March 07, 2012

Membaca pembaris.

Assalamualaikum.Semoga kalian semua dalam
keadaan sihat sejahtera n bahagia selalu hendaknya.
Amin.Madam sendiri baru baik dari demam.Sekarang
masih batuk2 dan selsema lagi.Insyaallah,keadaan ini
tidak menganggu tugasan madam.Yang penting kita
mesti positif menangani apa jua keadaan.Ok lah!
untuk N3 kali ini madam ingin berkongsi ilmu
membaca pembaris.Jagan la tunjuk reaksi pelik
pulak ya.Utk pengetahuan anda,menjadi
tukang jahit yg BAGUS,anda mesti TAHU dan
MENGENALI pembaris anda.Adakah anda telah
boleh menguasai bacaan pembaris tukang jahit anda?
Jika YA,madam ucapkan TAHNIAH dan jika anda
masih belum mahir menggunakan dan membaca
pembaris tukang jahit anda tu,jgn sedih.Jom madam
tunjukkan caranya.Jom jom jommmmm..........



Ok,ini pembaris 3"x18".Selama madam
menjadi tukang jahit dan selama dari
mula madam belajar menjahit hingga ke
peringkat diploma hanya pembaris 3"x18"
saja yg madam gunakan.Madam tak ada
menggunakan pelbagai pembaris lain.
Begitu juga ketika mengajar,madam tak
menyusahkan student madam membawa
pelbagai pembaris cukup hanya dgn pembaris
3"x18" sahaja.Dengan pembaris 3"x18" ini
kita juga boleh buat lengkuk/curve untuk
bahagian dari dada ke pinggang,pinggang ke
punggung dan juga utk lubang lengan.


Cuba anda perhatikan gambar pembaris ini.
Anda juga boleh ambil pembaris anda dan
perhatikan dgn baik.Dalam setiap satu(1) inci
ada lapan (8) garisan.Cuba anda kira di pembaris
anda.Betul tak?
Setiap garisan tersebut ada nilainya dan namanya
tersendiri.Taknak buang masa,madam nak
perkenalkan nilai dan nama setiap garisan yang
ada dlm setiap inci.

Garisan pertama (1) nilainya 1/8
**iaitu garisan pertama dari 8 garisan)**

Garisan kedua (2) nilainya 2/8 TAPI
lebih di kenali dgn 1/4"(suku inci)
**iaitu garisan kedua dari 8 garisan**

Garisan ketiga (3) nilainya 3/8
**iaitu garisan ketiga dari 8 garisan**

Garisan keempat(4) nilainya 4/8 TAPI
lebih di kenali dgn 1/2"(setengah inci)
**iaitu garisan ke 4 dari 8 garisan **

Garisan kelima(5) nilainya 5/8
**iaitu garisan ke5 dari 8 garisan.**

Garisan keenam(6) nilainya 6/8 TAPI
lebih di kenalai dgn 3/4 (tiga suku inci)
**iaitu garisan ke 6 dari 8 garisan**

Garisan ketujuh(7) nilainya 7/8
**iaitu garisan ke7 dari 8 garisan**

Garisan ke lapan(8) nilainya 1"(satu inci)

Bagi garisan pertama selepas 1" di kenali
dengan 1 1/8" (satu inci,satu perlapan)
Begitu lah bacaan seterusnya.Faham tak?



Seperti yg terlihat dlm gambar ni
ialah 1 1/4(satu suku inci)or 2/8



Seperti yang terlihat di gambar ini
pula ialah 2"(dua inci)


Seperti yg terlihat di gambar ini pula
ialah 9 7/8(sembilan tujuh per lapan)
Andai anda bertanya pada madam,adakah
org guna nilai sebegini masa buat pola?
Madam jawap,YA memang ada.Selalunya
org yang betul2 pandai guna pembaris akan
gunakan setiap garisan yg ada pada pembaris.
Ini akan memberi nilai yg tepat n jumlah
pembahagian yang juga tepat!


Seperti dlm gambar ini pula,ialah
9 3/8"(sembilan tiga per lapan inci)
Madam faham,bagi yg tak mahir
menggunakan pembaris akan pening
macam mana kita boleh bahagi sesuatu
nombor dan dapat jawapan pd garisan
ketiga ni kan?Jangan nangis,madam
akan beri penerangan nya.Sabar syng!


Yang dlm gambar ini pula,nilainya
9 5/8(sembilan lima per lapan inci)


Ok,sekarang madam akan mula beri
penerangan bagaimana kita boleh dapat
jawapan spt di atas.


Perhatikan gambar atau anda lihat
di pembaris tukang jahit anda.
Yang terlihat di gambar ialah 1/2"
(setengah inci).Dalam satu inci ada
lapan garisan jadi dalam setengah inci
ada empat grisan.Seperti yang kita belajar
masa di sekolah dulu,cikgu maths ada kata
4/4(empat bahagi empat )jawabnya 1(satu)
So,jika contohnya anda mengukur badan
org(pelanggan anda) dan ukuran sebegini:

37.5" bahagi 4.
Jika anda mendapat ukuran yang ada 1/2
(setengah inci) spt contoh anda bahagikan
dahulu 37" itu dulu (37/4=9 1/4")
Tentu anda tanya apa cerita dgn yg 1/2" tu kan?
Ok,ni penerangannya.
Setelah anda dapat jawapan 9 1/4 tadi tambah 1/8.
Pening ker???....cuba tengok pembaris anda.
Kalau 1/4"(suku inci) adalah garisan kedua dlm
satu inci jadi bila kita tambah lg 1/8" maka jadilah
37.5/4=9 3/8(sembilan tiga perlapan)
Cuba lihat gambar2 di atas utk rujuk 9 3/8".
Ok madam bagi lagi beberapa contoh ya.Suka tak?


36.5/4=9 1/8(sembilan satu perlapan)

37.5/4=9 3/8(sembilan tiga perlapan)

38.5/4=9 5/8(sembilan lima perlapan)

39.5/4=9 7/8(sembilan tujuh perlapan)

40.5/4=10 1/8(sepuluh satu perlapan)

Cukup la ya contoh tu,madam nak kongsi
pasal angka yang kita dapat masa kita buat
kira2(pembahagian) dgn kalkulator.Selalunya
kalau kita buat pembahagian dgn kalkulator
kita akan dapat jawapan seperti contoh di bawah:

36/4=9
37/4=9.25
38/4=9.5
39/4=9.75

Bagi yang dah pandai tu,BAGUS la!Tapi
bagi yg belum pandai jgn sedih,madam kan ada
untuk membantu anda!
Kalau jumpa jawapan yang belakangnya ada
.25 bermakna suku(1/4)
.5 bermakna setengah(1/2)
.75 bermakna tiga suku(3/4)

Hah! madam harap sangat madam dah dapat
membantu kalian semua.Insyaallah.
Jika ada pertanyaan tentang bacaan pembaris,
boleh la anda bertanya madam ya.Mmmmm....
madam rasa cukup sampai sini dulu perjumpaan
kita sementara waktu ya.Hingga jumpa lagi,madam
akhiri dgn salam 1 M'sia dan senyum selalu ya!
Daaaaaaaaa............

3 comments:

  1. Salam syng miezayahaya. Terima kasih berkunjung ke blog sy. Jika perkongsian ilmu sy membantu anda, sudi kiranya sedekahkn Al - Fatihah kpd sy. Doakn kesihatan sy baik. Moga sy boleh terus berkongsi ilmu kemahiran jahitan d blog sy ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah....tq madam. Saya faham dah

    ReplyDelete