitu 1 1/2" jugak.Lihat gambar ya.










Bila telah siap di tanda bagi sama lebihan pesak tadi,baru kita mula jahit utk mencantum badan yg sebelah lagi.madam harap gambar di sebelah boleh membantu adik manis memahaminya.





Bila telah siap di cantum,beginilah keadaanya.Lebihan pesak sama banyak.Di sini,madam nasihatkan masa mengunting,pastikan biar pesak terlebih sedikit,jangan badan yg terlebih.Sbb jika badan yg terlebih dari pesak dan kita gunting utk bagi sama paras dgn pesak,baju akan jadi pendek la adik manis!




Tadi kita dah siapkan sebelah badan.Sekarang kita nak cantum sebelah badan lagi.Ok,utk cantum sebelah badan lagi,adik manis tanda siap2 kat bawah pesak tu sama banyak dgn yg sebelah tadi.Lihat gambar.Tandakan kedua2 pesak.Dan jangan lupa tandakan juga di tengah lengan baju tu ya.Sbb nak pastikan tengah tangan dan tengah bahu selari bila siap.



Begini lah bila pesak telah siap di jahit ke kiri n kanan badan.
                                                                                                                                                               

Perhatikan.Lebihan pesak kiri dan kanan sama banyak.Kenapa ya madam sibuk nak tekankan pekara ini.Sebabnya ialah,bila nak buat penyudahan/ending kita tak bermasaalah.Pernah tak terjadi bila nak sembat hujung baju tu tiba2 kain mengeliat or jadi tak cantik.Sbb jadi begitu,bila kita menjahit tak nak fikir apa terjadi bila buat penyudahan/ending baju yg di jahit.




Gunting lebihan di pesak tadi.Dan jagan lupa,setelah gunting lebihan pesak mesti matikan jahitan yg telah tergunting tadi.Pastikan semua hujung baju di pesak telah di matikan ya.






Setelah tu jahit tepi.Tapi jika adik manis tak ada mesin jahit tepi,adik manis boleh lebihkan pesak tu 1/2" masa gunting n lipatkan sebelum sembat.









Begini bila dah di gunting dan jahit tepi.













Ini ialah bahagian tengah bahu dan tengah lengan.Pastikan ianya bila siap dlm keadaan selari.So bila org pakai rasa selesa.




 
Jeng jeng jeng!!! inilah baju yg telah siap di jahit! Madam jahit baju ni utk hadiahkan pada ank kawan.Dia seronok bila terima sepasang kurung biru utk di pakai pada hari raya yg thn ni.....











Di hujung tangan dan bawah baju,madam saja jahitkan begini sebagai hiasan.






 






Ini bahagian bawah baju.











Ini adalah kainnya.Madam guna kain kosong biru lembut.
                                                            



Pinggangnya madam jahit getah sekeliling...









 
Sengaja madam tambahkan kain bunga2 sama dgn baju utk bahagian susun kain tu.






 
Mmmmm....siap lah sudah sepasang kurung biru utk ank kwn madam tu....hadiah dari madam utk AULA(nama kanak2 tu)




Maka dgn ini,berakhirlah N3 utk kali ini.Insyaallah,akan ada N3 baru yg menyusul.....hingga jumpa lg,salam syng,salam 1 M'sia,senyum selalu .....daaaaaaaaa!
 

15 comments:

  1. tq madam fuhhh lega dapat ilmu mcm mana nak jahit hujung belahan di leher tu tq sesangat... sayang madam kongsikan ilmu ni

    ReplyDelete
  2. thankss madam..penerangan yang mudah difahami..sangat-sangat berguna bagi saya yang baru nak berjinak-jinak dengan dunia jahitan...

    ReplyDelete
  3. tq, madam kongsi ilmu...sambil menjahit sambil search bila x faham... hihi amat membantu sy yg baru ...

    ReplyDelete
  4. mada, tksh atas penerangan ini.. pertama kali saya cuba tang bucu tak cantik.. bila buat kali kedua, alhamdulillah baru okey...

    ReplyDelete
  5. Tq madam...very appriciate..sbb mmg nak sgt2 blajar jahit piping...sblum ni org nak suruh jahit saya tolak sebab tak pandai...sekarang dah pandai...terima kasih bbnyak..

    ReplyDelete
  6. terima kasih utk pengkosian ilmu ini madam!

    ReplyDelete
  7. Terima kasih sbb jelas sgt, paham nak jahit leher tu mcm mana!

    ReplyDelete
  8. Terimakasih untuk sharing ilmunya madam.. Best Regards : Fitinline..

    ReplyDelete
  9. Terima kasih atas perkongsian....semoga Allah murahkan rezeki madam sekeluarga

    ReplyDelete
  10. tips yang detail...madam ada buat video tutorial kat youtube tak?

    ReplyDelete
  11. Tips yg menarik Dan sgt berguna..sy juga sllau ada masalah nk buat piping

    Jom ke blog saya....

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete
  12. Tips yg menarik Dan sgt berguna..sy juga sllau ada masalah nk buat piping

    Jom ke blog saya....

    www.sihatnatural.blogspot.com

    ReplyDelete
  13. Wah... Perkongsian yang baik. Mudah2an Allah murahkn rezeki pn sekeluarga. Terima kasih. 😘😘😘

    ReplyDelete
  14. Wah... Perkongsian yang baik. Mudah2an Allah murahkn rezeki pn sekeluarga. Terima kasih. 😘😘😘

    ReplyDelete
  15. Madam..boleh kongsikan setting utk jahit tepi tudung ?
    Model mesin singer ultralock...tq in adv

    ReplyDelete