December 30, 2010

proses berpindah 2








Assalamualaikum,hr nie(9/3/11)madam tergerak ati nk tengok2
pekara2 yg telah madam draf tp tak terbitkn lg.Tetiba madam
terpandangkn catatan ni,setelah madam periksa balik rupanya
belum di terbitkn lg!Mati2 madam ingat dh di terbitkn!Mungkin,
masa madam nk terbitkn line tak cantik jd madam terlepas
pandang!.....jadi madam nk terbitkn juga....boleh kan?

Kali ni madam ingin berkongsi wajah kedai lama madam yg dlm proses berpindah dan wajah kedai baru madam yg sedang dlm renovation.....di kedai lama keadaan tongang-langgang!...manakala di kedai baru sedang rancak kerja2 renovation.Kedai baru madam hanya selang satu kedai jer dr kedai lama....agak letih juga madam berulang alik dr kedai lama ke kedai baru utk memastikn semua kerja2 berjln lancar.Alhamdulillah,madam dapat bantuan n kerjasama dr anak2,suami dan kwn2......TERIMA KASIH BANYAK2!!!

Lima gambar..ooppps terdelet satu gambar lak! di atas ialah keadaan kedai baru madam yg sedang direnovation manakala yg bawah gambar di kedai lama madam,yg mana,barang2 dh di bungkus2 n pintu utama kedai lama madam telah di tanggalkn dan di pasang ke kedai baru madam....madam syng pintu lama!hehehe...

Dalam sibuk2 mengemas barang2 di kedai lama n memastikn kerja2 renovation berjln lancar anak perempuan madam(madam panggil adik) pun sibuk juga menaip,print n potostate iklan utk kedai baru ibunya(madam lah).bukan saje buatkn iklan,dia juga membantu ibunya print beberapa pekara yg perlu di lekatkn di kedai baru ibunya!TERIMA KASIH ADIK!!!!......sekarang madam lantik adik menjadi kerani n jurutaip madam....jimat kos!hehehe

ok,jika ada kesempatan di lain masa,madam masukkn gambar2 di kedai baru madam.......hingga jumpa lg!

December 29, 2010

DLM PROSES BERPINDAH KEDAI

Assalamualaikum kpd semua yg sudi menjenguk ke blog madam,Madam ingin memaklumkan kepada semua yang madam sedang dalam proses berpindah ke kedai baru.Yang mana kedai baru ini lebih besar dari kedai lama.Madam merancang ingin menambah bahan2 peralatan jahitan di kedai madam,ini kerana ramai orang datang ke kedai madam mencari peralatan jahitan .
Di kedai baru ni,madam harap memberi keselesaan pd pelajar madam,pelangan,pekerja n madam sendiri.
Harapan madam,moga thn baru ini n kedai baru ini,ALLAH murahkn rezeki n berkati usha madam!AMIN!
perkembangan seterusnya tentang kedai baru madam,akan madam maklumkan nnti.SALAM!

December 21, 2010

kebaya bersulam bunga reben

Assalamualaikum!

Kali ini madam ingin menunjukkn jahitan sulaman bunga reben di kain yg ingin di buat baju.Jika anda mempunyai kelebihan or kepandaian dlm jahitan sulaman bunga reben,madam cadangakan apa kata anda cari baju lama yg boleh di recycle n jahitkn sulaman reben di baju tu.Atau anda boleh jahit di kain yg yg kosong (spt yg madam tunjukkn ni)....nampaknya sekarang ni dah mula trend org memakai baju kurung,kurung moden or kebaya yg bersulam bunga reben.Mmm....sekarang ni sulaman bunga reben bukan hanya terdapat di sarung kusyen kecil atau di hiasan dinding saje tp dh menular ke pakaian pulak!Bagus lah bg yg ada kepandaian dlm bidang sulaman bunga reben ni ya!...Ooppppssss!cukup lah madam membebel,jom tengok kain yg telah siap di sulam dgn bunga reben,tp madam belum jadikn baju.Madam tak dapat siarkn gambar yg dh siap jd baju sbb tak sempat ambil gambar!SORIIII!!!




October 20, 2010

sukatan pelajaran di kelas jahitan madam

Assalamualaikum,
Kali ini madam ingin memperlihatkan senarai pakaian yg ada dlm sukatan pelajaran di kelas jahitan madam.

**SIMPLE BLOUSE +SKIRT A LINE

**BAJU KURUNG MODEN+SKIRT KIPAS BELAKANG

**BAJU KURUNG PESAK+SKIRT SUSUN TEPI

**KEBAYA MODEN+SKIRT BELAH SELISIH

**KURUNG PESAK GANTUNG+SKIRT LIPAT BATIK

**KURUNG KEDAH+SKIRT LIPAT BATIK/BELAH SELISIH

**BLOUSE KOLAR HAWAI+SELUAR SLEK WANITA

**PRINCESS CUT-LONG DRESS

**KEBAYA LAPEL+SKIRT BELAH SELISIH/LIPAT BATIK

**KEBAYA KOLAR TINGGI(HIGH NECK)+SKIRT SKIRT KIPAS BELAKANG

**JUBAH BUTANG DEPAN

**LONG DRESS(SLEEVELESS)

**KEBAYA MODEN PRINCESS CUT+SKIRT BELAH SELISIH

**BLOUSE KOLAR KEMEJA(TANPA LENGAN)+SELUAR WANITA

Senarai ini adalah bagi student yg memilih untuk belajar bayar bulanan.Bagi mereka yg telah belajar hingga habis sukatan pelajaran ini madam akan keluarkan sijil setelah mereka melalui peperiksaan yg madam berikan.Sijil di beri jika madam sangat berpuas hati dgn hasil kerja yg di tunjukkn oleh student tersebut.Madam sangat menitik berat hasil kerja yg kemas,cantik n berkualiti jd kelas madam bukan spt kelas jahitan yg lain.Madam dh banyak melihat bekas2 student dr kelas/sekolah jahitan yg lain ada diploma atau sijil tp tidak boleh menunjukkan kemampuan mereka,mereka spt tak tau apa2.....macam mana mereka boleh memiliki sijil or dip?....Oooooppppppssssssss maaf madam tak berniat menyakiti hati org lain.Utk yg ambil pakej yg lain pun madam keluarkan sijil juga.Insyaallah jika keadaan mengizinkn madam akan muatkn gambar2 pola sukatan pelajaran madam ya!

October 03, 2010

kebaya moden bersulam dan tangan kedut bergetah

Jahitan manik utk Fadz




Ini adalah tempahan dari Fadz,dia adalah ibu mengandung n sangat mengidam utk memakai baju berjahit manik desing ini.Fadz telah melihat desing ini di butik madam(jika ingat baju hijau dgn jahitan manik desing bunga menjalar di bawah badan baju n tangan)....utk Fadz ini lah hasilnya...

manik desing kerang



Assalamualaikum,
Lama madam tak buat N3,sekadar come back,madam ingin tunjukkan beberapa hasil kerja manik dr butik madam......lihat lah ya!...ini baju kurung pesak dr kain batik sutera dgn jahitan manik desing kerang.

June 17, 2010

merancang utk mengadakan bengkel di luar kawasan


Assalamualaikum,
Baru2 ni madam telah pulang ke kampung hubby madam.Di sana madam berjumpa dgn anak saudara hubby madam,dia meminta madam mengadakan bengkel jahitan di tempat tinggalnya iaitu di Lurah Bilut,Pahang.Pd mulanya madam ingat dia bergurau saja tp pg semalam dia call madam bertanya itu ini tentang bengkel jahitan dan madam lihat ada kesungguhan dr pihaknya.Madam mula memikirkan,apa salahnya madam mengorak langkah dgn mengadakn bengkel di luar dgn itu madam bolah membantu org2 yg berminat dlm bidang jahitan utk memajukan diri mereka.Jadi di sini madam ingin mengwar2kan jika ada mana2 pihak yg berminat utk mengadakn bengkel menjahit di tempat mereka boleh la menghubunggi madam.Tapi projek ini madam akan mulakan selepas raya thn ini.Apa2 pun perancangan boleh di buat dari sekarang.Terima Kasih.

June 03, 2010

siapa gatal tangan?????

Assalamualaikum,
kali ni madam nak marah dgn org yg gatal tangan hilangkn chat box di blog madam.Nasib org tu kira baik la sbb madam tak tau siapa dia ,tp kalau madam tau orgnya.Madam akan jahit sepuluh jari dia jadi melekat.!!! Org tu cepat minta maaf dgn madam!!!

May 11, 2010

war-warkan blog x-student madam

Assalamualaikum,
Kali ini madam ingin war-warkan blog x-student madam.Normazlina,beliau bermula dari zero be hero.Walaupun dia dtg kelas madam belajar menjahit pakaian,tp dia selalu minta pendapat n berbincang dgn madam tentang bisnes yg ingin di mulakn.Sebagai guru madam akan kongsikn apa saja utk memajukan student madam.Sehingga hari ini walaupun perniagaannya sagat maju n mengujakan tp beliau tetap berhubung dgn madam utk minta nasihat or pendapat.TAHNIAH!!! madam ucapkan atas kejayaannya,hingga tak menang tangan walau pakai pembantu.Ini adalah alamat blognya..http://www.mybabycomel.blogspot.com

lagi hasil kerja student madam



Assalamualaikum,
Sekali lg madam ingin tunjukkan hasil kerja student madam.Liana,ialah seorag guru sek menengah n sedang hamil.Walaupun sedang hamil n mabuk mengandung dia berjaya menyiapkn baju utk anak muridnya sebanyak 6 helai,yg akan di pakai utk persembahan tarian di hr anugerah cemerlang sekolah nya.Ini ada lah pertama kali dia menjahit pakaian org lain kerana sebelum ini dia tak berani terima cabaran.Apa pn madam ucapkn TAHNIAH!! kerana berani terima cabaran n mencuba!lihat la hasil kerjanya.

May 07, 2010

hasil kerja murid madam....Azza






Assalamualaikum,
kali ini madam ingin tunjukkan hasil kerja murid madam.Namanya Azza.dia telah pun menerima tempahan pakaian dr kwn2 sekerja,kenalan n keluarganya.Allhamdulillah,sebagai gurunya madam bangga n gembira kerana dia benar2 mempraktikkn tunjuk ajar madam,pelangannya sagat berpuas hati dgn hasil kerjanya.Di sini madam pamerkan.Sudi2 la tengok ya.