October 09, 2011

Baju gold penuh manik!

Assalamaualaikum n selamat sejahtera buat pembaca blog
madam.Lama rasanya madam tak buat N3 n terasa rindu
la pulak!Sebenarnya bahan banyak tp kesempatannya yg
tiada.Untuk N3 kali ini,madam ingin berkongsi tentang
hasil kerja madam yg sangat mencabar kesabaran zahir n
batin...wah!bunyinya seram!...tp memang sungguh sangat
mencabar.Madam ada menerima tempahan dr pelanggan
baru.Pelanggan ni bawa kain yg penuh dgn manik utk buat
baju kurung moden dan mengunakan zip sembunyi.
Madam tenangkan diri utk memulakan kerja2 mengunting
kain.Disebabkan kain ini memang dh siap dengan manik yg
sarat,jadi madam kena lebih berhati2 ketika melakukan
kerja2 memotong kain.Baju ini memerlukan laining,jd
madam gunting dulu lainingnya dulu.Kemudian baru
mengunting kain lace yg sarat dgn manik tu!Setelah
siap kerja2 mengunting,madam menguruskan
kawasan yg nak di jahit dart/lisu.Maksudnya,
madam buang manik yg ada di tempat nak di jahit
dart/lisu.Lepas tu madam matikan jahitan manik
yg telah di gunting,agar tak la habis terbarai(tercabut)
manik2 yg lain.Dah siap bahagian tu,madam kena uruskan
pula,bahagian2 yg nak di jahit.Manik2 yg terdapat di kawasan
nak di jahit mesti di buang n di matikan jahitannya.Sama
macam proses nak jahit dart/lisu tu.Kerja2 nak membuang
dan mematikan jahitan2 manik tu sungguh mengambil masa
n memerlukan kesabaran!

Mmmm.madam rasa jom la tengok baju yg madam ceritakan
ni ya!....Jom tengok!



Ini ialah bahagian belakang baju kurung
moden tu.Menggunakan zip sembunyi.
Sepanjangbelakang baju yg nak di jahit,
madam kemaskan dulu manik2nya.
Supaya semasa kerja2 mencantum dan
memasang zip sembunyi menjadi senang.


Ini ialah bahagian dalam baju.Saja madam
nak tunjukkan zip sebelah dalam.


Madam hanya menggunakan tapak
zip biasa saja.Gosok zip tu dulu sebelum
jahit zip sorok ni.Senang dan tak perlu
guna tapak zip sorok!


Pandangan baju kurung moden penuh
manik dari depan.


Pandangan baju kurung moden penuh manik
dari belakang.

Baju kurung moden ini di
buat laining penuh.





Pandangan depan dan belakang baju kurung
moden yg sarat dgn manik dan sekuin!

Alhamdulillah,akhirnya siap juga.Atas kesabaran
madam,semua berjalan lancar n tenang.Mmmm
madam rasa cukup sampai di sini utk N3 kali ini.
Hingga jumpa lagi,madam akhiri dgn
salam satu M'sia n senyum selalu!Daaaaa!!!!!!

6 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. askum .bolehkah madam tunjuk cara buat leher bulan baju kurung ikut cara madam dan formula untuk dapat sauk lengan dengan tepat .terima kasih wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam.Insyaallah madam cuba tunukkan cara buat lubang leher.Tentang lubang lengan cuba u rujuk di N3 madam tentang buat lubang tangan utk saiz S,M,L.Moga ianya boleh membantu anda ya.Terima kasih sudi mengunjungi blog madam.

      Delete
  3. salam sis...boley x buat tutorial buat baju kurung moden macam kat atas tu...sy dah nak sangat belajar buat baju camtu...plizzz..

    ReplyDelete
  4. Salam sayang Qaseh Suci...terima kasih!

    ReplyDelete