August 06, 2017

CARA MENCANTUM LAPIK LEHER

Bismillah.Assalamualaikum dan salam sayang buat semua        pengunjung blog madam.Apa khabar? Moga semua sihat,ceria dan  bahagia dengan perjalanan kehidupan kalian. Madam munculdengan satu lagi N3. Kali ini madam akan bincangkan cara mencatum lapik leher baju kurung ke badan baju kurung ya. Ok,jomlah ya kita mulakan perkongsian ilmu ya.

1-Mula-mula kita cantum bahu baju kurung .Kemudian gosok biar terbuka basi sambungannya.

2-Setelah di gosok,lipat memanjang.Pastikan garisan bahu sama.(maksud madam,garisan jahitan bahu tu bagi bertemu.Pinkan supaya tak bergerak)

 Nampak tak madam pin yg melintang, tu ialah cantuman bahu depan dan belakang yg di lipat dua memanjang.

Dan madam juga pin bahagian tepi badan yg lurus tu.Madam harap kalian faham ya.

3-Ambil acuan leher/bulan leher,letakkan di tepi badan baju yang belipat. Pastikan bahagian belakang tengkuk tu 1/2" ya(bila jahit akan jadi 3/4") Jika perasan nampak tak ada dot tu?


Setelah selesai pinkan acuan leher,terus tanda 3setengah inci kebawah dari acuan leher utk belahan depan baju.Nanti bila dh siap jahit belahan tu akan jd 4".




4-Setelah siap di potong acuan leher dan belahan depan baju kurung ini. Ianya akan kelihatan seperti gambar di bawah.


Setelah potong bentuk lubang leher,matikan jahitandi tempat yang di potong tadi.Tujuannya supaya jahitan tak terbuka .




5-Setelah itu,potong pelapik leher.Guna acuan/bulan yang sama kita potong bentuk leher di badan tadi.Gosok kain gam di bahagian dalam kain yg di potong untuk buat pelapik leher.Kemudian gosok kain gam bagi melekat pada acuan lapik leher ya.Yang kelihatan dalam gambar di atas ni ialah lapik leher yang telah sempurna di potong dan di gosok dengan kain gam.Yang kelihatan dalam gambar di atas ni ialah lapik leher yang telah sempurna di potong dan di gosok dengan kain gam.



6-Sekarang step mencantum lapik leher ke leher baju kurung ya.



Sekarang kita akan mula cantum lapik leher dengan badan baju kurung tadi.Madam suka nasihatkn mula dari belahan depan baju. Dan pastikan pelapik yg bahagian luar jumpa badan baju di luar ya ketika mencantum lapik leher.Maksud madam biar lapik leher di bawah dan kita jahit pandang leher yg di badan baju sebelah dalam .Faham ke idok?Sbb apa? Sbb lapik leher ialah yg mendatang dan lubang leher di badan adalah yg asal.



Seperti dalam gambar,mula bahagian yang lurus dulu ya.Dan dalam kedudukan pelapik yang bahagian luar(kain yg bahagian dalam ada kain gam)Agaknya faham tak?



7-Jika nak guna getah halus(seperti dlm gambar madam guna tali getah yang khas utk di jadikan pencangkuk butang baju) Jika rajin boleh jahit tangan buat lubang butang.Boleh juga jahitkn siap2 tali getah tu di lapik leher.



Bila sampai di hujung belahan leher tu ,pastikan berhenti betul di hujung belahan tu dan pastikan jahit jd 'V".Kemudian angkat tapak mesin dan pusingkn kain utk teruskan jahitan di belahan yg sebelah lagi.Jaga ya jarak jahitan (pastikan basi sekeliling sama besar ya ,jika jahit tepi sangat nanti mudah pecah.)



Bila dh siap jahit,begini kejadiannya.Madam jahit guna jarak tapak mesin saja.


Nampak tu?


8-Dah siap cantum keliling lubang leher dgn lapik leher.Snap/kacip di basi keliling lapik leher.Pastikan tak terpotong benang jahitan tu ya.Jika terpotong tolong jahit balik.Kenapa kita snap/kacip basi leher tu?Sbb leher baju kurung tu melengkong dan urat kain bila melengkong agak mengeliat ya,jd bila kita dh kacip dan di terbalikkan nnti hasilnya cantik.


Nampak tu,madam snap/kacip camtu.



Snap/kacip keliling leher ya.Lupa pulak madam nk pesan. Yang part hujung belahan spt "V" tu pun kena snap bg sampai hampir ke hujung.Jika tak nanti bila di terbalikkan jadi berkedut dan tak kemas.




Setelah selesai snap keliling basi leher baju tu,mula jahit tindih.Madam nak pesan,jahit tindih tu mesti di jahit atas lapik leher dan bukan bahagian luar leher ya.Jahitan tindih ni hanya kelihatan hanya di lapik leher saja ya!



Ini bahagian hujung belahan.Masa jahit tindih buka dan boleh jahit terus.Yg penting mesti snap hingga hujung tp tak terpotong benang jahitan ya.


Begini lah rupanya bila telah di jahit tindih.Basi di keliling leher akan terjahit sekali dengan lapik leher.Jika basi keliling leher tu tak terjahit sama,mmmm keja sia sia saja tau!Ianya tak memberi kesan kemasan yg di kehendaki.

Ini pula bahagian belahan yg telah di jahit tindih.Tetap basi belahan dan lapik terjahit sama ya!



Bila dah siap di jahit tindih,ini lah rupanya bahagian lapik leher tu.












Cuba perhatikan,bahagian luar keliling leher baju tak kelihatan jahit tindih tadi.Sbb jahit tindih tu hanya di lapik leher saja ya.Ok,madam nak tegur sikit.Kebanyakkn tailor sekarang suka jahit tindih dr luar,maksud madam jahit sekali luar dan lapik leher dlm.Tak salah.Tetapi bukan itu seni jahitan dari nenek moyang kita.Tak berseni langsung!!!Siapa yang ajar tailor Malaysia buat jahit tindih luar dan dalam ? Penjahit2 luar yang masuk Malaysia cari makan dengan menjahit. Mereka berpegang pada motto "janji siap!" dan org Malaysia pulak tak ambil kisah dengan kualiti.Nampak cantik terus sambar.Yang belajar dengan madam,madam tak izinkan buat jahit tindih di luar dan dlm sekali!
Bila dah siap,boleh la gosok bg lg kemas dan jahit silang pangkah.Butang jangan lupa ya!Di bawah ni madam nk tunjuk cara buat tali butang manual.



CARA MEMBUAT TALI BUTANG DARI KAIN


Potong kain perca dari baju yang kita jahit tu,saiz 3"X3" Seperti dalam gambar.


Kemeudian,lipat jadikan 3segi dan jahit seperti dalam gambar.Boleh kan?


Opppssss....lupa nak pesan,masa nk mula jahit tu,tarik benang bg panjang sikit sbb kita nk guna benang tu utk terbalikkan tali butang tu.Dah jahit potong lebihan kain.Basi anggaran suku inci saja.



Camni la rupanya ya setelah di buang kain lebihan.



Benang yang panjang tadi tu,cucuk ke jarum tangan.Cari jarum yg gemuk sikit,senang buat keja.Setelah tu susup masuk jarum tadi dgn benang panjang tu ke dalam lubang tali butang tu.Cara senang nak masukkan jarum dalam lubang tali tu,masukkan buntut jarum dulu dan perlahan lahan susup terus buntut jarum hingga keluar di lubang tali sebelah lagi.



Bila buntut jarum tu dah keluar di lubang tali yg sebelah lagi tu,tarik perlahan2 hingga tali butang di terbalikkan sepenuhnya.Rupanya seperti gambar di atas bila selesai terbalikkan tali butang tu.


Kemudian potong panjang yang kalian kehendaki.Anggaran 1' @ 11/4" pun ok.Ikut kesesuaian saiz butang yang nk di gunakan.Jika masih baru belajar,setelah di potong tali butang ikut suka,lipat dua dan jahit seperti dlm gambar supaya senang nk jahit di leher baju nanti.





Jahit tali butang di lapik leher lagi mudah bagi yang baru belajar sbb lapik leher lebih tegap kerana telah di gosok dengan kain gam.Psssttttt.... jagan lupa jarakkan kebawah sikit utk ruang jahit lapik leher ke leher baju.Faham tak?





Ok la,hingga di sini perkongsian madam untuk kali ini.In sha Allah,ada rezeki dan jodoh,kita bertemu lagi.Akhir kata dari madam,salam sayang 1 Malaysia dan senyum selalu ya!Daaaaaaaaa


1 comment:

  1. hai...madam,sy xphm jahit bertindih di bahagian dalam pelapik leher.., kalau sy jahit mesti nmpk jgk benang kt bhagian luar...mtk tnjuk ajar madam...

    ReplyDelete