December 17, 2011

Bengkel Jahit Manik 2011

Assalamualaikum n selamat sejahtera buat pembaca blog
madam.Moga semua dlm keadaan sejahtera.Amin.
Untuk N3 kali ini,madam ingin kongsikan tentang bengkel
jahitan manik anjuran madam yang telah berjalan pada
17hb Dec 201,bertempat di Azra Fesyen.
Untuk bengkel kali ini madam telah menjemput Cik Wani
dari Kodiang ,Kedah untuk mengendalikan bengkel jahitan
manik ini.Dlm bengkel ini peserta di ajar 4 paten,setiap paten
di 2 desing.1)crumble,2)barcelate,3)sequin,4)lace.Bengkel
pada hari itu bermula dari jam 10pg hingga 5.30ptg.
Mmmm...madam rasa jom la kita tengok gambar2
sepanjang bengkel berjalan....jom jom jom....



Ini lah Cik Wani kita tu.Org yg bertanggungjwb
menjayakan bengkel jahitan manik tempohari.
Kelihatan sedang menunjuk ajar peserta.

Ni cik ayu kita,dia sangat berminat
dgn jahitan manik dan ini adalah
kali kedua dia menyertai bengkel
manik di Azra Fesyen.


Kelihatan semua peserta sedang
tekun dgn pembelajaran mereka.


Apa lah yg di perhatikan oleh
Suriati....mungkin melihat hasil
kerja kawan yg di depannya tu...


Cik Wani menjawab persoalan
yg di ajukan oleh peserta bengkel.


"begini caranya,agar hasil kerja kita
kelihatan kemas n menarik"mungkin
itu lah yg di katan oleh Cik Wani
kepada peserta Hafiza.


Cik Wani sedang menunjukkan
kaedah menjahit manik yg betul.


Tak sempat duduk Cik Wani,
sebab peserta sentiasa inginkan
tips darinya.


sedang tekun n fokus.



Amboiiii!gitu sekali si Hafiza
mendengar penerangan dari
Cik Wani tu!


Nadia juga tidak melepaskan
peluang utk mendapat perhatian
tunjuk ajar dari Cik Wani tu!


Nampaknya dah banyak step
or paten yg di hasilkan oleh
suriati atas bimbingan Cik Wani.


Ayu,peserta yg cepat ,mungkin
sebab dia dah ada asas
menjahit manik


mmmm...apa lah yg di perkatakan
hingga tertawa besar si Nadia dan
Cik Wani tu!


Ayu sangat fokus dan hafiza
pulak setiap satu paten pasti
di ambil gambar.


Bengkel sedang berjalan.....
tenang jerrrr....






kelihatan adik Cik Wani sedang
melayari internet sementara
menunggu kakaknya Cik Wani
menyelesaikan bengkel jahitan manik.


Ini adalah antara modul yg di ajar.


Bahan-bahan yg di gunakan dalam bengkel
ini.Cik Wani juga memperkenalakan pembaris
yg boleh digunakan dlm membuat lakaran utk
mencorak paten2 manik yg hendak di buat.


Cik Wani menggunakan bekas
water colour utk meletakkan manik2
untuk peserta.Releven jugak.


Nota.Cik Wani juga menyediakan nota utk
para peserta.Dlm nota tu,siap di tunjukkan
cara menjahit agar hasil jahitan tu nanti benang
belakangnya kelihatan kemas.


Sebahagian paten yg baru siap.


Paten crumble.


Paten Barcelate....nampak
macam susah tapi senang.Bak
kata peserta bengkel spt magik!


Sequin sisik ikan.


Lace.Di atas lace ni di ajar
beberapa cara menjahit manik
tapi madam tak sempat
mengambil gambarnya.


Hasil kerja peserta.Di atas tu
ada conteng2 tu bukan apa.
Cik Wani menunjukkan cara yg
menjahit dan belakang kain
mesti jahitan kemas.


Hasil kerja para peserta.




Manik,pearl dan seqiun antara
yg di bawa oleh wani dan di jual pada peserta.


Sulaman manik 3D.




Antara desing-desing jahitan
manik oleh Cik Wani








Mmmm...menarikkan hasil tangan
Cik Wani tu!Nampaknya itu lah
cerita sepanjang bengkel berjalan.
OOOPpppppsssss....alamak!madam
terlupa lak,sebenarnya madam ada
menyediakan jamuan ringan utk
para peserta dan Cik Wani sepanjang
bengkel berjalan tapi terlupa lak
nak ambil gambar...antara makanan
yg madam sediakan ialah mee goreng,
kuih koci pandan,karipap,kek pisang,
keropok goreng,air mineral dan air
strawberi ais.Jamuan ringan ajerr...
Nampaknya setakat ini ajer,izinkan
madam berundur dulu ya.Hingga jumpa
lagi,madam akhiri dgn salam satu M'sia
dan senyum selalu!daaaaaaaaaaaaa....

December 14, 2011

Baju pertunangan Ira.

Assalamualaikum n selamat sejahtera.Moga kesejahteraan
mengiringi kehidupan pembaca blog madam.Amin.Mmmm
...hujung2 thn ni,madam sibuk dgn tempahan pakaian utk
majlis pertunangan,pernikahan dan persandingan.Sooo...
untuk N3 kali ni,madam nk berkongsi dgn pembaca blog
madam gambar dan cerita di sebalik gambar di bawah ni.
Ira adalah antara pelanggan madam.Dah nak bertunang
ya,si Ira ni.Baju Ira ni sebenarnya,baju kurung moden.
Tapi,Ira telah minta madam beri kelainan sedikit pada
pakaiannya ini.Jadi,madam cadangkan buat kurung moden
ala kebaya.Sekali imbas di lihat memang spt kebaya.Bagi
mereka yg ingin berkebaya tapi risau,kalau2 bajunya mudah
terbuka(butang tercabut jika ada yg tertarik baju yg di pakai)
boleh mencuba seperti ini.Madam rasa jom aje la kita lihat
pakaian pertunangan Ira ni.Jom jom jom......


Ini lah bajunya,Ala-ala kebaya gitu!....
Yang sebelahnya ialah lengan baju.Ok Tak?


Ini ialah hujung lengan baju.Kelihatan ada
belahan sedikit di hujung lengan....ini adalah
permintaan Ira sendiri....Dan yg sebelah tu
pulak,bahagian belakang baju.Di jahit dgn
zip sorok....

Jika di lihat dr depan n dari atas kebawah,
memang kelihatan spt kebaya moden!
Biku-biku lace di letak di bahagian depan
baju dan di hujung depannya di runcingkan
sama spt kebaya.

Baju kurung moden ini berpasangan dgn
kain lipat batik.


Jeng jeng jeng....ini la baju kurung moden yg ala-
ala kebaya.Baju yang akan di pakai pada hari
pertunangan Ira....

Madam doakan moga majlis pertunangan Ira
akan berlanjutan hingga ke majlis perkahwinan
dan berkekalan hingga akhir hayat....Amin!
Nampaknya hingga di sini ajer utk N3 kali ini.
Seperti biasa,madam akhiri dgn salam 1 Malaysia
n senyum selalu.Daaaa....