February 04, 2010

Selamat Datang Ke Azra Fesyen





Assalamualaikum,
Madam Azra telah menerima pendidikan akedemik sehingga
S.P.M.Semasa menunggu keputusan S.P.M. Madam Azra
telah dihantar oleh ayahanda tercinta ke sekolah menjahit yg
tak jauh dari kediamannya.Pada awal mulakan pembelajaran
di sekolah itu Madam Azra belajar dgn hati yg amat tak rela
(kena paksa dgn ayah).Pada ketika itu Madam sangat tidak
suka dengan kerja2 jahit menjahit.Sedangkn masa di
bangku sekolah (ting 1- ting 3) beliau selalu"mengulat"
bila ada kelas jahit menjahit!
Bayangkan utk menyiapkn sehelai apron Madam mengambil masa
3thn!Madam menyiapkan apron pun setelah di beri amaran keras oleh
guru S.R.T dan telah sampai ke pengetahuan guru besar(G.B)
dan Madam di panggil oleh G.B.Akhirnya apron Madam siap juga...
tapi madam jahit ikut suka Madam main jait aje,janji siap n ada rupa apron!
Kiranya apron Madam tu tak ada skil langsung lah!.....

Semasa di kelas jahitan(di sekolah menjahit)Madam belajar
ala2 aje!Tapi apabila siap baju yg pertama Madam Azra
telah jatuh cinta dgn bidang jahitan!.Perlahan2 perasaan cinta
pd bidang ini menjadi mekar hingga jauh di sudut hatinya
tertanam cita2 ingin menjadi spt guru yg mengajarnya iaitu
mempunyai kedai jahit n kelas jahitan sendiri.Dgn ketekunan
Madam Azra,gurunya(tuan punya sekolah) telah menawarkan
pdnya bekerja disekolah itu sbg tenaga pengajar.Madam Azra
terus menerimanya sebagai cabaran utk dirinya sendiri.
Setelah 6 bln bekerja sbg tenaga pengajarMadam Azra
membuat kelas sendiri di rumah shj.Setelah berkahwin,
Madam Azra memberi tumpuan pd menerima tempahan saja.

12thn yg lalu Madam Azra mula mengajar kembali,kecil2an di rumah.
Beberapa thn kemudian Madam Azra melanjutkan pelajaran
dlm bidang jahitan peringkat Diploma.Utk memantapkan cara
mengajarnya kepada pelajar2nya.Akhirnya segala impiannya
menjadi kenyataan sehingga Madam mempunyai perniagaan
sendiri spt yg diimpikn.Harapannya sekarang
ingin mencurahkn ilmunya pd pelajarnya sebaik yg mungkin.




Pernah menjadi tenaga pengajar di TEN FASHION KL dan sekarang mempunyai
kedai sendiri di AZRA FESYEN Blok 205-0-6, Jalan dato Senu 26,
Sentul Utama, 51000 Kuala Lumpur.
Setakat ini saje Madam bercerita serba sedikit latarbelakang Madam.
Sekian Terima Kasih!

No comments:

Post a Comment