February 09, 2014

KEMEJA LELAKI 2

Assalamualaikum!Salam kasih sayang buat semua.Moga semua sihat ,bahagia n di rahmati ALLAH selalu hendaknya!amin!Madam ingin ambil kesempatan di sini dan di N3 kali ini utk merayu,ada kesudian pd pembaca blog madam utk mendoakan kesembuhan buat ank saudara madam bernama Husnani Wati Hussin.Ank saudara madam sedang koma di HKL.Sehingga saat madam menaip N3 ini,sudah 8hr Nani tidak sedarkn diri.Moga pembaca blog ini sudi sedekahkan Al-Fatihah buat Nani.Dan madam dahului dgn jutaan terima kasih dan amin atas doa pd yg sudi.

N3 kali ini madam nk share gambar2 baju kemeja yg di tempah di kedai madam.Sebenarnya bnyak, tp yg ni jer madam sempat snap!Utk gambar yg  mula di bawah ni,sepasang baju batik suami isteri.Mereka berkerja dlm satu pejabat so corak batiknya sama hanya warnanya jer sedikit berbeza.Jom la tengok ya....




Inilah,baju sepasang batik yg di tempah oleh pasangan suami isteri yg berkerja di satu pejabat.

















































Hm hm hm hm.....bunyi apa tu?hehehehe....sebenarnya mood madam saat ni kelaut sungguh!sbb tu tak banyak komen dr madam.Madam minta maaf ya.Madam dok teringat pada ank buah madam yg sedang bertarung nyawa di ICU HKL.Spt tak percaya madam melihatnya sbb berlaku dlm keadaan yg tak di sangka.Sbb sebelum dia tak sedarkn diri dia elok jer mkn goreng pisang n minum air soya!Mak dia gi mandi n bila keluar bilik air tengok dia muntah atas katil n tertangkup.Segera maknya call madam yg masa tu masih di Azra Fesyen(rumahnya dgn kedai madam dlm satu blok) dan masa tu madam sedang bersiap nk solat maghrib.Bergegas madam kerumahnya tp masatu dia dh tak sedar!Segera kami kejarkn ke klinik berdekatan n doktor suh terus ke HKL bahagian kecemasan.Sehingga hari ni masih tak sedar....Nani,moga dgn keajaiban ALLAH,nani sembuh semula!amin.Kasih sayang Mak njang sentiasa bersama Nani.Moga Nani dengar setiap kali Mak Njang bisikkan kalimah keramat lg suci ke telinga Nani.Amin!

Pembaca blog madam,nampaknya sehingga di sini pertemuan kita buat kali ini.Madam minta maaf jika ada yg kurang di N3 kali ini.Hingga jumpa lg....jgn lupa senyum selalu(senyum itu sedekah n boleh hilangkan stress)Salam syng n salam satu Malaysia!Daaaaa

January 27, 2014

PEPLUM "BER RIBEN!"

Assalamualaikum.Salam kasih sayang buat penggunjung blog kesayangan madam ini.Moga kalian sihat bahagia di sisi tersayng n keluarga.Amin!N3 kali ini madam sekadar nk berkongsi memperlihatkan sebahagian hasil kerja madam.Ini adalah antara tempahan dari pelanggan yg madam terima.Ok la,jom la kita tengok ya.....hehehehe...madam nak cepat so x sempat nak bebel lebih2

Peplum ini di minta customer,utk madam jahitkan tali pinggang utk di ikat riben.So ini lah hasilnya.


Di bahagian leher dan caff di tangan juga menggunakan kain kosong ,sama dengan tali pinggangnya.Madam buat lebar 2" tali pinggang dan 2' juga utk caff tangan.


Utk skirt peplum ini madam juga gunakan kain kosong yg sama di pinggang n caff tangan.Kain kosong madam jahit di bahagian kipas belakang skirt ini.






Tali pinggang ini boleh di simpulkan jadi riben di belakang badan or di sisi badan depan.Ikut suka si pemakai.Jika suka kelaianan,apa salahnya ikatkan riben di sisi depan badan,samaada di kiri or kanan.Kalian boleh juga jahit manik or bunga riben di bahagian pinggang n caff di tangan utk mendapatkan kelainan or ingin kelihatan istimewa! 
Ok....tu jer la nampaknya N3 ini dari madam.Moga kalian mendapat ilham or any idea utk peplum kalian sendiri.Jika ada sesiapa yg berminat boleh menempah dgn hubungi madam di 012-9757909 call/wasap/sms.Akhir kata salam sayang 1M'sia dan senyum selalu ya!...Daaaaaaaaaaa!Hingga jumpa lagi,in sha Allah!

January 15, 2014

Kelas Belajar Membuat Sepasang Baju Melayu Lelaki

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua penggunjung blog madam.Doa madam moga semua dlm sihat sejahtera dan bahagia.Amin.N3 kali ini agak ringkas saja,madam ingin war-warkan yang madam akan adakan kelas belajar membuat baju melayu lelaki sepasang,pada 31hb/1/14 hingga 2/2/14(selama 3 hari berturut turut).Jika ada sesiapa yang berminat utk menyertai boleh call/wasap/msg madam di 012-9757909.Kelas akan di adakan di BLOK 205-00-8,FLAT SENTUL UTAMA, JLN 26 TMN DATO SENU,51000,SENTUL,KL.

Nampaknya hingga sini saja,hingga jumpa di N3 lain!Moga madam di lapangkn masa utk berkongsi ilmu yg lain pulak.Salam 1 Malaysia dan senyum senyum selalu ya! Daaaaaaaaa!

December 30, 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN SLDN UTK STUDENTS AZRA FESYEN 2013

Assalamualaikum.Salam sejahtera pd yg bukan Islam.Salam kasih sayang buat semua pembaca blog madam.Alhamdulilah,2013 sudah sampai ke penghujungnya.Moga jatuh bangun sepanjang 2013 akan jadi tauladan dan pengajaran buat kita semua.Dan moga 2014 kita gagah harungi segalanya.N3 kali ni madam nk kongsikn bagaimana gementar "PRA GEMENTARA"students madam utk menduduki peperiksaan pada 6/1/14.Pd 21/12/13 madam telah adakan peperiksaan percubaan utk students SLDN madam.Tujuan diadakan peperiksaan percubaan ialah utk students madam lebih bersedia menghadapi peperiksaan nanti.So mereka lebih yakin ketika menjalani peperiksaan yg sebenar nanti.Utk peperiksaan SLDN nanti mereka akan membuat baju kurung moden berzip sorok dan skirt/kain lipat batik(lipat selisih).Jom kita tengok camna mereka menjalani peperiksaan percubaan ya....jommmmm










Madam doakan mereka berjaya melepasi peperiksaan pada 6/1/14 nanti.In sha Allah! harapan madam bukan saja mereka lulus,moga mereka boleh menguasai bidang jahitan ini dgn baik.Jika tidak utk ambil tempahan sekurang2nya mereka boleh jahit pakaian sendiri dan keluarga mereka.Tidak rugi punya kemahiran menjahit kerana di mana berada kemahiran menjahit boleh di gunakan dan di manfaat!

Ok lah!setakat ini saja N3 kali ini...SELAMAT TAHUN BARU 2014! Moga thn yg baik utk semua!Yg penting berusha utk maju dan baiki kelemahan diri!Semoga berjaya semua!hingga jumpa lagi,senyum selalu dan salam satu Malaysia!Daaaaaaaaaa

November 28, 2013

Naik taraf mesin2 jahit utk students di AZRA FESYEN

Assalamualaikum,salam sayang buat semua pengunjung blog madam.Moga semua sihat sejahtera n ceria hendaknya.Terima kasih yg berkunjung ke blog madam dan pada yg telah mendapat manfaat dari perkongsian ilmu madam di blog n secara langsung dari madam,mohon madam,sudi sekirannya kalian sedekahakn Al-Fatihah buat madam.Kpd yg bukan islam,doakn kesihatan madam baik2 ya!Terima kasih!...Ok,utk N3 kali ini madam nak berkongsi cerita tentang perkembangan AZRA FESYEN,2 bln yg lalu madam telah menukarkn mesin2 lama (mesin hitam) kepada mesin high speed yang baru.Pertukaran ini kerana madam ingin students madam lebih berkeyakinan dan bersemangat!Pada awalnya,students madam takut2 nk gunakan mesin high speed ni,tapi dengan tunjuk ajar dan bimbingan personal dari madam ,Alhamdulillah mereka  boleh menguasai penggunaan mesin high speed ini.Lagi pun dengan penggunaan mesin high speed kita boleh menghasilkn kerja jahitan yg lebih cepat,berkualiti dan kemas..(madam tak nafikan mesin hitam juga punya kehebatan tersendiri) pada madam utk jahit pinggang kain bergetah separuh-separuh sebaiknya guna mesin high speed sebab tapaknya lebar,tekanan yg bagus dan kekukuhan mesin high speed itu yg bila kita tarik getah utk jahit di pinggang ianya stabil.Tunjuan madam tukar mesin hitam ke high speed juga ada kaitan dengan students2 SLDN di AZRA FESYEN.Insha Allah,mereka akan duduki peperiksaan pd hujung thn ni atau awal thn depan,utk tahap 1&2.Jadi madam nak mereka berkeyakinan tinggi utk siapkan tugasan mereka nanti.Rasanya jom la kita tengok gambar pulak ya!...jom jom jom.....




Ini lah deretan mesin2 hitam madam.Telah di susun luar kedai sbb menanti kedatagan mesin2 high speed yg baru.


Sebenarnya madam berat hati nak keluarkan mesin2 hitam madam ni sebab besar jasa mesin2 hitam ni pada kerjaya madam.Tapi,perubahan mesti di buat!...maka perpisahan terjadi jua antara madam dan mesin2 hitam ni.

 Mesin hitam yg ini,sangat nostalgia!sangat2 bermakna buat madam!usia mesin ini 25thn!selepas berkahwin,ini lah mesin pertama madam.Mesin ini lah saksi jatuh bangun kerjaya madam.Mesin ini mengajar madam mengenal kehidupan,menjadi tabah,cekal dan buat madam mahu terus berjaya dlm kerjaya madam ini.Dan ......berderai laju airmata madam menceritakan kisah madam dan mesin istimewa ini...Sebenarnya rasa kesal yg tinggi menghambat jiwa madam kerana melepaskn mesin ini pergi dari hidup madam!Maafkn diriku mesin ku sayang,terpaksa melepaskn mu kerana tiada pilihan...selama madam gunakan mesin hitam ni madam tak pernah panggil "technician"utk service atau repair jika timbul masaalah sbb madam akan buat sendiri dengan penuh kasih sayang pada mesin hitam ini.Cinta madam pada bidang jahitan mekar bersama2 mesin hitam ini...semuanya tinggal kenangan!...mesin ini juga buat madam berada di tempat madam sekarang....jika di lihat,madam seperti kacang lupakan kulit atau tak kenang budi....tapi mesin ni tahu bagaimana syng madam padanya.Moga mesin hitam istimewa ini mendapat tuan baru yang baik n sayang kan nya.Mesin hitam istimewaku,berkhidmatlah dgn baik pada tuan baru mu...pasti kau di sayangi!...


Lihat lah! dua ekor kucing kesayangan madam ni,mereka pun sibuk sama! yang hitam tu namanya "Mr.Thamby" dan yg di bawah tu "Mama"....kedua2 ekor kucing ni penyeri kedai madam.Penghibur madam!





Chak!..ini lah mesin2 high speed yg baru telah tiba dan mengantikan tempat mesin2 hitam.....



Berseri2 kan kedai madam!sekarang di Azra Fesyen ada 5 biji mesin high speed,sebiji mesin jahit tepi high speed,2 biji mesin portable dan juga sebiji mesin brother Nv950 yg sangat hensem!hehehehehe.....


Alhamdulillah!syukur madam pada Allah,dengan rezekinya madam telah menukar mesin2 madam kepada yg lebih baik utk students madam.Dan moga dgn kehadiran mesin2 high speed yg baru ni bertambahlah students dan rezeki madam.Amin!




Nampaknya,sampai di sini perjumpaan kita utk kali ini.Hingga jumpa lagi madam akan cuba kongsi ilmu pulak ya.Akhir kata senyum selalu dan salam 1 Malaysia!...daaaaaaa!

KURUNG MODERN/KURUNG M'SIA/MINI KURUNG

Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat pengunjung blog madam.Lama sungguh madam tak buat N3 kan!Perkongsian kali ini madam hanya nk kongsi gambar2 baju kurung moden saja.Rasanya ramai dah pandai jahit baju kurung moden kan?Tapi jika ada yg nak belajar or nak mahirkan diri menjahit baju kurung moden,jemput lah hadir ke kelas jahitan madam.Jagan risau,kelas jahitan madam di buka sepanjang tahun n sepanjang masa,insha Allah!Baju kurung moden memang tinggi permintaannya sama dengan baju kurung pesak.Boleh di katakan tak lapuk dik hujan n tak reput dik panas.Baju nikah pun orang masih ada yang buat baju kurung moden,hanya di tambah hiasan manik,sequin,pearl,lace atau apa saja yg menyerlahkan penampilan pengantin.Ok,jom semua...kita tengok ya baju kurung moden yg telah madam hasilkn.


Ini baju kurung moden yang telah di olah hujung tangannya.Utk bagi ada fesyen or kelainan,hujung tangan di belah dan di tambah dgn butang bungkus dan tali.














































































Memandangkan madam bermasaalah dgn internet ni so nk susun gambar pun susah jd,nampaknya madam tak dapat nk beriperincian pd setiap gambar.Jadi pengunjung blog madam cuci mata saja lah ya.Tengok la,nak taip ni pun tulisan tak cantik teratur,madam tak suka ni.Madam minta maaf ya.Jd utk N3 kali ini madam berhenti di sini saja.Akhir kata,senyum selalu n salam 1Malaysia!