Assalamualaikum n slmt sejahtera buat semua pembaca
blog kesayangan madam ni....Hari ni baru 5/1/2012,madam
rasa masih boleh madam ucapkan SLMT THN BARU!
Moga 2012 kita semua di murahkan rezeki,di rahmati dan
di lindungi ALLAH selalu dan di kurniakan kesihatan yg
baik utk kita semuan ya!Amin n insyaallah.Untuk madam
sendiri alhamdulillah,thn baru bermula dgn baik,baru 2 hr
dlm thn 2012,madam dh kena bawa keja balik umah sbb
banyak kerja yg madam mesti siapkan segera.Pelajar
baru madam juga ramai yg dh mulakan pelajaran mereka
bersama madam dan yg dtg mendaftar juga ramai.Syukur,
terima kasih ya ALLAH.Kelas jahitan madam sentiasa
terbuka utk pelajar2 yg ingin menyertai kelas madam.
Jika ada yg berminat,silakan menyertai kelas madam ya...
Oppsss untuk N3 kali ini sebenarnya madam nak berkongsi
tips/petua yang sangat penting utk menjadi tukang jahit
yg boleh menghasilkan pakaian yg cantik n sempurna untuk
pelanggan mereka,tak kira samaada pelanggan tu saiz 'S','M'
atau "L'.....nak tau tak???Kalau nak tau,anda boleh terus
bersama madam dengan baca N3 madam kali ini seterusnya.
Madam ada menerima persoalan,kenapa mereka buat baju
utk org bersaiz 'L' spt ada yg tak kena.Untuk pengetahuan
pembaca kesayangan madam,bila kita buat pola utk org
yg bersaiz 'L' kena jaga di bahagian lubang lengannya.
Sbb rahsianya,org yg berdada besar(kekadang ada org tak
gemuk tp buah dadanya bersaiz 'L') or org bersaiz 'L'
JAGAN DI BUAT LUBANG LENGANNYA BESAR!!!
Bila kita dah terbuat lubang lengannya besar utk org
saiz'L' alamatnya si pemakai akan kelihatan tak kemas
bajunya akan jadi "gelobos".Dan bila kita nak cuba
"merepairnya" pasti bermasaalah sbb bila kita kecikkn
bahagian dada,lubang lengan memang boleh kecil tapi
dada baju akan jadi sempit.Jadi hati2 bila buat lubang
lengan utk org bersaiz 'L' ya...
Mmmmm...panjang lak sembang madam kali ni ya...
semangat thn baru la katakan!hehehehe....
Ok la jom tengok apa yg madam dh sediakan utk
pembaca kesayangan madam yg ada kaitan dgn N3
kali ini....jom jom jom tengokkkkk....
Ini adalah pola2 yg telah madam
sediakan utk penerangan bagaimana
nak buat lubang lengan utk saiz 'S','M'
dan 'L'.
Kita mula dgn pola buat lubang lengan
untuk org bersaiz 'S' dulu ya.

Madam rasa,untuk buat pola baju utk saiz
'S' semua tukang jahit tahu.Tapi madam
tetap nak perkatakan caranya.
bahagian garisan dada buat spt biasa,iaitu
dada/4 maka kita dapat jarak garisan dada.
Cnth:Dada 32/4=8.Maka dr bahu turun
8",buat satu garisan di 8 tu,ini di
panggil grisan dada.
(GARISAN YG MADAM MAKSUDKAN,
KITA DAPAT DGN UKUR DR BAHU
TURUN KE BAWAH YA.BUAT
SATU GARISAN)Di garisan melintang dada tu,
ukur dada/4+1".Cnth:dada 32/4+1".Itu la panjang
garisan dada yg di perlukan.Di hujung garisan
dada tu turun 3/4" dan sambungkan garisan
lengkung lubang lengan.Jadi tu la besar lubang
lengan nya.

Jika tak faham penerangan di atas,
sila lihat gambar ni pulak ya.
Nampak tak ank panah kebawah
3/4" tu,tu turun dr garisan dada
yg melintang tu.
Ini bahagian belakang badan
pola utk saiz 'S'.Jika di garisan
dada kita turun 3/4" di badan
depan,jadi di belakang pun mesti
sama turun 3/4" ya.Kalau tak
kita bermasaalah nk cantum badan
depan dan belakang nanti.

Ini pula pola membuat lengan(tangan) baju.
Tak patut pulak madam rasa kalau tunjuk
cara membuat membuat pola tangan kan.
Utk saiz'S' di garisan dada tu buat dada/4-1".
Cnth:dada 34/4=8.5-1".

Ini pola untuk saiz 'M'.
Sama spt saiz S,cari garisan
dada dgn ukuran dada/4.Dr
bahu turun kebawah n buat
garisan.Di garisan tu pulak
cari ukuran dada/4+1"(ini
utk pola badan depan tau).
Cuba perhatikan,di garisan
dada(yg melintang tau),
madam tak turunkan 3/4".
Di sini bezanya nk buat lubang
lengan utk saiz M.Faham Tak???
Perhatikan di garisan dada.
Masih lagi guna formula D/4+1".
Tapi di garisan dada tak perlu
turunkan 3/4".Terus buat lengkung
lubang lengan di garisan dada.

bahagian pola badan belakang
saiz 'M'

Pola utk saiz 'M',tak perlu turun
3/4 di garisan dada(depan dan
belakang sama ya)

Pola tangan untuk saiz 'M'.Masih sama dgn
pola tangan saiz 'S'.Iaitu,dada/4-1".
JENG JENG JENG.....SAIZ 'L'
Ini pola utk saiz 'L'.Tolong perhatikan
dgn betul2.Di garisan dada,madam naikkan
1 1/2".Nape?...oooo sbbnya org bersaiz 'L'
kita tak leh buat lubang lengannya besar.
Sebab?Sbb bila org saiz 'L' di buat lubang
lengannya besar bajunya akan jadi "GELOBOS!"
dan bila kita cuba repair baju tu,dadanya pulak
sempit da!...Jadi sebelum dapat masaalah,
pastikan lubang lengan tu jgn buat besar ya!

Begini la caranya untuk mendapatkan
lubang tangan untuk saiz 'L'.Sama
spt saiz 'S' dan 'M',cari garisan dada dgn
mengukur dgn ukuran dada/4.Dan di
atas garisan tu pulak,ukur dada/4+1
(utk badan depan).Di hujung garisan ini
naikkan 1 1/2".
(*kalau saiz 'S' kita turunkan 3/4" di
garisan ni dan saiz 'M' kita hanya terus
guna garisan ini.*)
Faham tak???....kalau masih tak faham
study balik apa yg madam dh ajar di atas
ya syng.....
Sama spt pola saiz 'S' dan 'M'.garisan dada
mesti sama.Iaitu,kalau depan naik 1 1/2,pola
badan belakang pun sama naik 1 1/2 ya.

Utk pola tangan saiz 'L',agak berbeza ya dgn
pola utk saiz 'S' dan 'M'.Cuba perhatikan...
di garisan ,madam buat dada/4-2".Kalau
anda tak tolak 2" nnti tak leh pasang pulak
lengan ke badan.....
Madam nk tulis sikit tentang hujung lengan.
Perhatikan.setiap pola lengan madam ada turunkan
1 1/4" (utk basi lipatan hujung lengan ya syng),di
garisan bawah sekali madam buat lebar hujung
lengan/2+1/4".Nape???...sebab supaya bila
anda membuat "ending"kerja di hujung lengan tak
lah susah.Pernah tak anda bermasaalah bila nk lipat
n jait silang pangkah di hujung lengan tu.Tiba2 kain
yg di lipat tak "ngam" dgn tangan tu...tu sbb hujung
tu terkecik la,sbb tu madam tambah 1/4".
Mmmm...camna?Boleh tak?Kalau baca sekali tak boleh
nak faham,tolong la baca 2-3x lagi bg faham.In sha Allah
boleh faham.
***.KEPADA YANG MASIH MENGALAMI MASAALAH UTK PASANG TANGAN KE LUBANG TANGAN DI BADAN ,DATANG LA KE AZRA FESYEN UTK MENGETAHUI TEKNIK YANG SEBENAR MEMPOLA DAN MEMASANG TANGAN BAJU KE LUBANG LENGAN BAJU. MADAM MEMANG ADA MEMBUAT KLINIK POLA DGN TUJUAN MEMBANTU MEREKA YANG INGIN MENGUASAI ILMU KEMAHIRAN JAHITAN INI.MADAM AKAN BERKONGSI ILMU INI DENGAN MEREKA YANG MEMANG BERGURU DENGAN MADAM ITU LAH KELEBIHAN MEREKA YG DTG BELAJAR DGN MADAM.DI AZRA FESYEN ANDA HANYA AKAN BELAJAR DGN MADAM AZRA DAN BUKAN ADA GURU LAIN YG MENGAJAR KERANA ILMU MADAM HANYA ADA DLM KEPALA MADAM SAJA.***
Madam rasa,nak berhenti seketika di sini la.Spt biasa,
madam tinggalkan pembaca blog madam dgn SALAM
1 MALAYSIA N SENYUM SELALU!Daaaaaaaaaa.....
hingga jumpa lg ya.