May 15, 2012

MEMBUAT POLA BAJU KURUNG TRADISIONAL/PESAK BULUH.

Assalamualaikum.Salam sayang buat semua pembaca 
blog madam.Dah senyum ker?Jika belum, jom kita senyum 
dan sedekahkan senyuman kita tu kepada ahli keluarga n
org sekeliling kita.
Mmm...hari ni kan madam nak buat lagi satu N3.
N3 kali ini tentang cara membuat pola baju kurung pesak tradisional.Suka tak?
Jika suka,boleh teruskan bersama madam dan jika tidak
tinggalkan madam setakat ini jer.....ehh serius lak ya!
hehehe...ok lah,jom kita tengok ya apa ada!jom jom jomm.



Ini pola baju kurung.
Seperti baju patern yang lain
ada garisan bahu,dada,
pinggang dan punggung dan
semestinya garisan labuh baju.
Mesti ada yang kata,saya buat
pola  baju kurung tak ada pun
buat pola spt madam.Madam
faham kenapa.Dan dgn senang hati 
madam nak jelaskan kenapa pola
kurung pesak madam ada semua
garisan ini semua.Jawapannya madam nak kita semua boleh buat satu pola yang lebih meyakinkan.Insyaallah.
                                                                                               

Seperti biasa,madam akan mulakan dari atas iaitu bahu.
***madam selalu pesan bila  ambil ukuran badan wajibkan  mula dari bahu,lepastu dada,pinggang,punggung,bahu ke pinggang,labuh baju,panjang tangan dan lebar hujung tangan.***

Bahu bahagi 2.Ini di jadikan badan baju kurung ya.Bermakna dari atas sampai bawah baju ukurannya bahu bahagi 2 ya syng.(ada gak org dia buat bahagian bawah baju kecil sedikit dr atas,itu terpulang lah pd suka anda ya).Part di bahu tu,turun 1" dan di bahu sebelah kanan tu buat tanda 2 1/2".Sambungkan ke bahu yg turun 1" tu.Bila dah selesai part badan,cari ukuran dada bahagi 4.Nampak tak macam yg madam buat,yg ini kita guna utk dapatkan lubang lengan dan saiz pesak atas.Ok,kita fokus pd lubang ketiak dulu ya.Dada bahagi 4 dan naikkan 1 1/4".Ini utk dapatkan lubang ketiak.(utk org yg bersaiz besar spt L n XL boleh naikkan sehingga 2.5",sbb spt yg selalu madam pesankan pd student madam,org yg bersaiz besar TAK BOLEH berlubang ketiak besar! nanti bila mereka pakai baju yg berlubang ketiak besar akan kelihatan gelobos ya!So pd yg baru belajar menjahit,jgn anda fikir org gemuk mesti lubang ketiaknya besar pulak!...jika nak keterangan lebih detail tentang ini,jom belajar di kelas madamya.Di kelas madam,madam suka berkongsi segala tips n ilmu dgn student madam.Wah!panjangnya madam bebel ni!Jom sambung balik....


Ok,ni kita ke bahagian pesak atas pulak ya.Ukur dada bahagi 4 dari kanan ke kiri.(35"/4=8 3/4"+ 3/4")yang + tu boleh lebihkan jika suka.Tapi yg madam beri ni yg normal saja.Tips:utk dapatkan baju yg selesa pastikan baju tersebut bahagian dadanya longgar 3" dari ukuran asal yg kita ambil di badan org.Jika si pemakai inginkan lebih kelonggaran boleh la u all lebihkan bila + antara 1"-1 1/4".Jgn banyak sangat nanti gelobos lak!.....tentu ada yg tanya tu...kalau kita dh tambah bahagian dada tu lebih dr 3/4" bahagian lubang ketiak camna?nak tambah gak ker?..Madam jwb tak perlu tambah ya sbb nanti besar lak lubang ketiak tu n tak cantik lak!...harap dh faham ya bahagian ni....kalau ada soalan sila ke kaunter pertanyaan...hehehehe..gurau jer....
Dah selesai part pesak atas(buat tanda dulu,nanti bila dh cari ukuran pesak bawah baru kita sambung dr atas ke bawah ya).
Ok,lepas tu ukur bahu ke pinggang n buat tanda.Dari tanda bahu ke pinggang tu ukur kebawah 8" ini utk garisan punggung.(mmm..tu ada yg kata,apa lah madam ni,buat baju kurung pun sibuk nak cari bahu  ke pinggang dan garisan punggung)it's ok...madam nk ajar cara yg bila anda buat baju kurung pelangan tak timbul masaalah ketat sana besar sini n macam2 masaalah lain....setuju tak?...okkita sambung lg...Dari garisan punggung tu,kita ukur punggung/4.Spt yg dlm pic tu(39"/4=9 3/4"+1/2").Boleh + lebih lg jika nak lebih kelonggarannya.Bila kita dh buat spt ini,kita dh tak risau baju pelanggan kita tu ketat or terbesar di punggungnya.Faham tak?



Cuba tengok ni,kalau tak faham.Ok,dh selesai part ni,ukur lebar pesak tang punggung ni jika besarnya 3",kita buat bahagian pesak bawah lebarnya lebih 1 1/2".


Kalau tak faham,cuba perhatikan gambar2 yg madam sediakan.









Ini bahagian tangan.Di bahagian ketiak tu(atas pesak) madam masukkan 3/4".Setelah tanda panjang tangan,tandakan lebar hujung tangan yg telah d bahagi 2.Dari tanda hujung tangan sambungkan ke bahagian dada/4- 1 1/4" tu.




Ohh!hampir lupa lak madam nak perkatakan tentang si kekek ni.Utk kekek buat saiz 3 1/2" x3 1/2" ajer.Utk semua saiz org dewasa.Jgn la bila org badan besar awk buat besar pulak!Tak perlu sbb saiz ni dh cukup. 




 
                                                                   





















 

Gambar yang ni ialah part2 yg telah di gunting.Sbb madam syng anda semua,madam rajinkan diri buatkan contoh bagaimana rupanya bila pola siap di lukis n di gunting.Suka tak?






 
 Ini bahagian bahu(badan kurung pesak).Basinya 1/2" sekeliling kecuali bahagian bawah baju ialah 1 1/4".Bahagian  kanan tu nampak tak ada tanda bulat 3 tu?Itu simbol menandakan bahagian ini perlu di letak di bahagian kain yg berlipat ya.So bila di buka dapat lah bahagian badan.Utk part ni,gunting 2 kpg,utk depan n belakang badan.





















 












 















ok,madam nak cakap pasal si kekek dulu ya.Masa nk gunting kekek,lipat kain n letak bahagian yg bulat3 tu di lipatan kain.Tapi madam suka ajar student madam dgn cara gunting kain panjang 9" dan lebar 4 1/2",kemudian lipat 2 n gunting.Maka dapat la kekek yg telah siap dgn basinya sekali.Cara ni lebih ok sbb urat kain pun cantik!Kalau beklajar dgn madam,madam selalu pastika student cari urat kain.Tips:Kalau kita sentiasa jaga urat kain masa mengunting kain,kerja2 menjahit kita lebih mudah dan hasil cantik tau!Hah nak tau camna nk cari urat kain,jom la hadiri kelas jahitan madam!
Ok,dah selesai cakap pasal si kekek,madam nak cakap pasal pesak atas dulu.Nampak tak yg madam pangkah tu?Yg pangkah tu bermakna nanti part ini lah kekek akan kita cantumkan.So,bila selesai mengunting part pesak atas,tlng buat tanda di part ni.Jd bila nak menjahit tak lah pening dok fikir tang mana kita nk cantum kekek kita tu.Dan pastikan buat tanda tu di ke empat2 helai kekek kita tu.Ada faham ka adik manis?





Ini bahagian pesak bawah.(madam snap sebahagian daripada pesak yg keseluruhan)













Ini part tangan .Perasan tak di bahagian pangkal lengan tu agak lengkung sedikit.Ini hasil dari kita kerukkan 3/4" tadi.Jika tak faham sila skroll keatas balik n cari dan tengok betul2.










Tangan gunting 2 keping ya.Pastikan pola letak di lipatan bahagian yg ada bulat 3 tu.












  


Nampaknya setakat ini saja perkongsian madam utk kali ini.Sebenarnya madam ada masukkan nota tentang leher(bulan) baju kurung ni tapi sbb tetiba terdelete gambar tu n madam dh cuba berusha masukkan semula tapi tak boleh,jadi madam mohon maaf ya.Sebenarnya banyak tips n pekara tentang jahitan yg madam nak kongsi bersama tapi di sebabkan sistem baru blog belum mesra alam dgn madam jadi madam agak sterss dgn sistem ni.Ada masa senang kekadang bila dtg degilnya agak susah madam nk menguruskan blog ni....Nyampah tau!..Perasan tak rupa blog madam?..madam tak suka rupanya tak menarik n tak seri!Tak pe perlahan2 madam pelajari semua tu....tp ambil masa sbb madam sekarang dh sibuk dgn tempahan raya n student pun sibuk  nk habiskan silybus mereka.Student madam pun sibuk ambil tempahan!Dan ada yg buat ready made utk raya....sebagai guru,madam bantu mereka buat yg terbaik utk pelanggan mereka.
N3 kali ini madam agak banyak berceloteh.Maaf ya sbb ambil masa kalian.Apa pun terima kasih sudi ke blog madam n hingga jumpa lg,senyum selalu n salam 1 M'sia!Daaaaaaaaaaaa!

45 comments:

  1. as salam..
    boleh tunjukkan cara nak ambik ukurun kalau org bagi baju contoh? nak tolak or tambah brapa yer dari saiz asal baju contoh..
    tq madam

    kuazue.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Kalau baju kurung pesak ikut ukuran contoh tu keseluruhan TAPI waktu mengunting jgn lupa nak lebihkan basinya ya.

    ReplyDelete
  3. assalam..really appreciate ur tutorial..saya ada masalah bila jahit baju kurung ibu mengandung,kena besarkan pesakkah? and slalu kalau badan besar n preggy baju dicadangkan berapa meter..tq madam..

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam.Terima kasih atas penghargaan u pd blog i.Utk org mengandung u boleh buat sama seperti contoh yang madam berikan hanya kalau buat masa perut masih kecil,madam nasihatkan buat besar sedikit supaya boleh pakai lebih lama baju tu nanti.Jagan besarkan badan baju sbb bila bahu baju jatuh pakaian kita kelihatan tak cantik sbb tak terletak bahunya.Biar besarkan pesak tapi jgn besarkan badan ya.Berapa meter tu madam tak berani nak cakap di sini sbb ianya bergantung pd labuh baju n saiz seseorang itu.Juga kena ambil kira corak n bidang kain tu.Utk selamat jika org yg tinggi n besar adalah lebih baik beli 41/2 mtr or 5 mtr....Sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Madam Azra..saya suka tutorial Madam mudah difahami. saya baru saja belajar melalui internet saja .saya nak tanya macam mana nak cantumkan bahagian leher jika baju kurung berlining?saya confius bila dah ada lining .saya harap Madam dapat memberi tunjuk ajar..terima kasih

    ReplyDelete
  6. maaf.. nak tau, apa maksud "Part di bahu tu,turun 1" dan di bahu sebelah kanan tu buat tanda 2 1/2"? tanda 2 12" tu sukat dari mana ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Salam syng Ira Syafirah.Maksud pertanyaan anda itu ialah.Pola yg di lukis tu ialah utk sebelah badan.jadi bahagian bahu kita turunkan 1" utk dapatkan bahu yg kemas dan terletak dan yg tanda 2 1/2" tu ialah bahagian utk lubang leher baju.Jika Ira nak cepat faham,Ira kena cuba lukis pola spt yg madam tunjukkan itu.Jika masih tak faham,Ira boleh call madam ya.

      Delete
    3. Tq mdm.. Semoga bertambah murah rezeki aminn

      Delete
  7. Apa beza pesak dan kekek? Harap boleh jelaskan.

    ReplyDelete
  8. 依之汉, pesak ialah bahagian kepingan kain yg di tepi kiri kanan badan baju kurung.Kekek pula ialah kepingan kain yg kelihatan seperti tigasegi di bawah lengan baju kurung tu. Harap keterangan dari madam membantu anda.

    ReplyDelete
  9. salam madam,

    saya tak faham tang lubang ketiak tu... saya dah buat keliling dada/4. Kemudian naikkan 1 1/4" kan? dapat satu garisan yang baru.Kemudian tanda lubang ketiak. Madam kan buang 3/4. yang garis putus2 tu kan? kemudian mcm mana nak dapatkan 3/4 yang madam buat tu? saya kurang jelas tang c2...yg saya belajar tak da garis2 byk cam tu..ni nk try buat pola yang madam ajar...boleh compare yang mana lagi selesa. mohon penjelasan. tq

    ReplyDelete
  10. Wksalam Nazifa Mazni....terima kasih ke blog madam.Madam ingin sangat membantu Nazifa.Madam cuba ya,utk pengetahuan Nazifa,bila dh buang yg 3/4" tu lengan tu akan jd lengkung sedikit di bahagian yg nak cantum ke badan.Cara ini utk mengurangkan kain yg berkumpul di ketiak badan/baju.mmmm...kalau Nazifa masih tak faham,cuba sekali lg perhatikan pola yg madam buat tu ya....

    ReplyDelete
  11. salam...rasanya dh fhm tang kene buang 3/4...jadi nak dapatkan pesak atas tu mcm mn...saya da buat yang madam ajar tu...tp xfhm jugak la...boleh sy email pola kat madam tgk tul ke x? kot silap pemahaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wksalam Nazifa Mazni...ok,u hantar pola yg u dh buat sy tlng tengokkan.

      Delete
    2. Alhamdulillah,saya dh pun tengokkan pola yg Nazifa buat.Rasanya semua ok.Hanya madam nk tau yg nota di bawah tu ,madam tak faham kenapa ukuran pesak di punggung kurang 3" tu?kalau ukuran di pesak punggung kurang nanti baju tu sempit di punggung pulak!...nanti bg tau madam ya,madam akan bantu sampai Nazifa boelh buat n faham.Insyaallah.

      Delete
    3. yup..kan dari pesak atas tu sy dpt 1inch...apa yang saya fhm dada/4+3/4=9 1/4. saya kira dari garis lurus 3-4, sy dapat 1" pesak atas. kemudian punggung saya dpt 10". bila 10 tolak bahu/2 tu dapat kurang 3" iaitu 1" lebih. saya fhm mcm tu la ikut note madam tu.

      sy try buat jugak ikut ukuranbdn note madam.. saya dpt pesak punggung lebih 3". mungkin sebab dada saya bidang yg jd pesak saya kecik. tp saya ni kecik je orgnya tapi bidang dada bsr.

      Delete
  12. Terima kasih..

    Anda juga boleh belajar menjahit baju kurung dengan panduan ini

    http://teratakbiz.com/74/belajar-cara-menjahit-baju-kurung/

    ReplyDelete
  13. best la entry ni...lengkap dan mudah difahami.

    ReplyDelete
  14. terima kasih atas perkongsian ini..

    ReplyDelete
  15. salam, nak tanya la selalunya org buat kain lipat batik berlining, macam mana yer... boleh ker lining tu pon buat kain lipat batik juga n cantum sekali dengan kain asal?? boleh ker macam tu?

    ReplyDelete
  16. salam,
    saya x paham bagian bahu ke pinggang berapa inch.
    dari pinggang ke punggung turun 8" kan

    ReplyDelete
  17. Salam madam.madam ada jual nota jahitan x? Nota baju kurung pesak gantung..dan jg cara2 nk mnjahit lining...

    ReplyDelete
  18. Jika anda berminat untuk menambah pendapatan dengan mengambil upah menjahit baju kurung moden atau baju melayu moden serta ingin menjahit baju sendiri, anda bolehlah belajar menjahit baju kurung moden dengan panduan ini yang lengkap dengan illustrasi, teks penerangan dan gambar sebenar yang menjadikan pembelajaran anda MUDAH, MENARIK dan PRAKTIKAL.

    Sila KLik Sini

    ReplyDelete
  19. Salam Madam. Saya baru nak berjinak2 dengan jahit menjahit ni..Kain pasang terlalu banyak kat umah..Saya suka tutorial madam senang nak faham..Saya nak mulakan menjahit baju kurung dulu.. Terima kasih.

    ReplyDelete
  20. salam madam.. thanks for the tuorial.. sangat berguna buat saya.. saya baru start bljr mjahit, saya masih kurang fhm.. pola baju kurung pesak n bju kurung asli sama ke?

    ReplyDelete
  21. salam madam, sy azie..nk Tanya sikit madam..part bahu tu kita dh turun 1". Tp pola bhg tangan tu bermula tetap pd bhg atas(tidak ditolak 1"). jadi bila kita potong kain ikut pola dan sambung jahitan, fahaman saya dia akan lari pd bhg bwh. Agak2 madam faham ke soalan saya ni ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam madam..saya pn setuju dengan azie..kalau kita turun bahu 1inci..dia xlari ke ukuran bhgian bawah nti??panjang ketiak + pesak xsama dengan panjang bahagian badan..mohon pencerahan...tq

      Delete
  22. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  23. Best blog madam..sy bru nk belajar buat bju kurung so x berapa nk fhm sgt tp bla bca btul2 dh nk bleh faham skit2..

    ReplyDelete
  24. salam madam...
    saya nak tanya sedikit,kenapa bila saya buat baju kurung bahagian hadapan baju akan terjungkit,dimana kesilapan saya,cik madam

    ReplyDelete
  25. klu baju sendat di ketiak, nak besarkan lengan atau kekek? minta jawapan...yq

    ReplyDelete
  26. Slm sis.. nak tanya, tuk keselesaan brp inci kita kna tambah pd ukuran pinggang dan punggung klu nak bt bju kurung modern? Kat atas sis ckp klu dada tambah 3 inci kan.tq.

    ReplyDelete
  27. salam..sy nak tanya..kalau part bahu turun 1 inci utk keselesaan kan..yan tngn nnti ngam2 ke sambung ke bahu? sy bdk br belajar :)

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum madam...sy bru nk mula menjahit baju kurung...jd sy ingin tahu formula2 yg lbihh sng utk membuat pola...dan sy jg ingin tahu mcm mne nk hasilkan jahitan yg kemas serta baju yg selesa dipakai....pda bahagian punggung dan dada pula mcm mne nk bg xketat dan selesa dipakai...mohon penjelasan dr madam

    ReplyDelete
  29. Assalamualaikum madam.. tq tutorial.
    Sgt mudah nak paham.


    jemput join giveaway ni.. (^__^)
    GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT

    ReplyDelete
  30. Assalamualaikum madam.. tq tutorial.
    Sgt mudah nak paham.


    jemput join giveaway ni.. (^__^)
    GIVEAWAY SALAM SIHAT BERSAMA MASHITAH MAMAT

    ReplyDelete
  31. salam madam... madam sya ni zero pasal menjahit...tp saya amat berminat..sya nie single mom.. jd nak tambah pendapatan... madam rasa kalu zero pasal menjahit nie .. boleh ker sya menjahit?

    ReplyDelete
  32. Kak ,bahu tu takyah turun ke? Atau rata je

    ReplyDelete
  33. Assalamualaikum madam. Bagi fakta ini

    Tips:utk dapatkan baju yg selesa pastikan baju tersebut bahagian dadanya longgar 3" dari ukuran asal yg kita ambil di badan org.Jika si pemakai inginkan lebih kelonggaran boleh la u all lebihkan bila + antara 1"-1 1/4".Jgn banyak sangat nanti gelobos lak!

    Contohnya dada d ukur = 38"
    Jadi saya perlu tambah 3" = 42"

    Jadi ukuran dada yang perlu saya guna dalam pengiraan ialah 42".

    Betul ke??

    Terima kasih

    ReplyDelete
  34. Thank you..baru hari ni belajar.banyak menolong..😘

    ReplyDelete