September 29, 2015

CARA MEMBUAT LUBANG BUTANG MENGUNAKAN MESIN PORTABLE SINGER(4 STEP)

30/9/15.Bismillah.Assalamualaikum dan salam kasih sayang buat semua pengunjung Madam Azra ini. Moga semua sihat,ceria dan berbahagia di samping orang2 tersayang.Aamiin!Mmmmm N3 kali ini madam nak kongsi cara mengunakan mesin portable yang gunakan 4 step/langkah untuk membuat lubang butang.Tapi yang madam nak tunjuk ni guna mesin portable SINGER. Ok la,jom madam mulakan ya!


 Ini lah abg Singer yang madam maksudkan!Mmmmm hensem jugak ya!Hehehehehe......

Mula2,buat tanda ukuran saiz butang yang hendak di gunakan nanti.Tau tak cara camna nak tau saiz lubang butang yg di perlukan.Ambil butang yang hendak di gunakan dan terbalikkan.Tandakan atas bawah butang akan dapat seperti yang madam buat dan buat garisan memanjang sebagai panduan masa menjahit nanti.**Madam minta maaf ya sbb terluba nak snap gambar camna nk buat ukuran lubang butang dgn butang yg di terbalikkan.**

 Setkan di mesin seperti yang madam tunjukkan.Gambar tu menunjukkan simbol lubang butang ya sayang2!

 Kemudian pusing tombol ini ke nombor 1.Nampak tak ada tulis no.1.Yang 3 merah tu,utk membuat lubang butang ya adik n abg manis!Walau ada 3 tapi utk 4 langkah tau!

Dah siap buat tanda pd baju yang nak kita buat lubang butang dan siap setkan setting mesin ke membuat lubang butang,maka sekarang boleh mula ya.Nampak tak?Madam letak garisan tu betul2 di tengah2 tapak mesin.Oppppssss....madam tak tukar tapak ke tapak lubang butang sbb nak ringkaskan kerja....suka kan kalau ajar cara yang ringkas tapi tak mengecewakan hasilnya!

 Mula la jahit, dari atas ke bawah ya.Sampai di hujung tanda,berhenti dan pastikan jarum di naikkan ya sebab kita nak buat step yang ke dua pulak. Jika tak di angkat jarum,jarum akan patah ketika menukar tombol setting ke step 2. Faham tak?

 Ni kita buat step ke dua ya.Nampak tak madam dh pusing tombol ke no 2 pulak.Step no2 ni utk buat stopper yang pertama ya.Jahit la dalam 3 kali jahit,nak lebih pun boleh jika suka.

Nampak tu,madam dah buat stopper yang pertama.

 Selepas tu,pusing tombol setting ke no3 pulak ya.Aaaaa....jgn lupa naikkan jarum sebelum dok pulas tombol tu ya.Nanti patah sape yang susah?!


Jahit sampai hujung sebelah atas pulak,dah sampai berhenti dan naikkan jarum.Tengok,madam naikkan jarum kan!

 Pulas tombol setting ke no4 pulak ya.Setting no 2 dan 4 berkongsi tempat ya .Jahitla stopper yang last pulak.Ketebalan stopper terpulang pada kalian ya.


 Camni la lebih kurang bila dah siap. Nanti kalian buat lagi comei dari yang madam bat ya. Ni sbb madam buat tutorial mengejut lagi tetanjat sbb ada yang minta bantuan.Jika suka tebal boleh buat lagi satu pusingan.Segalanya terpulang pada citarasa masing2 ya.


Dah siap jahit ,tentu2 nak di lubangkan kan?!Ambil satu peniti,pinkan di salah satu hujung yang kita jahit tu dan guna pembuka benang utk tebuk lubang.Tujuan meletakkan pin tu supaya kita tak terlajak ketika menebuk lubang butang.Tau2 je la,kekadang tangan kita ni diluar kawalan kan?!Kalau dah terlajak....mmmm jahanam baju yang kita dh jahit dengan penuh kasih sayang tu!Sape nak tlng?Nasihat madam,sebelum buat atas baju terus,sebaiknya cuba atas kain perca ya.

Setakat ini je N3 madam kali ini.Dengan rendah hati,madam harap perkongsian ini membantu kalian.Dan jika perkongsian yang ini atau perkongsian yang lain2 membantu kalian,sudi kiranya sedekahkan Al-Fatihah buat diri madam ini.Dan madam ucapkan terima kasih pd yg sudi luang sedikit masa utk sedekah Fatihah buat madam.

Hingga jumpa di N3 yang lain.in sha Allah.Madam tingalkan dgn pesanan senyum selalu dan salam 1 Malaysia!

4 comments:

  1. Terima kasih banyak2 madam atas perkongsian. Saya guna mesin portable singer, tapi model yg lama sikit dari yg ni. Nak tanya madam, mesin jahit saya ni utk setting no.1 jahitan dia jarang sikit dari no.3. Memang macam tu ke madam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam syng Wan Fatimah.Terima kasih berkunjung ke blog sy. Memang utk setting no1 jahitannya jarang tapi jgn susah hati,puan boleh buat sekali lagi ulangan jahitan no 1.Jika nak ulang keseluruhan pun boleh dan hasilnya lagi rapat dan cantik. Hanya jangan lari dari jahitan yg asal. Sekian ,terima kasih.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Jarum no berapa yg sesuai utk jahit lubang butang

    ReplyDelete