September 11, 2011

Koleksi jahitan manik Azra Fesyen.

Assalamualaikum.Moga semua pembaca blog madam dalam
keadaan sihat sejahtera n berbahagia di samping keluarga
hendaknya.Untuk N3 kali ini agak istimewa kerana madam
masukkan gambar2 hasil jahitan manik dari AZRA FESYEN.
mmmm...ok la sbb madam masih mabuk ketupa lagi jadi
madam agak lembab n lemau utk menyusun ayat....
K,jom la kita tengok jer....hehehehe....jgn marah ya!






































































































Harap,semua pengunjung blog madam puas menatap
gambar2 hasil kerja jahitan manik dari AZRA FESYEN.
Madam akhiri N3 kali ini dgn....Salam 1Malaysia n senyum
selalu!Ok,daaaaaaaa.

September 10, 2011

Lagi hasil kerja Asma(student O.K.U madam)

Assalamualaikum dan moga semua pembaca blog madam
dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.Amin!Untuk
N3 kali ini madam pamerkan hasil kerja bekas student madam
Asma,dia O.K.U(org kurang upaya)Asma,seorang yg sangat
rajin n gigih.Madam bangga dgn dia.Sebelum ini madam pernah
bercerita tentangnya jadi untuk N3 kali ini tak ada banyak yang
nak madam katakan.Jom kita tengok hasil kerja yg telah
di siapkan oleh Asma untuk pelanggannya.














Ok,itu saja....

Seperti biasa,madam akhiri N3 kali ini dengan
salam satu Malaysia n senyum selalu!Daaaaaaaa!

September 09, 2011

Baju mengandung Mizan

Assalamualaikum dan apa khabar pembaca blog madam?Moga
semua sihat n ceria.Yang tak sihat cepat2 ke klinik ya.N3 kali
ini madam ingin menulis n memaparkan gambar baju
mengandung yg telah di tempah oleh mizan.Mizan ialah pelangan
madam yg setia.Dia telah menjadi pelangan madam dr anak dara,
masa tu baru dapat kerja,berkahwin dan sekarang sedang hamil
ank sulungnya yg dinantikan sekian lama.Mizan seorang yg
kreatif,sebelum2 ni pakaian yg di tempah mesti lain dr yg lain!
Tapi baju mengandung ni dia agakbersederhana.
Ok,macam biasa.Jom kita tengok!


Mizan menempah baju dress mengandung.

Dress ini berlaining dan ada pleat di depan.
Sebagai ruang utk perutnya n di tambahkan
butang.Butang ini berfungsi ssebagai,jika
perut makin membesar,butang boleh di buka
utk memberi ruang pd perut dan juga butang
ini sebagai aksessori/hiasan baju.Kain ini berkaki.
Maksudnya kain yg di beli mempunyai"border"
jadi tukang jahit mesti pandai memotong
kain supaya "kaki kain" nampak sama n rata.


Ini juga adalah baju mengandung yg ditempah
oleh Mizan.Blaus ini akan di pakai bersama
seluar ibu mengandung yg telah di belinya.


Blaus ini simple saja.Lehernya potongan baju
kurung.Dan bahagian bawanya madam buatkan
kedut sekeling baju sebagai ruangan perutnya
yg semakin membesar.


Tangannya madam tambah renda
dan membuat kedut menggunakan
getah,senang dia nak tarik tangan baju
bila nak buat pemeriksaan doktor.
Alhamdulillah,Mizan sangat suka
dengan hasil kerja madam.Doa madam
moga Mizan selamat melahirkan ank
sulung yg di nanti2kan dan
kedua2nya sihat..AMIN!

Nampaknya,sampai di sini aje N3 madam
untuk kali ini.Hingga jumpa lagi,madam
akhiri dgn "salam satu Malaysia n senyum
selalu"...Daaaaaaaaaa!

September 08, 2011

Cerita di bulan puasa.

Assalamualaikum.Moga semua hapi n sihat2 di bln yg berbahagia
ini.Madam thn ni raya pertama demam,mungkin terlalu letih n tak
cukup rehat.Semua tu biasa la bg tukang jahit pd bln2 puasa.
Alhamdulillah,thn ni AZRA FESYEN sekali lg berjaya
mempertahankan nama baiknya dgn menyiapkan semua
tempahan utk hari raya.Syukur,semua pelanggan madam dapat
tempahan mereka yg seperti mereka inginkan.Sebagai peniaga
madam sangat jaga n pastikan pelanggan dapat tempahan mereka
spt yg di jadualkan.

Mmmm...N3 kali ni madam saje2 je nak bercerita pasal butik madam.
Di bln ramadhan thn ni kedai/butik madam ada menjual kuih raya.
Semuanya bukan madam yg buat tapi kwn2 madam yg buat dan
letak di kedai madam.Madam sentiasa membuka peluang pd kwn2 or
siapa saja utk meletakkan barangan mereka utk madam jualkan.
Ok,jom kita tengok antara kuih2 yg ada jual di butik/kedai madam.








Kuih2 ini semua hanya ada bila bln puasa aje.Tapi kuih tat
akan ada di kedai madam setiap masa.di jual dlm bekas yg
kecil(17 keping)rm7.00.Tat kwn madam ni memang sedap
n mendapat sambutan.


Hah!ni madam nak cerita pasal MAMA(wife Blacky).
Mama,telah melahirkan anak2nya dgn Blacky pd minggu
pertama puasa.Montel2 anak2nya.Jd madam kena lah sediakan
satu kotak yg besar n selesa untuk Mama n anak2nya.
Mama ni pembersih,dia tak suka kalau pelapik kotak tu kotor .
Kalau ank2nya dh terberak or kencing dia akan bising minta
madam tukarkan pelapiknya.Dah tukar baru dia tenang n diam.


tengok lah,bersih anak2nya.sekejap2 dia mandikan anak2nya.
.
Hmmm...mama keletihan.Tido jap,rehatkan diri.


mmm...comel2 anknya...

kasih syng seekor ibu kucing....

bulan puasa,bila madam ngantuk menjait,madam akan gi
tengok ank2 kucing ni...seronok+geram...comel sungguh!



Hmmm...ni la bapak pd anak2 kucing tadi dan hubby pd mama.

Harap pembaca blog madam ok ya madam masukkn cerita kucing
madam di sini...bukan selalu pun!Kucing2 ni antara penyeri butik
madam.Nampaknya sampai di sini dulu N3 madam utk kali ini.
Insyaallah,N3 yg akan dtg madam nak cakap pasal baju pulak ya!
Madam akhiri dgn salam satu Malaysia n salam syng dr madam.
Daaa...bye!

September 06, 2011

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum n slmt hari raya aidil fitri,buat semua pembaca
blog madam yg sangat madam sayangi....Maaf lama madam tak
buat apa2 N3 atas sebab terlalu sibuk dgn kerja2 dan tempahan2
pakaian dibutik madam.Sebenarnya madam ada banyak bahan
untuk di kongsi.Tapi madam masih tak berdaya nak buat apa2
N3 di sebab kan madam masih dlm keadaan sangat lemau ya!
hehehehe....nak bayar hutang tido..tapi kedai dah mula buka
pd 5/9/11....hari ni madam sedang memujuk diri supaya kembali
cergas....cergas cergas cergas!!!!!!
Ok,untuk permulaan selepas raya ni...setakat ini jer dulu ya...
madam nak cari ubat cergas...madam kena motivasi diri madam
dulu....ini la bahananya org kalau 2 bln lebih tak cukup tido...
semua yg di buat sangat lemau!

Madam akhiri N3 kali ini dgn salam satu M'sia!
daaaa....jumpa lg,secepat mungkin ok!

July 10, 2011

Di majlis perasmian dan doa selamat kedai baru x-student madam,iaitu Normazlina Roslan.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca blog
madam yang madam kasihi.Terima kasih kerana masih
setia mendatangi blog madam.Doa madam agar semua
berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.Amin!......
Untuk N3 kali ini,madam ingin menceritakan tentang
perkembangan seorang lagi x student madam,iaitu
Puan Normazlina bt Roslan.X student madam ni pada
awalnya memang datang belajar menjahit pakaian tetapi
dalam masa yang sama dia selalu berbincang dengan madam
ingin memulakan perniagaan berasaskan jahitan tetapi bukan
pakaian.Madam katakan belajar menjahit adalah asas ajer dan
kita boleh pilih cabang yang ada pada bidang menjahit.
Tak semestinya belajar jahit pakaian kita akan jadi tukang jahit
pakaian,kita boleh buat perniagaan menerima tempahan atau
buat readymade jahitan sarung kusyen,set tempat tidur,
langsir,hiasan dalaman,pakaian kanak2,keperluan baby dan
ibu seperti yang telah di lakukan oleh x student madam ini.
Banyak lagi cabang yang ada hanya kita perlu kreatif dan
rajin mencuba dan berusaha!

X student madam ini telah memilih untuk menjalankan bisnes
berasaskan keperluan baby dan ibu yang melahirkan anak.
Beliau telah memberitahu madam yang beliau ingin mencuba
bisnes membuat barut baby(ready made) dan beliau telah
membuat beberapa sample dan tunjukkan pada madam.
Beliau minta madam memberi komen dan tunjuk ajar atas
hasil kerja beliau.Setelah melakukan beberapa percubaan
dan akhirnya beliau berjaya dengan bisnes barutnya.Malah
beliau telah kembangkan bisnesnya dari barut sahaja kepada
keperluan ibu menyusukan anak dan keperluan ibu melahirkan
anak.Antaranya seperti tungku baby,ini adalah hasil kerativitinya
dari pengalaman sendiri.Tungku ini sangat bagus,mengandungi
7 herba.Barut ibu bersalin,barut baby sudah semestinya kerana
ini adalah asas permulaan perniagaannya.Barut untuk baby ada
beberapa jenis,ada yang bertali,bervelcro dan barut tigasegi atau
barut gantung.Beliau juga ada membuat cover untuk ibu
menyusukan anak,bedung untuk baby dan bermacam2 lagi lah!

Ok lah,seperti biasa,madam ni kalau di biarkan banyak yang
nak di celotehkan jadi madam stop berceloteh dan jom kita tengok
gambar pulak ya!jom tengok,jom tengok!



Ini antara barut baby yang telah di siapkan.Hanya menunggu
untuk di packkan mengikut tempahan yang di terima melalui
online.

gambar ni ialah barut untuk ibu yang baru bersalin.


barut yang di hasilkan dari kain berbagai
corak dan warna,jadi tak lah putih ajer!
Corak dan warnanya sangat menarik.
Hah!yang sebelah tu gambar madam
dan Pn.Normazlina.Sebelah madam tu
anak gadis tunggal madam.Dah sama
besar dengan madam kan!


Ini lah Pn.Normazlina bt Roslan.
Pada awalnya,beliau tak mahu madam
masukkan gambarnya kerana beliau
sangat low profile dan pemalu.Jika
anda ke blog beliau anda takkan melihat
wajahnya...

Semoga Normazlina terus mengorak langkah
lebih jauh ke hadapan dan terus berjaya.Sebagai
gurunya,madam sangat berbangga!

Normazlina selalunya akan menceritakan perkembangan
bisnesnya kepada madam dan akan minta pendapat dan
nasihat dari madam.Madam akan selalu memberi sokongan
pada ushanya!...Disini madam ingin war-warkan blog
beliau,jika anda berminat boleh la jengok2 ke blognya ya!
http://www.mybabycomel.blogspot.com/

Nampaknya setakat ini sajer coretan madam untuk
kali ini.Semoga kita berjumpa lagi di N3 yg lain.
Madam akhiri dengan salam satu M'sia dan senyum2
selalu ok!Daaaaa....