May 11, 2010

war-warkan blog x-student madam

Assalamualaikum,
Kali ini madam ingin war-warkan blog x-student madam.Normazlina,beliau bermula dari zero be hero.Walaupun dia dtg kelas madam belajar menjahit pakaian,tp dia selalu minta pendapat n berbincang dgn madam tentang bisnes yg ingin di mulakn.Sebagai guru madam akan kongsikn apa saja utk memajukan student madam.Sehingga hari ini walaupun perniagaannya sagat maju n mengujakan tp beliau tetap berhubung dgn madam utk minta nasihat or pendapat.TAHNIAH!!! madam ucapkan atas kejayaannya,hingga tak menang tangan walau pakai pembantu.Ini adalah alamat blognya..http://www.mybabycomel.blogspot.com

lagi hasil kerja student madam



Assalamualaikum,
Sekali lg madam ingin tunjukkan hasil kerja student madam.Liana,ialah seorag guru sek menengah n sedang hamil.Walaupun sedang hamil n mabuk mengandung dia berjaya menyiapkn baju utk anak muridnya sebanyak 6 helai,yg akan di pakai utk persembahan tarian di hr anugerah cemerlang sekolah nya.Ini ada lah pertama kali dia menjahit pakaian org lain kerana sebelum ini dia tak berani terima cabaran.Apa pn madam ucapkn TAHNIAH!! kerana berani terima cabaran n mencuba!lihat la hasil kerjanya.

May 07, 2010

hasil kerja murid madam....Azza






Assalamualaikum,
kali ini madam ingin tunjukkan hasil kerja murid madam.Namanya Azza.dia telah pun menerima tempahan pakaian dr kwn2 sekerja,kenalan n keluarganya.Allhamdulillah,sebagai gurunya madam bangga n gembira kerana dia benar2 mempraktikkn tunjuk ajar madam,pelangannya sagat berpuas hati dgn hasil kerjanya.Di sini madam pamerkan.Sudi2 la tengok ya.

April 24, 2010

Bengkel jahit manik

Assalamualaikum,
Kali ni madam nak n3 gambar2 sepanjang bengkel manik pd 10hb April 2010.Bengkel bermula dari jam 9.30 pg-6.30 ptg.Syukur alhamdulillah sepanjang bengkel segalanya berjln lancar.Terima kasih juga madam ucapkan pd para peserta bengkel n berbanyak terima kasih pd Mira yg sudi jd guru jemputan khas pd hari tu.Insyaallah,ada kesempatan kita akan berkerjasama lg.Ok la jemput la lihat foto yg sempat di rakam sepanjang bengkel manik hr tu.



Ok,ni pulak sesi mkn2,dlm bab ni madam nak ucap terima kasih pd suami tercinta,anak madam n pembantu madam yg banyak membantu dlm penyediaan makanan n minuman serta kerja2 pembersihan kedai madam.Ini adalah jamuan ringan di sebelah petangnya.



Madam ingin akhiri dgn gambar madam bersama Mira dan peserta.Tapi ada yg tak sempat bergambar bersama kerana terpaksa pulang segera selepas tamat bengkel.



April 23, 2010

Kurung moden princes cut,tangan bertingkat.


Assalamualaikum,
Lama madam tak n3,hari ni madam cuba luangkan masa utk buat n3.Kali ni madam nak tunjukkan hasil kerja madam, baju yg pelangan madam akan pakai utk majlis katham quran pd hari istimewanya.(sebenarnya banyak hasil kerja yg telah siap tp kesibukan yg melampau madam tak sempat nak masukkan dlm blog)Baju ini di perbuat dari kain lace dan satin sutera.Di bahagian tangannya bertingkat dan terpisah antara lace n satin.Di hujung lengan madam buat caff lebar 2".Manakala di bhgian badan madam buat princes cut tp tak sampai ke bawah,hanya hingga dart(lisu) shj.Ini adalah salah satu teknik buat princes cut.Skirtnya pula madam buat ala2 tail(panjang di bahagian belakang)tp tak la panjang sagat supaya baju ni boleh di pakai lg selepas ini.

March 17, 2010

Kelas jahitan manik crumble.

Assalamualaikum,
Memandangkan madam mendapat banyak permintaan utk bengkel jahit manik.Jadi madam akan mengadakan bengkel manik sekali lagi pd 25hb Disember 2011 (Krismas,hari Ahad).Bengkel kali ini jahitan manik crumble.Yg berminat boleh lah hadir ya.Di bawah ni madam senaraikan detail tentang kelas jahitan manik tersebut.



TARIKH: 25HB Disember 2011/HARI AHAD(KRISMAS)
MASA : 09.00PG-06.00PTG
*KALAU HABIS CEPAT,CEPAT LA SELESAI.

LOKASI: BLOK 205-00-06,FLAT SENTUL UTAMA,
JLN DATO SENU 26, TMN DATO SENU, 51000 SENTUL,K.L
(AZRA FASHION AND SERVICES)

PESERTA 10 ORANG SAHAJA.

MODUL : JAHITAN MANIK CRUMBLE.

YURAN : RM225.00 SAHAJA (JAMUAN RINGAN PTG DAN PERALATAN
JAHITAN DI SEDIAKAN DAN MENJADI MILIK SENDIRI.


Jika berminat menyertai kelas ini,ikuti cara mendaftar di bawah.

1- Emailkan butiran diri anda spt:nama,no mykad,alamat dan no telefon ke email madam:azracd@yahoo.com

2- Bayaran deposit pendaftaran adalah RM100.00.Di bayar ke akaun
Maybank 164221419560-AZRA SIDI.Setelah pembayaran di buat sila
email azracd@yahoo.com/sms 0129757909.

3- Sila buat bayaran yuran pendaftaran awal.Deposit yuran pendaftaran
tidak di kembalikan jika penarikan diri berlaku 7hr sebelum
tarikh kelas bermula.

4- Baki yuran Rm125.00 hendaklah di lunaskan pd pg hr anda
menghadiri kelas jahitan manik 25hb Disember 2011.

5- Jika anda ada sebarang pertanyaan,hubungi madam melalui
email-azracd@yahoo.com atau call/sms di 0129757909.Boleh
juga add madam di facebook(search azra sidi atau azra fesyen)


Tempat terhad jadi daftar lah segera ya!