April 08, 2012

Busana Pengantin Putih Suci Gitu!

Assalamualaikum n salam sejahtera buat pembaca blog madam.
Moga semua dlm sihat sejahtera hendaknya.Amin.Mmmm...
lama madam tak buat N3,atas sebab kesibukan dgn tugasan
dan juga madam ada sedikit masaalah teknikal dgn blog madam.
Untuk N3 kali ini madam ingin berkongsi tentang busana
pengantin.N3 kali ini madam paparkan sebahagian dulu ya.
Busana ini telah pun di pakai pada hari bersejarah pelangan
madam.....doa dari madam,moga mereka kekal n berbahagia
hingga hujung nyawa.Amin!...Ok la,jom la kita tengok gambar2
busana yg telah madam siapkan.Jom jom jom......





Ini lah busana pengantin yg serba putih ....
suci gitu!



Baju ini di ilhamkan oleh pengantin lelakinya.
Sebab pengantin lelaki ni sangat tinggi orgnya
dan pengantin perempuannya lak,kecil comel jer.
Baju ini lace tidak di gunakan sepenuhnya.


Baju ini madam sulam lace ke badan baju n kainnya.


Bahagian depan baju madam sulamkan
lace .Tapi bahagian sisi badan madam biarkan
kosong jadi pemakai kelihatan langsing.


Bahagian sisi badan dan bahagian bawah
belakang baju.


Bahagian bawah kain.Madam sulamkan lace
di bahagian bawah kain supaya kain tak
kelihatan kosong.Berseri gitu!


Ini bahagian belakang kainnya.Madam buat
tail di bahagian belakang kain dan juga sulamkan
lace dan buat biku-biku bagi nampak cantik lg.


Bahagian bawah belakang kain.






Hah! yang ni pembaca blog madam
tau tak apa dia?...mmm betul! Ya ini
ialah veil (selendang pengantin)



Madam sulamkan lace yg sama
pada veil ini.




Bahagian depan tengah kepala
madam sulamkan lacenya agak
tebal sikit.Dan madam sulamkan
sedikit di bahagian tertentu veil tu.
Tapi pastikan bila di pakai sulaman
tu terletak di tengh depan kepala,bahu
kiri n kanan dan belakang.


Mmmm...setakat ni ajer la cerita pasal busana ini.

Tapi madam ada nak kongsi lagi satu busana
pengantin yg juga berwarna putih....Gaun pengantin!
mmmm cantik tau! Ok la jom kita tengok jom jom jom...


Hah! ni lah gaunnya.Sebenarnya gaun ini di
pakai bersama inner berwrna putih juga tapi
tuan baju ni masa bawa kepada madam
minta madam buat "touch up" tak bawa inner
dan dawai yang buat gaun ni kembang.
Jom la kita tengok gambar2 yg lain,sampai
bahagian dlmnya pun madam ambil gambar.



Bahagian belakang.Lubang2 tu utk tali sebagai
hiasan ajer tapi kalau baju ni longgar pd pemakai
boleh la ketatkan dgn tali di belakang ni.yang
sebelah kanan tu antara hiasan yg terdapat
pd gaun kembang ni.Baju ni banyak sangat
hiasannya.


Antara hiasan yang terdapat pd gaun ini



Bahagian dalam.(belakang)



Hah! yang bahagian ini ialah
sebelah dlm gaun ini.Dawai khas
akan di masukkan di tape putih tu.
Dan dawai itu lah akan membuat
gaun ni menjadi sekembang mana
yang si pemakai nakkan.



Bahagian dalam gaun.



Bahagian dalam gaun.Gaun ini
ada 3 lapisan semuanya.



Bahagian paling luar di gunakan
kain lace.


Antara hiasan yang terdapat di gaun ini



Kuntuman bunga ini di bahagian
atas dada kanan.












Ok,nampaknya untuk N3 kali ini,ini sahaja perkongsian
madam dgn pembaca semua.Insyaallah,madam bercadang
nak berkongsi ilmu dgn pembaca semua tentang kurung pesak
or kurung tradisional.So...tunggguuuu ya!
Seperti biasa,madam akhiri perjumpaan kita ni dengan salam
1 Malaysia dan senyum selalu!...hingga jumpa lg..Daaaaaaaaa...
JIKA HENDAK BERJAYA..BERANILAH MENGAMBIL RISIKO
(DARE TO RISK)

Nak ketawa, risikonya takut nampak bodoh.
Nak menangis, risikonya Nampak sentimental, emotional sangat.
Untuk mencapai apapun melibatkan 'Risiko'
Untuk menyintai, risikonya takut cinta tak berbalas.
Untuk hidup, risiko nya Mati
Untuk mempercayai, risiko nya kegagalan.

Walau apapun, RISIKO wajib di ambil juga. Kerana perkara yang amat membahayakan dalam hidup ini, ialah 'TIDAK MENGAMBIL' sebarang Risiko.

Masalahnya pula:

Orang yang tidak mengambil sebarang risiko @ Tak berbuat apa-apa @ Tak ada apa-apa @ Tak Jadi apa-apa pun !

Hakikatnya mereka mungkin mengelakkan kesusahan. Kepayahan. Kesedihan. Tetapi mereka juga sebenarnya tak pernah belajar. Merasai . Mengalami. Berubah. Membangun, Menyintai dan 'Hidup' Dirantai oleh sikap mereka. Mereka menjadi Hamba' kerana mereka sendiri yang mengorbankan 'Kebebasan' mereka.

Ingatlah akhirnya orang yang berani mengambil risiko saja yang akan nerasai 'Bebas'!

Mari sama-sama kita renungi di hari minggu ini. Apakah kita mengelak dari mengambil sebarang 'Risiko' sebab itulah kita berada di takuk dan tahap ini !

April 03, 2012

JADIKAN DIRI ANDA SEORANG ‘PENDENGAR’ YANG HEBAT.

JADIKAN DIRI ANDA SEORANG ‘PENDENGAR’ YANG HEBAT.

Pesan guru yang mengajar saya bagaimana nak membuatkan seseorang merasa amat penting, dihormati dan dihargai. Yang mana akhirnya menjadikan anda amat dikagumi serta disenangi.

>> Dengar dan dengar betul-betul.

>> Jangan menyampuk.

>> Jangan menghabiskan ayat atau cakapnya.

>> Jangan berkata. 'Saya dah tahu'

>> Jika kita dipuji. Jangan bercerita lebih. Hanya ucapkan. Terima kasih.

>> Jangan gunakan perkataan ‘tidak’,’tapi’, ‘walaubagaimanapun’.

>> Jangan ada gangguan telefon. Apapun. Tumpukan mata. telinga dan anggota badan sepenuhnya hanya padanya.

>> Di akhir perbualan. Tanya soalan yang bijak. Matang. Tunjukkan minat. Sokongan. Empati.. Kefahaman.

>> Buangkan sifat-sifat menunjukkan anda lebih bijak, lucu, lebih tahu segalanya; tetapi sebaliknya.

>> Semakin anda kurangkan keinginan anda utk. lebih menonjolkan diri. Anda akan lebih kelihatan menonjol dan hebat di mata dan hatinya.

Buatkan dirinya merasai dia amat penting. Dihargai . 'Million bucks in your presence !





*kata-kata dari Dato Maznah "iron lady"


April 01, 2012

Lagi ahli baru di Azra Fesyen

Assalamualaikum n salam syng buat semua pembaca blog madam.Moga semua sihat sejahtera hendaknya.Amin.Untuk N3 kali ini madam nak berkongsi cerita hal kedai madam.Insyaallah,keluaran akan dtg madam akan berkongsi ilmu tentang jahitan or buat pola dgn pembaca kesayangan madam.Moga madam di beri kelapangan masa utk berkongsi ilmu dgn semua.Amin.Mmmmm...ok lah!jom la kita terus lihat gambar yg madam telah sediakan...jom jom jommmmm





Hah!ini lah dia ahli baru yg madam maksudkan tu. Mesin jahit tepi!Sebenarnya di Azra Fesyen memang dah ada mesin jahit tepi yg high speed tp saja madam beli yg ini sbb senang bila ada jahitan or pelangan yg nak jahit tepi guna benang berwarna jadi tak perlu lah madam kacau benang jahit tepi yg warna putih tu.


Madam nak cerita sikit tentang meja yg madam letakkan mesin jahit tepi ni.Sebenarnya meja ni dh tua tapi masih berkhidmat dgn baik n cemerlang!Madam syng meja ni.Masa mula2 madam memiliki mesin jahit tepi
(jenis portable jugak bukan yg ini ya) meja ini lah menjadi tempat meletak mesin jahit tepi tu.setelah madam buka kedai dan beli mesin jahit tepi highspeed,mesin jahit tepi yg lama tu madam jual kpd seorang kawan....
*madam menyesal jual mesin jahit tepi tu....banyak perkongsian yg telah kami lalui bersama ketika madam merangkak2 dlm bidang ini...tapi madam sangat kejam sbb melepaskannya pd org lain setelah memiliki mesin jahit tepi yg lebih "gah" dari nya...maafkan diri ini dan diri ini sangat menyesal!"...Insyaallah,madam takkan jual mana2 mesin yg ada bersama madam sekarang....*Dan madam sangat tak menjangka meja ni akan mengulangi tugasan lamanya.Selepas madam jual mesin jahit tepi yg lama tu,meja ni jadi meja gosok! Jika meja ni boleh berkata2 pasti dia akan berkata"oh aku kembali ke tugas lama ku!"....madam syng meja ni.Moga meja ni terus setia bersama kerjaya madam selamanya!...



Ini lah rupanya dari dekat.Ini bahagian tension benang.Mesin ini juga boleh di gunakan utk jahit tepi seperti tepi tudung yg halus tu.Kiranya mesin ni 2 dalam 1.Harap madam boleh serasi bersama dgn mesin jahit tepi yg baru ini.Insyaallah.




Sekarang mesin jahit tepi tu dah ada dlm barisan mesin-mesin yg lain.

Dengan kehadiran mesin jahit tepi tu,madam telah membuat sedikit pengubahsuaian susun atur
barang-barang dalam kedai madam.Setelah puas mencari lokasi yg sesuai utk meletak mesin jahit tepi ni akhirnya di sini la tempatnya.

hah!nak kongsi cerita pasal meja gosok tu pulak.

Sebelum ni,madam guna meja yg letak mesin jahit tepi tu sebagai meja mengosok tapi setelah puas memikirkan lokasi sesuai utk mesin jahit tepi tu madam terpaksa guna meja gosok tu sebagai meja letak mesin jahit tepi.Lepas tu,madam pening pulak meja gosok tak ada.Akhirnya madam guna meja yg madam beli utk student guna potong kain sebagai meja gosok,ianya lebih selesa sbb besar!Madam akan beli lagi meja memotong utk student .


Jeng jeng jeng.....ini ialah lokasi berkerja madam.Jika tak memotong or mengajar,madam akan duduk menjahit di sini.Ini lah ruangan madam merempit!hehehehe.....


Di mesin jahit madam ni memang dh tersedia semua keperluan ketika menjahit. Pembaris,tali tape,gunting kecil,mangkuk peniti,pembuka benang,kapur dan pin besar.

Ini pulak meja bulat yg madam letak di sebelah mesin jahit madam.Kiranya seperti lebih ruang peribadi.Di atas meja ni madam letak hand bag,chop,botol kecil tu gula2(ambil jika perlu jer),yg warna biru tu tempat letak handphone madam dan yg istimewa ialah tempat gunting madam.

Ini lah hero2 penting di Azra Fesyen.Gunting-gunting ni kegunaan khas madam sahaja!Sbb tu tempatnya agak istemewa!kat dlm bekas tu madam dh siap lapik dgn span agar hujung gunting kesayangan madam tak rosak!"mereka" kelihatan hensem berada dalam bekas tu....hehehehe

Mmmm....yang ini pun istimewa.Madam letak jambangan bunga ini di mesin jahit madam.Madam guna bekas tempat benang jahit tepi sebagai tempat letak(vase) jambangan bunga ni...
Tentu pembaca blog madam nak tahu kan siapa gerangan yg telah memberi hadiah jambangan bunga ni!...

Mmmm...jangan buat andaian yg bukan2 ya!...sebenarnya jambangan bunga ini telah di hadiahkan oleh bekas student madam dan yang madam rasa bahagia lagi sbb jambangan bunga ni di buat sendiri oleh student madam tu khas utk madam .Jadi sebagai menghargai pemberiannya(madam memang jenis yg sangat menghargai pemberian org walau nilainya murah pd rm tapi pd madam besar nilainya)..madam bungkus jambangan bunga tu dgn plastik agar tak cepat buruk dan letak depan mesin jahit madam.Terima kasih Diana.

Yang ni apa cerita????...Saja madam nk masukkan gambar ni.Ini antara sebahagian barangan segera yg madam sediakan utk di jual.Benda ni ialah span bahu yg telah madam siapkan dlm pelbagai warna.Jadi jika ada pelangan yg nak cepat or kain perca tak cukup utk bungkus span boleh pilih jer warna yg di perlukan dan pasangkan di baju.kekadang ada juga org yg nk ganti span sbb span yg lama dh rosak jd mereka bawa bajunya ke kedai madam n pilih warna lepas tu madam akan jahitkan span tu ke baju mereka.Kan itu memudahkan pelanggan!

Nampaknya kita dah sampai di penghujung perjumpan kita.Seperti biasa madam akhiri dgn salam syng n salam 1 Malaysia!Senyum selalu....daaaaaaaaa..
Hingga jumpa lagi ya!Bye!