June 26, 2011

Mata lalat pertama hasil kerja arni

Assalamualaikum buat pembaca blog madam.Moga
sihat sejahtera buat semua pembaca blog madam.
Amin!....Untuk N3 kali ini,madam ingin menunjukkn
hasil kerja dari studen madam yg bernama Arni.Hasil
kerja ini adalah sample yg madam minta dia siapkan.
Madam berpuashati dengan hasil kerjanya ini.
Mata lalat yang di buat sangat kemas dan rapat.
Bagi madam hasil kerja memuaskan kerana ini
adalah percubaan yang pertama kali bagi dirinya.
ok lah,jom kita lihat hasil kerja mata lalat Arni.


Semua student madam akan di wajibkan
membuat sample mata lalat.Sample yang
telah siap mesti di letakkan dalam satu
fail bersama2 sample yang lain spt sample
menjahit zip,sample leher,sample pinggang
dan beberapa sample yang lain.

Lihat mata lalat yg di jahit oleh Arni.
sama saiz,sama jarak n tersusun rapi.
Harap semua student madam boleh
menghasilkan mata lalat yg sebegini,kalau
boleh buat lagi cantik dan kemas,lagi bagus!

Hujung belahan leher baju lebih nampak
cantik jika di buat tajam dan tak membulat.
Bukan susah nak dapatkan hasil tajam tu,
ada tekniknya.

Sebenarnya dalam bidang kemahiran tak kira
kemahiran apa yg kita pelajari yang penting kita
mesti faham apa yang kita buat,boleh menguasai
bidang itu dan tau teknik yang betul dan mesti
kreatif dengan apa yang kita lakukan.
Madam selalu nasihatkan student madam jangan
terlalu lurus mengikut saje apa yg madam ajar,
mereka mesti berfikir juga agar ilmu yang madam
perturunkan di fahami sepenuhnya.
Madam suka student yang rajin bertanya,kerana
bila mereka bertanya,bermakna mereka berfikir.
Untuk pengetahuan pembaca blog madam,
Arni adalah student madam yg SANGAT kuat
bertanya!Adakala madam kena peruntukkan masa
yang lebih untuk memeberi penerangan hingga
dia faham hingga jelas.Kawan2 yg sama2 belajar
yang lain pn sekurang2nya boleh la dapat ilmu
yang di tanya oleh Arni....terima kasih pada
student madam yang lain sebab sabar bila madam
sedang ngajar si Arni ni.Arni orang yang banyak
tanya sebab dia inginkan hasil kerja yg terbaik
begitu juga student yang lain.Ini lah yang madam
suka,semua student madam punya kemahuan yang
terbaik untuk menghasilkan kerja mereka.


Hmmmm....rasanya cukup la untuk N3 kali ni ya.
Kalau di biarkan banyak yang madam akan celotehkan.
Nanti bosan pulak pembaca tersayang blog madam.
Ok,madam akhiri dengan salam satu M'sia n senyum
selalu!daaaaaa....

June 22, 2011

Jahitan manik student madam(oku).

Assalamualaikum dan salam kasih sayang
kepada semua pembaca blog madam.Moga
semua berada dlm keadaan sihat sejahtera
dan berbahagia hendaknya.AMIN!

Terima kasih atas kesudian terus membaca di blog
madam ini.Untuk N3 kali ini madam ingin menonjolkan
hasil kerja student madam yg istimewa.Student madam
ini adalah kategori orang kurang upaya(oku).Walau oku,
tp madam sangat kagum dengan kegigihannya.Namanya
Asmah.Asmah seorang yang sangat tekun n rajin.
Kelemahan dirinya tak jadi penghalang untuknya.
Madam senang mengajarnya.
Walau punya kekurangan diri tp dirinya punya cita2 n
kesungguhan untuk memperbaiki kelemahan diri.Asmah
seorang yang menghormati org lain.Asmah sentiasa ingat
pd madam.Mana dia pergi pasti ada buah tangan utk madam,
walau tak seberapa tp keikhlasannya sangat terserlah!
Yang madam tak senang hati bila ada orang yg cuba
mengambil kesempatan atas kekurangannya,maksdunya
ada orang minta dia jahit pakaian tp bayar padanya tak setimpal
dgn kerjanya.Bayar upah ikut suka hati,ada yg bayar rm10.00 je
pd dia untuk jahit sepasang baju!MELAMPAU SUNGGUH!....
madam selalu menasihatkan dia untuk mempertahankan hak
dia dan jagan layan lagi orang2 yang sebegini lagi.Mmmmm.....
panjang lak cerita madam ya!...k,la jom tengok
hasil kerja Asmah ni.



Pakaian ini di gunting dan di jahit oleh Asmah
sendiri.Sepenuhnya hasil kerjanya.

Bahagian hujung tangan dan depan baju.Ini
adalah baju ibunya.Di jahit untuk pakai di
majlis kenduri kawin saudaranya.


Ini pula baju Asmah sendiri,juga untuk di pakai
di majlis kenduri kawin.

Sekali imbas,mungkin kelihatan sama
dengan baju ibunya.Tapi cuba lihat
bahagian hujung tangannya.Asmah buat
corak yang berlainan.

Hebatkan,orang yg berupaya pun
tak mampu menghasilkan hasil
kerja yg sebaik dia.

Bahagian leher.Asmah jahit memanjang
kebawah belahan leher baju.

Asmah bukan saje boleh jahit baju
kurung,dia juga boleh jahit lain2 baju.


Sebenarnya madam ada mengajar 2 orang oku,
tapi yang seorang lagi madam mengajar sebulan saje
sbb madam terpaksa memberhentikannya kerana
telah membuat onar di tempat madam.Biar la madam
rahsiakan apa onar yg telah di lakukan.....tp madam
doakan moga dia agar berubah dan buang sikap negetifnya
itu.Moga dia sedar diri dan lihat dirinya depan cermin,cermin
diri tu.Untuk Asmah,sebagai guru,madam panjatkan doa moga
dia berjaya dan somoga ALLAH permudahkan semua ushanya.
Juga kepada semua student madam.Amin!

Sekian saje untuk N3 kali ini.Hingga jumpa lagi.
Madam akhiri dengan salam satu M'sia n senyum selalu ok!

June 20, 2011

Hasil kerja student madam lagi.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd pembaca
blog madam ni.Moga semua sihat n di murahkan rezeki....
Amin!Sekali lg N3 kali ini madam pamerkan projek yang
telah di siapkan oleh student madam!....mmmm
memandangkan kali ini student madam sendiri yang
mengayakan pakaian yg di jahit,jadi madam perkenalkan
student madam ni.Namanya Nur Diyana,org Sabah.
Nur Diyana telah memilih pakej 5 pasang baju.Antara baju
yang terdapat dlm pakej tu ialah...1)Kurung pesak mata
lalat sepasang,2)Kurung pesak paiping sepasang,
3)Kurung moden sepasang,4)Kebaya moden sepasang
dan yang ke 5) Kurung kedah sepasang.Madam dengan
senang hati telah memberi bonus satu pelajaran pada
student madam iaitu baju kurung pesak leher berlapik.
Alhamdulillah,dlm sebulan dia dah pun siapkan baju
kurung pasak paiping,mata lalat dan kurung pesak
leher berlapik.Sekarang dia dah pun siap memotong
sepasang kurung moden dan sekarang dalam proses
menjahit.Insyaallah,hujung bln ni siap.Ok lah!jom
kita lihat hasil kerja Nur Diyana.



Nur Diyana sedang mengayakan baju yang
telah di jahit sendiri.Dia menggayakan dengan
penuh rasa bangga....dia ni pandai bergaya
orgnya!Gambar yang di sebelah tu paiping
yang di jahit bahagian badan.

Gambar ini juga menunjukkan hasil jahitan
paiping di bahagian tepi badan.Jahit paiping
mesti lah sama besar,jagan kecik besar....
tak cantik jadinya.

gambar bahagian susun kain.Kemas.mmmm
madam lupa nak ambil gambar bahagian
pinggang kain ni.Lihat wajah bangga org yang
berjaya menghasilkan sepasang baju dari
kerja tangan sendiri!Tahniah dari madam!


Mmmm...nampaknya setakat ini saje untuk
N3 kali ini.Kita akan jumpa untuk N3 seterusnya,
Insyaallah!Madam akan masukkan lagi hasil kerja
student madam ya.Madam akhiri dengan salam
satu Malaysia n senyum selalu!daaaa.....

June 19, 2011

Hasil kerja student madam(tempahan pertama student)

Assalamualaikum n salam sejahtera buat pembaca blog madam!
Moga semua berada dlm keadaan sihat sejahtera n ceria selalu.
Amin!Untuk N3 kali ini madam pamerkan hasil kerja student
madam lagi.Tapi kali ini adalah tempahan pertama student
madam.Madam memang mengalakkan student madam
menerima tempahan dlm masa belajar dgn madam.Galakan
yang madam beri adalah kerana madam ingin pastikan
semua student madam selepas belajar dengan madam dah
boleh menerima tempahan dan berkeyakinan diri!Madam
taknak student madam rasa takut menjadi tukang jahit
yang sebenar!


Ini adalah jubah.Jubah ini simple sajer....maklum la
student yg buat n tempahan yg pertama pulak!
Student madam ni baru belajar 4 bln lebih,alhamdulillah
dia telah dapat menerima ilmu yg madam berikan pdnya.
Student madam ini telah memberi tahu pd madam,
yg kwnnya ingin menempah jubah yg tangannya bercaff 4".
Jd madam pn menasihatkan dia menerima tempahan ini
sebagai cabaran yg pertama.Semasa mereka dlm didikan
madam la madam kena bantu memberi keyakinan diri dan
semangat.TAPI ini TAK bermakna mereka boleh meninggalkn
pelajaran madam sesuka hati!Mereka mesti pandai gunakan
peluang yg madam buka utk mereka kerana jika belajar di
tempat lain mereka pasti tak dapat keistimewaan begini!

Ini bahagian belakang.Bahagian belakang di buat
kipas utk memudahkan pemakai bergerak.Alhamdullilah!
pelangan student madam sangat berpuas hati dan
akan menempah lagi!Bila kwn2nya di tempat kerja
melihat hasil kerja student madam mereka telah mula
menempah pdnya.Sekarang student madam ni dah ada
pendapatan sampingan!

Bahagian tangan di buat caff 4",atas
permintaan pelangannya.

Hasil kerjanya kemas,walau budak
baru belajar!



Semoga dgn ini student madam yang lain
berani menerima cabaran n berani cabar diri
sendiri untuk berjaya dlm bidang ini.Sekarang
tukang jahit sangat di perlukan dlm masyarakat!
MOTO MADAM:SELAGI MANUSIA PAKAI
PAKAIAN,TUKANG JAHIT SANGAT DI PERLUKAN!

Sekian untuk N3 kali ini.Semoga sesiapa yg ingin
mencari kemahiran hidup fikir2kan la bidang ini
untuk di ceburi....BERBALOI!!!!!!
Madam akhiri N3 kali ini dgn salam satu
Malaysia n senyum selalu!...tata

June 15, 2011

Hasil kerja student madam

Assalamualaikum.Moga semua pembaca blog madam berada
dalam keadaan sihat ceria n berbahagia selalu.Amin!
Untuk N3 kali ini madam sangat berbesar hati untuk
mempamerkan hasil kerja sebahagian dari student madam.
Insyaallah selepas ini madam akan selalu membuat N3 hasil
kerja student2 madam atau bekas2 student madam.Harap
bekas student madam mana yang ingin madam masukkn
hasil kerja mereka ke dalam blog madam,sila hubungi madam
atau datang ke butik madam.

Ok!madam persilakan pembaca blog madam ni melihat hasil
kerja student madam.Silakan!


Ini adalah baju kurung pesak berpaiping(kun)
Student madam ini sangat menitik beratkan
kehalusan jahitan.Untuk leher ini saje,dia telah membuat
3 kali percubaan.Dan ini lah hasil kerjanya.

Bahagian susun tepi di kain.
Lihat hasil jahitan paiping oleh student madam
saiz paiping yg cantik iaitu sama besar,kemas,jarak
jahitan yg sama n mata jahitan yg sesuai.

Hasil kerja yang kemas .Setiap langkah kerja
madam suka student madam melakukan kerja2
kemasan,jadi mata pun sedap memandang setiap
kerja2 yang dah kita siapkan.

He he he....tengok,kucing kesayangan madam
si blacky sibuk nak bergambar sama!

Jahitan paiping di bahagian
belakang tengkuk.Kelihatan
sama saiz.

Bahagian hujung tangan yang
telah siap di sembat.


Untuk N3 kali ini,setakat ini sajer.
Madam akhiri dengan salam satu Malaysia n senyum selalu!
Insyaallah,jumpa lagi.











June 07, 2011

Assalamualaikum kepada pembaca blog madam.
Semoga kalian semua dlm keadaan sihat sejahtera.Amin!
Untuk entri kali ini madam ingin berkongsi tentang
tempahan sepasang baju nikah yg di tempah oleh Fazlin
yg tinggal di Bangi.Fazlin dan pasangannya sangat gigih ya,
sanggup bersusah payah dari Bangi datang ke butik madam
yg terletak di Sentul.Jauh tu!Alhamdulillah madam telah pn
menyiapkan tempahan pasangan ini pd masanya
(sebenarnya awal dr tarikh yg di janjikan) dan
telah pun memenuhi citarasa pasangan ini.Pasangan ini
telah datang mencuba pakaian nikah mereka dan sangat
berpuas hati kerana potongan pakaian yg madam potong
dan jahit terletak di tubuh mereka.Tak ada sedikit pun
alteration yg perlu madam lakukan.....mereka sangat
berpuas hati dan keluar dari butik madam dengan senyuman....
Sebagai tukang jahit...madam pn sangat gembira!
OK la,cukup madam berceloteh ya!jemput lihat pakaian nikah
Fazlin dan pasangannya.




Ini adalah bahagian hujung tangan.
Hujung tangannya bertingkat dan
madam tambah jahitan manik di atas
kain satin hujung tangan.


Hujung tangan yang bahagian lace,berbiku2
jadi madam jahit manik tabur dan mengikut
bentuk biku2 kain lace.Jadi hasilnya tak lah
kelihatan janggal.

Madam gunakan warna manik berdasarkan
warna yang ada pada batu2 yg memang dah
ada di kain lace itu.








Kainnya,simple saje.Fazlin minta madam
buatkan 'tail" di belakang kainnya.


Ini adalah baju melayu butang 5 utk pasangan
Fazlin.Pasangan Fazlin sangat gembira memakaian
baju melayunya ini kerana semuanya terletak elok!


Kerana di butik madam tiada patung lelaki.
jadi madam gantung n letak atas meja saje utk
ambil gambar!Sebenarnya pakaian baju melayu
ini adalah sepasang,tapi madam terlupa nk ambil
gambar seluarnya.....hua hua hua...nyesal!
Madam pn tak tau camna madam leh terlupakan
ambil gambar seluar baju melayu ni!!!!....
mmmm...memang tak boleh di maafkan atas
'keterlupaan'madam ni!


Madam akhiri entri madam kali ni dengan
ucapan ribuan terima kasih kerana sudi luangkan
masa untuk menjengok blog madam yang tak
seberapa ni.....Salam satu Malaysia n senyum selalu ya!