January 05, 2012

Cara-cara membuat lubang lengan dan tangan utk saiz "S","M" dan "L"

Assalamualaikum n slmt sejahtera buat semua pembaca
blog kesayangan madam ni....Hari ni baru 5/1/2012,madam
rasa masih boleh madam ucapkan SLMT THN BARU!
Moga 2012 kita semua di murahkan rezeki,di rahmati dan
di lindungi ALLAH selalu dan di kurniakan kesihatan yg
baik utk kita semuan ya!Amin n insyaallah.Untuk madam
sendiri alhamdulillah,thn baru bermula dgn baik,baru 2 hr
dlm thn 2012,madam dh kena bawa keja balik umah sbb
banyak kerja yg madam mesti siapkan segera.Pelajar
baru madam juga ramai yg dh mulakan pelajaran mereka
bersama madam dan yg dtg mendaftar juga ramai.Syukur,
terima kasih ya ALLAH.Kelas jahitan madam sentiasa
terbuka utk pelajar2 yg ingin menyertai kelas madam.
Jika ada yg berminat,silakan menyertai kelas madam ya...

Oppsss untuk N3 kali ini sebenarnya madam nak berkongsi
tips/petua yang sangat penting utk menjadi tukang jahit
yg boleh menghasilkan pakaian yg cantik n sempurna untuk
pelanggan mereka,tak kira samaada pelanggan tu saiz 'S','M'
atau "L'.....nak tau tak???Kalau nak tau,anda boleh terus
bersama madam dengan baca N3 madam kali ini seterusnya.
Madam ada menerima persoalan,kenapa mereka buat baju
utk org bersaiz 'L' spt ada yg tak kena.Untuk pengetahuan
pembaca kesayangan madam,bila kita buat pola utk org
yg bersaiz 'L' kena jaga di bahagian lubang lengannya.
Sbb rahsianya,org yg berdada besar(kekadang ada org tak
gemuk tp buah dadanya bersaiz 'L') or org bersaiz 'L'
JAGAN DI BUAT LUBANG LENGANNYA BESAR!!!
Bila kita dah terbuat lubang lengannya besar utk org
saiz'L' alamatnya si pemakai akan kelihatan tak kemas
bajunya akan jadi "gelobos".Dan bila kita nak cuba
"merepairnya" pasti bermasaalah sbb bila kita kecikkn
bahagian dada,lubang lengan memang boleh kecil tapi
dada baju akan jadi sempit.Jadi hati2 bila buat lubang
lengan utk org bersaiz 'L' ya...
Mmmmm...panjang lak sembang madam kali ni ya...
semangat thn baru la katakan!hehehehe....
Ok la jom tengok apa yg madam dh sediakan utk
pembaca kesayangan madam yg ada kaitan dgn N3
kali ini....jom jom jom tengokkkkk....




Ini adalah pola2 yg telah madam
sediakan utk penerangan bagaimana
nak buat lubang lengan utk saiz 'S','M'
dan 'L'.

Kita mula dgn pola buat lubang lengan
untuk org bersaiz 'S' dulu ya.

Madam rasa,untuk buat pola baju utk saiz
'S' semua tukang jahit tahu.Tapi madam
tetap nak perkatakan caranya.
bahagian garisan dada buat spt biasa,iaitu
dada/4 maka kita dapat jarak garisan dada.
Cnth:Dada 32/4=8.Maka dr bahu turun
8",buat satu garisan di 8 tu,ini di
panggil grisan dada.
(GARISAN YG MADAM MAKSUDKAN,
KITA DAPAT DGN UKUR DR BAHU
TURUN KE BAWAH YA.BUAT
SATU GARISAN)Di garisan melintang dada tu,
ukur dada/4+1".Cnth:dada 32/4+1".Itu la panjang
garisan dada yg di perlukan.Di hujung garisan
dada tu turun 3/4" dan sambungkan garisan
lengkung lubang lengan.Jadi tu la besar lubang
lengan nya.


Jika tak faham penerangan di atas,
sila lihat gambar ni pulak ya.
Nampak tak ank panah kebawah
3/4" tu,tu turun dr garisan dada
yg melintang tu.



Ini bahagian belakang badan
pola utk saiz 'S'.Jika di garisan
dada kita turun 3/4" di badan
depan,jadi di belakang pun mesti
sama turun 3/4" ya.Kalau tak
kita bermasaalah nk cantum badan
depan dan belakang nanti.



Ini pula pola membuat lengan(tangan) baju.
Tak patut pulak madam rasa kalau tunjuk
cara membuat membuat pola tangan kan.
Utk saiz'S' di garisan dada tu buat dada/4-1".
Cnth:dada 34/4=8.5-1".


Ini pola untuk saiz 'M'.
Sama spt saiz S,cari garisan
dada dgn ukuran dada/4.Dr
bahu turun kebawah n buat
garisan.Di garisan tu pulak
cari ukuran dada/4+1"(ini
utk pola badan depan tau).
Cuba perhatikan,di garisan
dada(yg melintang tau),
madam tak turunkan 3/4".
Di sini bezanya nk buat lubang
lengan utk saiz M.Faham Tak???



Perhatikan di garisan dada.
Masih lagi guna formula D/4+1".
Tapi di garisan dada tak perlu
turunkan 3/4".Terus buat lengkung
lubang lengan di garisan dada.


bahagian pola badan belakang
saiz 'M'


Pola utk saiz 'M',tak perlu turun
3/4 di garisan dada(depan dan
belakang sama ya)


Pola tangan untuk saiz 'M'.Masih sama dgn
pola tangan saiz 'S'.Iaitu,dada/4-1".


JENG JENG JENG.....SAIZ 'L'



Ini pola utk saiz 'L'.Tolong perhatikan
dgn betul2.Di garisan dada,madam naikkan
1 1/2".Nape?...oooo sbbnya org bersaiz 'L'
kita tak leh buat lubang lengannya besar.
Sebab?Sbb bila org saiz 'L' di buat lubang
lengannya besar bajunya akan jadi "GELOBOS!"
dan bila kita cuba repair baju tu,dadanya pulak
sempit da!...Jadi sebelum dapat masaalah,
pastikan lubang lengan tu jgn buat besar ya!


Begini la caranya untuk mendapatkan
lubang tangan untuk saiz 'L'.Sama
spt saiz 'S' dan 'M',cari garisan dada dgn
mengukur dgn ukuran dada/4.Dan di
atas garisan tu pulak,ukur dada/4+1
(utk badan depan).Di hujung garisan ini
naikkan 1 1/2".
(*kalau saiz 'S' kita turunkan 3/4" di
garisan ni dan saiz 'M' kita hanya terus
guna garisan ini.*)
Faham tak???....kalau masih tak faham
study balik apa yg madam dh ajar di atas
ya syng.....





Sama spt pola saiz 'S' dan 'M'.garisan dada
mesti sama.Iaitu,kalau depan naik 1 1/2,pola
badan belakang pun sama naik 1 1/2 ya.



Utk pola tangan saiz 'L',agak berbeza ya dgn
pola utk saiz 'S' dan 'M'.Cuba perhatikan...
di garisan ,madam buat dada/4-2".Kalau
anda tak tolak 2" nnti tak leh pasang pulak
lengan ke badan.....

Madam nk tulis sikit tentang hujung lengan.
Perhatikan.setiap pola lengan madam ada turunkan
1 1/4" (utk basi lipatan hujung lengan ya syng),di
garisan bawah sekali madam buat lebar hujung
lengan/2+1/4".Nape???...sebab supaya bila
anda membuat "ending"kerja di hujung lengan tak
lah susah.Pernah tak anda bermasaalah bila nk lipat
n jait silang pangkah di hujung lengan tu.Tiba2 kain
yg di lipat tak "ngam" dgn tangan tu...tu sbb hujung
tu terkecik la,sbb tu madam tambah 1/4".

Mmmm...camna?Boleh tak?Kalau baca sekali tak boleh
nak faham,tolong la baca 2-3x lagi bg faham.In sha Allah
boleh faham.

***.KEPADA YANG MASIH MENGALAMI MASAALAH UTK PASANG TANGAN KE LUBANG TANGAN DI BADAN ,DATANG LA KE AZRA FESYEN UTK MENGETAHUI TEKNIK YANG SEBENAR MEMPOLA DAN MEMASANG TANGAN BAJU KE LUBANG LENGAN BAJU. MADAM MEMANG ADA MEMBUAT KLINIK POLA DGN TUJUAN MEMBANTU MEREKA YANG INGIN MENGUASAI ILMU KEMAHIRAN JAHITAN INI.MADAM AKAN BERKONGSI ILMU INI DENGAN MEREKA YANG MEMANG BERGURU DENGAN MADAM ITU LAH KELEBIHAN MEREKA YG DTG BELAJAR DGN MADAM.DI AZRA FESYEN ANDA HANYA AKAN BELAJAR DGN MADAM AZRA DAN BUKAN ADA GURU LAIN YG MENGAJAR KERANA ILMU MADAM HANYA ADA DLM KEPALA MADAM SAJA.***

Madam rasa,nak berhenti seketika di sini la.Spt biasa,
madam tinggalkan pembaca blog madam dgn SALAM
1 MALAYSIA N SENYUM SELALU!Daaaaaaaaaa.....
hingga jumpa lg ya.

84 comments:

  1. wahhh detailnyer penerangan.. thanks yerr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U'r welcome syng...jengok2 la selalu ya.Insyaallah,madam akan berkongsi banyak ilmu lagi.

      Delete
    2. Slm syg mdm..tq yea..nak tanya..utk saiz l tu kan..lepas kita naikkan 1 setengah inci utk lekuk lengan tu..mdm x tunjuk cara sambungan garisan pola ke bawah..camna bentuk lekuk turun ke dada tu..sorry klw mdm x fhm��

      Delete
    3. HAI sis saya bersaiz L bahu 16 dada 42 ..elok lubang lengan ukuran dalam inc berapa yer nak bagi selesa

      Delete
    4. Salam madam .nk tnya keliling dada yu y fit atau dah amik kelonggaran?

      Delete
  2. salam sis,
    Terima kasih sudi kongsi ilmu, saya ni baru nak berjinak2 dlm ilmu jahitan. TQ

    ReplyDelete
  3. Kasih mu di terima Suzanais syng.Moga ilmu yg madam kongsikan di sini memberi manfaat pada pembaca semua.TAHNIAH buat Suzanais sebab mahu mencuba bidang ini.Tiada ruginya jika anda belajar menjahit sbb selagi manusia memakai pakaian,tukang jahit sentiasa di cari org utk dapatkan perkhidmatannya.

    ReplyDelete
  4. salam madam..sy hanis,nk tanye cmne nk jahit cantum lengn dengan badan baju jubah@baju melayu yg xde pesak? sy bru nk blaja..bru buat 1helai bju melayu baby xde pesak. so kt bwh ketiak nmpk benang...huhu tolom ye.. time kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam Hanis.Jutaan maaf sy lambat balas sbb terlepas pandang.Utk jubah(perempuan)madam akan ajar student madam,masa nak cantum bermula dr bawak ketiak dan pastikan lebibihkan kedepan bahagian badan anggaran 1/2" @3/4".Mungkin Hanis tak faham.Insyaallah madam akan cuba tunjukkan di blog ni.Tapi Hanis mesti rajin2 jenguk di sini ya.Berlainan pulak dgn baju lelaki.Baju lelaki kita camtum lurus di cantuman badan dan lengan.Doakan madam ada kelapangan masa utk buat N3 tentang persoalan Hanis ni.

      Delete
  5. salam madam.., sy sall,dlm soal nak buat pola lengan ni lah yg slalu buat sy pening,tak pandai nak faham2.klu nak mencantum tu, mesti lubang lengan tu yg tlebih,time nak adjust tu yg leceh..kekdg lengan besar jadi kecil pula..bgmna ya kita nak buat lengan tu tercantum elok dn sepadan dn ngam tanpa ada lengan yg terlebih.....terima kasih mdm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam Sall.Maaf,madam lambat balas sbb terlepas pandang.Utk pengetahuan Sall,lengan yg nak di cantum ke badan(lubang lengan)mesti lebih 1" dari ukuran lubang lengan.Utk cantum lengan ke lubang lengan ada tekniknya.Kita kena tahu macammana nk control kain masa menjahit.Insyaallah,madam cuba rakamkan gambar camna nak buat cantuman lengan ke lubang lengan.Sall doakan ajer madam berkelapangan utk buat N3 khas utk persoalan ini.

      Delete
  6. Assalamualaikum....memula nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga sebb nota2 yg sgt berguna.saya baru nak menjengah kat sini.terjawab sudah masalah yg selalu saya alami utk buat lubang lengan ni. saya memang pening bila nak buat yg saiz xl dan seterunya.dah bnyk kali tanya guru jht tak de jawapan yg mcm ni.bagi yg bersaiz xl dan ke atas adakah formula nya masih sama dengan cara lubang lengan saiz L?harap madam dpt membantu utk yg bersaiz besar mcm saya ni.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.Madam terima dgn lapang dada kasihmu itu.Ya sama,cara yg sama.Insyaallah,boleh.Moga terus bersemangat utk terus menjahit dan mendalami ilmu jahitan.

      Delete
  7. assalamualaikum madam..terima kasih byk2 sebab tunjukkan nota yang amat berguna ni..dah lama saya cari nota yang detail mcm ni sbb saya baru nak belajar buat baju kurung moden ni.nota-nota yang selalu jumpa terlalu ringkas membuatkan saya tak faham cara dia.maklumla saya baru nk berjinak2 dengan benang dan jarum.susah nk faham walau pun orang lain nampak amat mudah..hehehhe..terima kasih sangat2 sbb bagi penerangan yang macam ni..rase macam terus nk balik buat pola n try buat baju ni..tq2 :)

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam.Madam terima kasih mu itu Tulip.Alhamdulillah jika blog madam telah membantu Tulip.Itulah matlamat madam membuat blog ini.Blog ini untuk madam berkongsi ilmu dan pendapat serta menambah rezeki dgn izin ALLAH.Terima kasih Tulip,moga terus gigih meneruskan usha dlm bidang jahitan ini ya.

    ReplyDelete
  9. Assalamualikum.. terima kasih banyak atas ilmu yang diberi..nak tanya madam azra lubang lengan depan dan belakang berbeza kan? apa sebab bila jahit baju ada gembung kat belakang.. bagaimana nak repair agar baju cantik melekat kat badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam. Ya, keruk lubang lengan depan dan belakang x sama. Jika Mella nk tau, lengan sememangnya besar 1in dr lubang lengan (d badan). So masa nk sambung lengan ke lubang lengan mesti tau cara control kain. Dtg la belajar dgn madam, madam kongsi tips memasang lubang lengan.

      Delete
  10. tq sngt2 ye madam atas n3 yg sgt bagus ni..hehe..baru la saya paham sebab sebelum ni turunkan lubaang lengan tu same je x kire saiz.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam syng ros pink...ur welcome. Moga berjaya dlm bidang jahitan ini. Aamiin

      Delete
  11. slam madam,
    saya fipah, nak tny madam..tips ni untuk semua jenis baju ke? pola atas baju jenis ape? maaf, baru nak berjinak dgn dunia jahitan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam. Tips ini sesuai utk semua jenis baju kecuali kurung traditional and pesak gantung juga kurung kedah. Moga berjaya dlm bidang jahitan ini. Aamiin!

      Delete
  12. salam, 1st sy nak ucapkan terima kasih sbb sy dah belajar benda baru dr anda...ke2 sy nak tanya sedikit.....ukuran pada pola tangan.....ururan dari garis (dada/4-1) ke atas berapa inci yea...S,M,L?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam. Terima kasih. 5in or 4in. Moga berjaya dlm bidang jahitan ini. Aamiin!

      Delete
  13. Assalam..tq byak2 sis ilmu yg berguna.bleh x buat tutorial cara jahit ujung tangan 'cuff'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam. Terima kasih. In sha Allah, sy akan cari masa utk berkongsi ilmu membuat cuff.

      Delete
  14. artikelnya sangat bermanfaat sekali, saya sangat setuju. saya akan sering-sering mengunjungi blog ini lagi. ditunggu

    kunjungan baliknya di website kami busana muslim murah di http://pernikmuslim.com , terimakasih.

    ReplyDelete
  15. Salam...nk tye...cmne cara mudah tok jahit bhgian lengan ngn tgn?stiap kali sy jahitknnye msti xjd...harap dpt beri tunjuk aja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam. Jika awk x berguru memang susah. Sebaiknya cari la seorang cikgu yg boleh berkongsi ilmu kemahiran jahitan dgn awk.

      Delete
  16. salam...sy br je joint blog ni..artikel tersangat sangat bermanfaat untuk sy..

    ReplyDelete
  17. Tq techer!! saya ambil ilmu madam ya. Semoga Allah merahmati kehidupan madam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U'r welcome. Silakn. Sememangnya sy berkongsi ilmu d sini. Doakn sy sihat ya. Sy aamin kn doa mu itu.

      Delete
  18. Assalam madam,
    saya selalu ada msalah nak lukis pola lengan lebih² lg untuk saiz XL.
    Boleh madam terangkan berapa inci ye saya kena tarik dari bahu ke bahagian garis dada yg madam buat D/4-2 tu? Terima kasih banyak :D

    ReplyDelete
  19. Thank you teacher madam... Sy sllu bt bju custmr bhgian keruk lengn to sllu besa sikit ... Hope ap sis aja akn lg di perbaiki .. Thank you sis madam kongsi ilmu pd kami. Hope bertambah2 lah rezeki madam ..amin ya allah ....

    ReplyDelete
  20. salam madam. tq share ilmu ni. sy nk tanya. mcm mana nak buat keruk lengan yg kecil drp 1/4 dada? contoh kalau lebar dada 40 keruk lengan jadi 22 mcm tu.. tp nak keruk lengan kecil iaitu 18.. ada teknik lain ke? mohon tunjuk ajar madam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam. Ana farhana boleh guna contoh saiz L yg sy tunjuk. Sememangnya org berdada besar jgn buat lubang lengan besar sbb baju akan kelihatan gelobos dan nnti x boleh nk alteration. TETAPI, pastikan lengan customer tu sesuai dgn keruk lengan ya. Jika perkongsian ilmu sy membantu anda, sudi kiranya sedekahkn Al - Fatihah kpd sy.

      Delete
  21. Assalamualaikum madam, macam mana nak tahu saiz s, m, l

    ReplyDelete
  22. MasyaAllah.. Tabarakallah.. semoga Allah berikan pahala berterusan kepada Madam atas perkongsian free ni ya..

    Puan Madam.. bagaimana nak tahu size S M L ya..?

    Contohnya saya lilitan dada 36inci.. size apa ya..?

    M kot..?

    ReplyDelete
  23. Salam puan , saya nak tanya , Potongan dari bahu tu, yang telah ditolak satu inci atau dari garisan atas yang melintang ?

    ReplyDelete
  24. Assalamualaikum Che Din Tailor. Pola d atas utk pakaian wanita. Terima kasih berkunjung ke blog sy.

    ReplyDelete
  25. Tq madam... Ptt la baju sy slalu gelobos

    ReplyDelete
  26. Salam madam nk tanya. Berapa standard ukuran untuk orang saiz s, m, dan L? Maksud sy mcmne kita nk tahu saiz badan seseorang tu s,m atau L... kalau kita amik tempahan baju, mcamne nk kategorikan saiz. Sebb lain saiz lain cara buat lengan... maaf ye madam. Sy baru belajar jahit sendiri2. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.azrafesyen.blogspot.com/2015/02/klinik-pola-bersama-madam-azraperhatian.html

      Delete
  27. Assalamualaikum Madam,
    Wahh...bestnyer tutorial ni, sgt membantu...terima kasih yer sudi berkongsi ilmu.
    tp, sy ada satu soalan...mcm mana nk buat lubang lengan untuk org yg nk tambah pad bahu (1/2" @ 1")? Lubang lengan tu kena besarkan tak?...terima kasih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.azrafesyen.blogspot.com/2015/02/klinik-pola-bersama-madam-azraperhatian.html

      Delete
  28. Timakasih utk ilmu. Saya ada soalan..
    1.pola lubang tgn dpn dan belakang sama ke?
    2.susahnya nk dptkan kiraan lubang tangan utk ditolak 1 inci.. ada cara mudah tak madam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.azrafesyen.blogspot.com/2015/02/klinik-pola-bersama-madam-azraperhatian.html

      Delete
  29. Askum.
    Saya nak tanya utk saiz xl ++ polanya sama mcm saiz L ke?
    Kalau utk saiz besar nie pola badan depan sesuai keruk berapa ye tuk lengan.. 1/2" atau 3/4".
    Terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. http://www.azrafesyen.blogspot.com/2015/02/klinik-pola-bersama-madam-azraperhatian.html

      Delete
  30. Salam Madam,
    Saya selalu menghadapi masalah dengan keruk pada lengan kerana memiliki labuh ketiak yang besar. Saya bersaiz M tetapi disebabkan masalah itu saya terpaksa membeli baju yg bersaiz L dan menyebabkan baju kelihatan besar. Sekiranya saya menggunakan pola saiz L iaitu dengan menaikkan 1 1/2 pada bahagian baju dan menolok 2 inci untuk bahagian lengan tidakkan akan menjadikan keruk lengan saya menjadi semakin kecil. Mohon pencerahan dari madam

    terima kasih

    ReplyDelete
  31. Assalamualaikum dan salam syng neilla.hadiey.Terima kasih berkunjung ke blog sy.Kebetulan sy baru jer war-warkn yg sy akan buat klinik pola dan penekanan akan di beri kpd bahagian keruk lengan dan lengan.Jika neilla igin benar2 mencari jln penyelesaian,dtg la menyertai klinik pola sy.neilla boleh juga bawa ukuran sendiri utk sy bantu selesaikan masaalah.Jika ingin keterangan lanjut sila ke http://www.azrafesyen.blogspot.com/2015/02/klinik-pola-bersama-madam-azraperhatian.html

    ReplyDelete
  32. Assalamualaikum Madam,
    Saya ina,terima kasih kerana berkogsi tips,
    Saya baru menceburi bidang jahitan ni,mmg bahagian lubang lengan la yang selalu memeningkan kepala bila buat pola,
    Saya nak tahu macam mana kita nak tgk org yang kita ukur tu bersaiz S,M,L atau XL?
    Adakah melalui ukuran bahu atau ukuran dada.
    Cara ambil/buat lubang lengan baju kurung moden dgn baju kurung pesak x samakan?
    Macam mana caranya untuk baju kurung pesak,kerana kadang2 baju tu mengelabeh.
    Terima Kasih Sekali Lagi...

    ReplyDelete
  33. Waalaikumsalam Melina.Jika Melina betul2 nak menguasai hal berkenaan pola terutama hal lubang lengan,sy ingin maklumkan pd 1/5/15 sy akan buat klinik pola dan penekanan lebih pada bahagian buat lubang lengan n lengan.Sy juga akan kongsi ukuran S,M,L.Jika berminat boleh baca maklumat lanjut di blog sy ni juga. Sy sertakan link http://www.azrafesyen.blogspot.com/2015/02/klinik-pola-bersama-madam-azraperhatian.html

    ReplyDelete
  34. MasyAllah madam, terharu sy bila membaca artikel ni. Sy pegi kelas menjahit, guru sy ajar semua lepas garisan dada. Kawan yg sama belajar dgn saya (anak dara, 17 tahun) bila buat baju semua ngam.... Sy buat jubah, kurung moden, dan blouse semua ketat kat bhg belakang dan lengan :( Guru sedikit pun tak menafikan kesalahannya.

    Saya sendiri alter basi semua. Walaupun da alter, pakai masih tak sedap sbb belakang rasa ketat sedikit. Sampaikan sy rasa lebih baik sy beli baju siap.

    Satu lagi sy ingat artificial bust yang saya guna masa potong kain mungkin kecil sgt. Saya nak buat jubah biasa, saya akan cuba ikut tunjukkan madam ye utk saiz L. JazakIllah untuk artikel madam. Sgt2 appreciate this.

    ReplyDelete
  35. Salam Syng Elysha Nur. Alhamdulillah jika perkongsian ilmu sy membantu anda.Pd 1/5/15 ni sy ada buat klinik pola,tumpuan lebih pd bahagian keruk lengan n cara membuat lengan.Jika ingin benar2 ingin menguasai teknik membuat pola yg betul,jemput la menyertai klinik pola sy nanti.Keterangan lanjut sila lihat N3 terbaru sy.

    ReplyDelete
  36. Nice Info.. Terimakasih untuk sharing ilmunya.. Cukup mudah untuk dipahami dan sangat bermanfaat.. Best Regards : Fitinline..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam syng Dwi Sulistiyani.Terima kasih berkunjung ke blog madam ini . Jika perkongsian ilmu sy membantu anda , sy bersyukur kerana boleh berkongsi apa yg Allah kurniakn pd sy . Dan andai Dwi org islam sudi kiranya sedekahkn sy Al-Fatihah setiap kali mempraktikn perkongsian ilmu sy . Jika Dwi bukan islam , sudi kiranya doakn kesihatan sy baik2 selalu . Terima kasih sekali lg . 😊

      Delete
  37. terima kasih untuk ilmu itu,cuma saya nk tnya..dada yang sudah dibahagi 4 tmbah 1 itu belum ditambah basi untuk jahitan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam syng Yuzainizam. Terima kasih berkunjung ke blog sy . Ya,dada ÷4+1 belum campur basi. Penambahan 1in adalh ruag keselesaan kerana depan ada buah dada dan bila kita bernafas dada kita 'terbuka' @ mengembang.Dada÷4+1" boleh di gunapakai pada semua saiz . Harap sy membantu anda . Dan sudi kiranya sedekahkn sy Al-Fatihah setiap kali mempraktikn perkongsian ilmu sy . Terima kasih sekali lg .

      Delete
    2. Salam puan..maknanya bersamaan dn dada yg telah ditambah kelonggaran,4 inci?

      Delete
  38. salam madam,utk pola lubang lengan saiz L tu kan dinaikan 1 1/2inci..bukan lubang tu akan jadi kecik ke?contoh kalau sblm dinaikkan ukuran nye 9 1/4 dan selepas dinaikkan akan same jgk ke?dan yg madam tandakan 1 1/2 tu mcm mn sy nk potong pola kt bahagian tu?sb pola tu npk tergantung..maaf madam byk sgt tnye..

    ReplyDelete
  39. assalam madam...sy peminat no 1 madam...menbaca tanpa jemu blog madam...klu madam duk di kelantan da lame saje terjah n berguru ngn madam..hehe...madam ada satu soalan..bagi mendapatkan ukuran dada/4+1 tu adakah ukuran dada secra ketat @longgarkan 3"..tq madam ats ilmu yg bermanfaat...luv u...

    ReplyDelete
  40. Terima kasih madam dgn info ilmu yg sangt berguna dan senang untuk di faham..moga madam di berikesihatn yg berpnjgn...serta di berkati selalu..amin😄😄..

    ReplyDelete
  41. Assalamualaikum madam..saya fidah..saya nak tanya bahagian saiz L...lepas kita dah lukis pola dan nak gunting pola tu..bahagian lengan (saiz L) kan tak sambung dengan garisan Dada/4+1..so time nak gunting tu just gunting lurus ikut garisan lengan naik 1 1/2 tu ka?

    Dan lagi satu, saya ada masalah bila saya jahit baju kurung moden...saya selalu perasan bila saya pakai baju tu lengan dia susah nak gerak..nak tanya apa kesalahan jahitan saya..

    Terima kasih madam..

    ReplyDelete
  42. obat pelangsing badan paling ampuh pembakar lemak dan kolesterol yang menggumpal di dalam tubuh.

    obat pelangsing badan
    jual obat pelangsing badan
    obat pelangsing super
    obat pelangsing

    ReplyDelete
  43. Madan, terima kasih atas perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat. Kalau pola lengan untuk kanak-kanak kena sama juga ke formula dia D÷4-1? Saya juga ada jumpa formula keliling ketiak dan keliling lengan.

    ReplyDelete
  44. Madan, terima kasih atas perkongsian ilmu yg sgt bermanfaat. Kalau pola lengan untuk kanak-kanak kena sama juga ke formula dia D÷4-1? Saya juga ada jumpa formula keliling ketiak dan keliling lengan.

    ReplyDelete
  45. Assalamualaikum, saya nak tanya sy ada buat blouse tetapi kenapa lengannya jadi terangkat ke atas bila tangan digerakkan, adakah kerana lengan baju singkat?

    ReplyDelete
  46. Terima kasih kongsi ilmu.. mohon share.
    Dapat jahit baju sendiri dan anak2 pun jadilah.
    Moga Allah luaskan rezeki Madam Azra..

    ReplyDelete
  47. Assalam....Madam Azra xda fb ke?

    ReplyDelete
  48. Assalam....Madam Azra xda fb ke?

    ReplyDelete
  49. Assalamualaiku, ibu mau tanya klw lengan tepelintir ke depan masalah nya apa ya? Mohon di bantu

    ReplyDelete
  50. Assalamualaiku, ibu mau tanya klw lengan tepelintir ke depan masalah nya apa ya? Mohon di bantu

    ReplyDelete
  51. Asslm madam...sya bru blajar mnjahit...kt kolej komuniti..n mmg mngalami mslh bila try bt bju sndri bila nk smbungkn bhgian lengan...jd lubang lengan yg kt badan tu kecil tp lengan yg nk disambungkn tu besar..apa perluka syaa potong sedikit bahagian lengan tu supaya muat2 jaa dgn lubang lengan badan..mohon pencerahan...

    ReplyDelete
  52. sangat membantu madam. trima kasih banyak

    ReplyDelete
  53. Tq ilmu ini ..moga allah mempermudahkan
    Urusan puan

    ReplyDelete
  54. Terima kasih madam..sgt detail..suka sgt cara madam sedekahkan ilmu..mmg detail..apa kata madam buat buku..confirm ramai y beli..followers madam pon ramai..

    ReplyDelete
  55. Tq madam sngt bermanfaat ilmu ni ...smoga rezeki madam tak putus2

    ReplyDelete
  56. Tq madam..ada soalan mcmna kita nak tahu org tu saiz apa?ble tak kongsikn cara mau tau org tu saiz apa melalui ukuran?

    ReplyDelete