May 09, 2012

Baju-baju nikah!

Assalamualaikum.Salam syng n salam sejahtera buat semua
pembaca blog madam.Terima kasih sudi menjengok blog 
madam.N3 utk kali ini madam ingin berkongsi gambar2 
baju2 nikah yg telah madam siapkan n telah pun di pakai oleh
para pengantin di hari bersejarah mereka.Doa madam,moga
mereka bahagia dan berkekalan n berbahagia sepanjang
perkongsian hidup mereka.Amin.Madam rasa,jom la kita jamu
mata ya......madam kehilangan kata2!....tetiba lak jadi gini.
Ok la,jom jom jom........


Ini ialah bahagian kain. Desing yg 
di gunakan ialah patch lace n crumble.

Lace yg di gunakan bukan lace dari kain yg
buat baju tu tapi lace tu di beli khas utk
kerja2 beading. Faham n tahu tak?

Madam cadangkan buat desing gini sbb
tuan baju ni nak baju kurung moden yg
pendek saja .Jadi supaya bahagian kain
tidak kelihatan kosong ajer,madam desingkan
begini.Letak lace dlm posisi menyerong dan
di tambah dgn manik,pearl n jd kan crumble.

Cantik tak?.....

Ini lah bajunya.Madam terpaksa gantung
utk ambil gambar sbb patung madam
tak muat nk pakai baju ni...hehehe comei
sangat badan pengantin ni!



Ini ialah bahagian tangannya.

Tangannya di buat dua tingkat.Dan bahagian
kain satin di buat terlebih sbb nak jahit
manik crumble di hujung tangan utk beri
kelainannya.Sebenarnya kalau si pemakai pakai baju ni
ada manik terjuntai, tapi bila letak gini jadi tak perasan lak!
                                
                                                     

Ini ialah baju pasangannya.Madam
pakaikan ke patung(patung yg ada di
butik madam hanya patung perempuan jer)
sebab tu nampak di dada tu lain kan!hehehe
                                                                                 

Sulaman di bahagian belahan di dada. 


                                                                                             





















































 


Yang ni pula ,di pakai utk majlis pernikahannya.
Tuan baju ni sama dengan baju yang di atas tadi.
Ini baju kebaya moden.Dan bahagian dlmnya 
madam buat long dress.
 

Cantikkan?!....mmm...nak tahu kenapa madam guna
batu,manik dan sequin biru ni?...sebab tuan baju ni
bagi tahu madam yg tema majlis perkahwinannya biru.
Baju ni nampak lebih manis dgn tambahan manik,batu
dan sequin ni.

Nampak tak?...nampak apa?...hehehehe...tu,madam
nak tunjuk di bahagian atas lipatan kipas tu,madam ada
tepekkan lace utk menutup jahitan pd atas kipas tu.
Baju pengantin mesti la kena istimewa ,jadi madam tak
suka kelihatan jahitan tu,so madam tepekkan lace.Maka
bertambah manis la si pengantin bila pakaian pakaian ni....


aaaaa.....ada nampak tak sesuatu kekuranagan?
betullllll!!!!!!....hehehehe ada kuntuman bunga
yang tak lengkap kan?...sesekali yang pakar pun buat
silap...itu lah manusia biasa...apa saja kelemahan adalah
dari kita manusia dan yg sempurna dr ALLAH shj!
TAPI!..sebelum busana ini lepas ke tangan pemiliknya,
mujur madam perasan dulu dan terus perbaiki.....
Alhamdulillah!




Ini lah lace yg madam tepekkan tu.
madam saja ambil gambar fokus tang
ni,nak bg nampak jelas.



Ok,yang ni hujung tangan nya.
Di jahit manik crumble(pearl+manik+sequin)


Ini gambar dekat bahagian hujung tangannya.



































































































































Apa ni madam???....Ni skirt yg belakannya meleret
di tanah tu!...yg sebelah kiri tu skirt yg madam lipat
memanjang.


Bila pakai keliahatan cantik ekornya.
Tapi skirt ni madam buat tak lah panjang sangat
"tail"nya sbb atas permintaan si pemakai.


KIRI:Yang ni bahagian belakang baju.
KANAN:Leher baju....


Bahagian depan baju.Baju ni lining sepenuhnya.



Bahagian bawah belakang badan baju.


Bahagian bawah belakang baju.


Bahagian hujung tangan.KOSONG!!!
Sebenarnya madam cadang nak buat penambahan
hiasan/aksesori pd skirtnya dan baju(setidak2nya
di hujung tangan,jadi bila bersalaman dengan tetamu
kan nampak manis n berseri tp.....)
Sbb tuan baju ni taknak buat apa-apa
penambahan hiasan or aksesori pada
pakaiannya...sssoooooo.....
Busana ini kelihatan spt biasa-biasa ajer....
Hati madam rasa tak seronok sbb busana ini utk
di pakai pd hari istimewa tp tak kelihatan langsung
keistimewaanya....madam hanya menurut permintaan
tuan baju ni jerrrrr......








Madam nak minta maaf sebab bahagian pakaian lelaki/pasangan pengantin perempuan madam tak dapat nak buat catatan atas sebab tiba2 blog dah guna sistem baru dan madam belum mahir lg.Dah naik letih madam mencuba.Yang pakaian wanita madam sempat buat catatan sebelum semua berubah.Mmmmmm...cukup di sini perjumpaan kita dulu ya.Insyaallah kita berjumpa lg.Madam akhiri perjumpaan ni dgn salam syng dan salam 1 M'sia!...senyum selalu ya!...Daaaaaaaaaaaa......!

SELAMAT HARI IBU!

Assalamualaikum dan salam syng buat semua
pembaca blog madam.Moga semua sihat dan
ceria sentiasa.Amin!...Hari Ibu...sebenarnya
kita yang bergelar anak mesti sentiasa mengingati
ibu kita.Ibu kita mesti sentiasa di hati kita.Jagan lah
ingat ibu bila hari ibu sahaja ya!Doakan kesejahteraan 
ibu kita sentiasa.Pagi2 hari,terutama lepas solat subuh
sedekahkan Al-Fatihah pada kedua org tua kita.Tak
kira lah mereka masih hidup atau sudah tiada.Supaya
hidup kita ni berkat.Dan jagan lupa sedekahkan Al-
Fatihah pada diri sendiri juga,banyak kebaikkannya.

Mesti pembaca blog madam kali ni agak hairankan?
Lain jer N3 kali ni.Sebenarnya,hari ni madam cuti.
Dan pagi2 tadi selepas uruskan ank2 sarapan pg dan
hantar mereka kesekolah,madam merancang nak balik
kerumah ibu madam sekejap utk menghantar hadiah
hari ibu yang telah madam sediakan utk ibu madam yg
tersayang.Madam balik rumah dan masak puding laici
utk madam bawa bersama ke rumah ibu madam.Ibu
madam tinggal di PJ.Madam meraikan hari ibu utk thn 
ini agak awal sebab madam tak pasti ada kesempatan 
or tak pada hari ibu tu nanti.....Jom tengok apa yang 
madam sediakan sebagai hadiah hari ibu utk ibu madam.
Jom jom jommmmmmm .............


Inilah hadiah yang telah madam belikan utk ibu yang sangat madam sayangi.











 Madam hadiahkan Quran ReadPen ini sebab penglihatan ibu madam tidak baik.









 Insyaallah,dgn pemberian madam ini akan membantu ibu madam utk menghafal Al-Quran.



 Set Quran ReadPen ini bukan sahaja di sediakan Al-Quran tapi di datangkan sekali dgn Muqqadam.Set ini juga sesuai utk semua peringkat umur.









 Inilah,pen bijak tu!Bila di 'on' akan berbunyi Bismillahirahmanirohim dan bila di 'off' akan berbunyi Sadaqallahulazim.
 Yang ini ialah puding laici yang sempat madam masak utk di bawa ke rumah ibu madam.



Puding Laici utk ibuku!.....nampak simple tapi rasanya sangat enak!...hehehe
Dan yang ini ialah hadiah dari madam utk ibu mertua madam yang tersayang.Tentu anda bertanya kenapa tak beri hadiah yg sama utk mertua,jwbannya sbb mertua madam kena strok,tak mampu bergerak.Jadi madam hadiahkan tuala mandi yang kainnya sangat berkualiti n gebus.Madam tempah khas utk ibu mertua madam.Tapi hadiah ini tak dapat madam beri dgn tangan sendiri sebab mertua madam berada di Changloon,Kedah.




Doa madam utk kedua-dua ibu yang sangat madam sayangi ini,moga mereka sentiasa di rahmati ALLAH,di kurniakan kesihatan yg baik dan berbahagia menjalani kehidupan di hujung usia.Amin.....Mak,La syng mak!....(La ialah nama manja madam dlm keluarga).


SELAMAT HARI IBU  BUAT SEMUA IBU YANG MEMBACA BLOG MADAM!....moga kita yang bergelar ibu,akan menjadi ibu yang menjadi kebanggan anak2 kita!...Pada ank2 ibu terima kasih kerana menjadi anak yang baik pada ibu dan ayah.Doa ibu sentiasa mengiringi kalian.....


Setakat ini saja N3 madam kali ini.Insyaallah,kita berjumpa di keluar yang lain ok!Salam syng,salam 1 M'sia dan senyum selalu!