March 21, 2017

HASIL SULAMAN DI AZRA FESYEN

Bismillah.Assalamualaikum dan salam sayang semua.Kali ni madam hanya nak kongsi gamabar2 sulaman hasil dari madam di AZRA FESYEN.So untuk N3 kali ini tiada cerita apa-apa ya. Hanya gambar2 untuk tatapan semua.




Ini hasil sulaman Khufi dari madam.Kalimah Allah dan Muhammad.Sulaman bersaiz A4.



Sulaman ini madam gantung di pintu kelas jahitan madam.Jika anda ingin kelainan utk apa2 saja yg ingin ada cuba dlm bentuk sulaman ,boleh hubungi madam dan bincangkan.






Jika ingin menghadiahkan kpd kwn yg baru berpindah rumah atau utk kegunaan sendiri ,contoh gantung dlm bilik solat atau ruang tamu boleh saja.


                            Sulaman utk shawl,Mengunakan kain chiffon.Kena betul2 tegang kain bila di pasang ke hoop/ram.



Ini juga sulaman utk shawl.Desing yg berlainan.













                       Lagi sulaman atas kain chiffon utk shawl.



Ini pula sulaman atas kain felt.
       Sulaman ini di gantung pada pintu. Utk kelihatan kelainan dan ianya tiada jual di kedai kerana untuk miliki sesuatu yang berlainan seperti ini anda perlu menempah!Jom tempah di AZRA FESYEN!


Dah ada TARIK tentu ada TOLAK pulak kan!




Yang ini pulak ialah Sulaman name tag.Mungkin sekolah ank anda lambat menyiapkan tempahan name tag yg anda tempah pd awal tahun.Jd tempah lah dgn AZRA FESYEN,in sha Allah siap dlm 2-3 hari saja.Tempahan urgent juga madam terima.




Name tag bukan saja boleh di letak/jahit pada baju saja.Boleh juga di letak/jahit pada bag sekolah @ apa saja bag.Pd yg hantar ank ke rumah pengasuh elok juga jahit nama pd towel,pakaian dan lain2 lagi.




Ini pula sulaman pd bag jeans. Kebetulan ank perempuan madam memang pembuat bag2 dari jeans. customers minta sulam pelbagai desing di atas bag yang mereka tempah.




Yang ini pulak sulaman yang madam buat atas kain dan tampal/patch.Gambar Elsa tu madam sulam dulu atas kain dan kemudian tampal pada gaun kanak2.






Yang ini pulak sulaman biku dengan bunga mewah!Madam buat sulaman ini atas skirt kanak2. Cun kan!



Ini.....sulaman biku juga . madam buat di hujung tangan dan bawah baju kurung.



Ini sulaman juga pada hujung tangan dan bawah baju.Nama desing sulaman ini ialah jejari hantu! bukan ini saja desingnya. Ada pelbagai lg!


Mmmmm dah sampai ke penghujung. Pada yang berminat untuk menempah boleh hubungi madam di 012-9757909.

Hingga jumpa lagi,salam 1 Malaysia dan senyum selaluuuu!Daaaaaaaaaaaaaaa!




BLAUS KIMONO BERSULAM BIKU.


Assalamualaikum dan salam sayang semua!N3 kali ini madam nak kongsi hasil dari AZRA FESYEN lagi!Kali ini blaus kimono yang bersulam biku.Nape ya di namakan blaus ini blaus kimono? Ianya kerana blaus ini tangannya seperti kimono. Dan madam sulamkan sulaman biku.Ok la.....jom la kita tengok gambar yg madam sediakan.Jommmmmmmmmmmmmm






Lihat tangannya yang seperti kimono. 





Leher blaus ini madam buat dengan mengunakan kain yang sama sebagai paiping/kun.




Lihat kelebaran tangan kimono ini.




Inilah sulaman biku yang madam buat.Menggunakan kombinasi 3 warna. Selalunya org hanya buat menggunakan satu warna saja.Madam saja guna 3 warna benang(kena rajin ya utk tukar2 benang,perlukan tahap kesabaran tinggi ya utk menukar2 benang)





Begini lah kelihatan baju blaus kimono bersulam biku.Cantik kan?! Hehehehe......masuk bakul naik lif!

Pada yang berminat utk menempah atau belajar cara membuat blaus kimono ini boleh terus hubungi madam melalui call,wasap dan msg di no 012-9757909


Ok,hingga di sini dulu ya.Hingga jumpa lg,salam sayang 1 Malaysia dan senyum selalu ya....daaaaaaaaaaaaaaaaaaa!





















February 21, 2017

BAJU MELAYU TRADISIONAL & MODEN DARI AZRA FESYEN


Assalamualaikum dan salam sayng semuaaaaaaaaaa! Semua sihat sejahtera hendaknya.N3 kali ini madam nk kongsikn beberapa patern baju melayu yang telah di siapkan di AZRA FESYEN. Kan nak puasa tak lama lagi.....dah siapsedia ke menempah pakaian utk hari raya 2017 ini?Jangan terlewat ya kakak2 dan abg2.Nanti terpaksa beli yang readymade,dah tak sedondon di pagi syawal.Ok,madam taknak banyak story,jom kita tengok gambar2 yang madam kongsikan ya!

.

Ini baju melayu potongan moden iaitu tiada pesak. 


Baju melayu moden ini guna dua kombinasi warna. Trend!




















Ini baju melayu trdisional,tapi potongan bahu ala2 kemeja ya!Trend juga sekarang ni!






































Ini baju melayu bersulam.Ala2 pengantin gitu! Tapi ini memang baju pengantin ya!hehehehe


Bersulam di kolar,dada,tangan dan setiap kepala poket.





Hah!yang ini juga baju melayu moden kombinasi warna.Berbeza dengan baju melayu moden yang pertama desingnya. Dan butangnya tak guna lubang butang dan kemudian pemakai perlu beli butang baju melayu sendiri.Yang ini butangnya dah siap sedia madam pasangkan.



Ok,disini N3 kali ini. Untuk menempah hubungi madam di 012-9757909.Akhir kata utk N3 kali ini.....salam sayang dan salam 1 Malaysia!Daaaaaaaaaaaa.....

 AZRA FESYEN &SERVICES

TEMPAHAN YANG MASIH DI TERIMA SEHINGGA 31/3/17 IALAH:

1-KURUNG BIASA
2-KURUNG MODEN
3-JUBAH A-LINE
4-DRESS PRINCESS CUT(TERHAD)
5-BAJU MELAYU LELAKI(TERHAD)

***TIDAK MENERIMA TEMPAHAN PAKAIAN BERLAINING,JAHIT MANIK,PATCH LACE DAN SULAMAN KERANA DAH CUKUP TARGET.***

SEKIAN TERIMA KASIH.