January 23, 2011

cerita kedai baru!



Pintu yg kuning tu,adalah pintu kedai lama
madam.Madam syngkn pintu ini,jd madam
angkut pintu tu ke kedai baru madam.Bila
pelangan2 madam lihat pintu ni,mereka
tau yg ni kedai baru madam.Tapi di kedai
baru ni madam tak gunakn pintu ni sebagai
pintu utama sbb madam guna pintu yg lebih
besar sbg pintu utama.Kedai baru madam ni
lebih mudah utk di lihat org kerana kedai yg
lama terlindung dgn surau,sekarang pun kedai
madam masih mengadap surau(mengadap Syurga!)
Tapi lebih mudah dilihat kerana kedudukkan
kadai baru agak tepi surau.
Madam mula pindah masuk ke kedai ni pd 1/1/2011.
Kebetulan pd tarikh tu pelakon terkenal kita iaitu
Saudara Faizal Yusuf telah meninggal.
Dan jenazahnya telah di bawa pulang ke surau
yg di depan kedai madam kerana org tuanya
tinggal di Flat Sentul Utama.Ramai artis yg dtg
menziarah,jd org2 yg membantu madam selesai
menolong mengangkat barang2 mereka sibuk lak
nk gi menengok artis.Jadi madam bersendirian
lah membuatkerja2 menyusun atur barang2
di kedai baru madam.

Ini adalah bahagian depan kedai madam.
Kedai baru madam ni besar sekali ganda
dari kedai lama.Madam harap,pelajar,pelangan
dan pembantu madam lebih selesa di kedai baru
madam ni.Tapi madam pulak rasa penat bila
berjalan dlm kedai baru ni!....

Meja dan kerusi ni sebenarnya ruangan madam,tapi
di sebabkn sibuk dgn kerja2 di butik ni,jadi ruangan
ini ank perempuan madam(girl nama gelarannya)
gunakan utk membuatkerja sekolah atau
mengulangkaji pelajarannya setiap hari.

Di sinilah selalu madam melayan pelangan n
menerima tempahan pakaian.


Mesin jahit tepi





Deretan mesin jahit,insyaallah madam akan
menambah lg sebuah mesin jahit highspeed
utk kegunaan student madam.

Mesen jahit highspeed yg putih tu adalah
mesin yg madam gunakan setiap hari.
Kipas tu madam gunakan bila madam
bersendirian.Kalau sorang2madam
ngantuk bila guna aircond!hehehehe!
Yg melekat di dinding tu ialah
diploma n sijil2 madam.


Meja memotong n membuat dasar/pola

meja mengosok & fitting room


Zip yg berukuran 8",madam letakkn dlm
almari kaca,ada pelbagai warna!




Zip 10" hingga 22" madam susun di rak ini.
Bahagian atasnya madam letak radio n tv.
Utk hilangkn boring,dengar radio atau on tv.
Tv tu on hanya utk dengar jer sbb mata n
tangan sibuk menjahit!Labu hitam tu,
kalau gosok keluar jin kot!hehehe...
madam tak pernah gosok pn!

Rak ini pulak madam susunkn paiping/kun
bahagian atasnya.Bahagian bawahnya
madam susun benang yg pelbagai warna.
Nampak aje macam sikit,tp berpinar mata
waktu nak menyusun aturnya.
Jumlah benang ada beratus warna,tu belum
lg kira biji benang!kesian pd pembantu madam tu!
terima kasih Mas!(pembantu madam)

Ini adalah span bahu readymade.Madam
jual sepasang-sepasang dlm pelbagai warna!
Pelangan madam suka sbb menyenagkn mereka
utk menukar span bahu lama yg dh lusuh!
Pelangan hanya perlu beli mengikut warna
pakaian mereka n balik hanya pinkan saje.

Ini rak butang baju dr pelbagai saiz,bentuk
n warna.Oleh kerana rak ini tak muat utk
madam letakkn kesemua butang2 yg ada jadi
sebahagiannya,madam letakkn dlm bekas plastik!



Manik-manik,pelbagai saiz,warna n paten.


Benang kait n jarum kait pun ada di jual!
Alat tulis pun ada!

Kedai pun dah besar,jadi madam telah menambah
berbagai peralatan menjahit.Dari masa ke
semasa madam akan masukkn lagi pelbagai
peralatan jahitan,jadi mudah lah masyarakat
di sini utk membeli keperluan jahitan dan tak
perlulah mereka mencari jauh2 kan!


Di butik madam,ada jual perfume n kosmetik
jenama "DYNIE".Produk ni di ushakn oleh
org melayu.Pengasasnya En.Omar.Sebagai kwn,
madam hanya membantu.



Ini sebahgian pelajar madam sedang melakukan
kerja2 praktikal mereka.Suasana amat selesa
utk pelajar2 madam melakukan aktiviti memotong
n menjahit.Madam merancang ingin menambah
satu lg mesin jahit industri utk kegunaan pelajar madam.
Nampaknya setakat ini saje cerita madam buat masa ini!
Hingga jumpa lagi.......



December 30, 2010

proses berpindah 2








Assalamualaikum,hr nie(9/3/11)madam tergerak ati nk tengok2
pekara2 yg telah madam draf tp tak terbitkn lg.Tetiba madam
terpandangkn catatan ni,setelah madam periksa balik rupanya
belum di terbitkn lg!Mati2 madam ingat dh di terbitkn!Mungkin,
masa madam nk terbitkn line tak cantik jd madam terlepas
pandang!.....jadi madam nk terbitkn juga....boleh kan?

Kali ni madam ingin berkongsi wajah kedai lama madam yg dlm proses berpindah dan wajah kedai baru madam yg sedang dlm renovation.....di kedai lama keadaan tongang-langgang!...manakala di kedai baru sedang rancak kerja2 renovation.Kedai baru madam hanya selang satu kedai jer dr kedai lama....agak letih juga madam berulang alik dr kedai lama ke kedai baru utk memastikn semua kerja2 berjln lancar.Alhamdulillah,madam dapat bantuan n kerjasama dr anak2,suami dan kwn2......TERIMA KASIH BANYAK2!!!

Lima gambar..ooppps terdelet satu gambar lak! di atas ialah keadaan kedai baru madam yg sedang direnovation manakala yg bawah gambar di kedai lama madam,yg mana,barang2 dh di bungkus2 n pintu utama kedai lama madam telah di tanggalkn dan di pasang ke kedai baru madam....madam syng pintu lama!hehehe...

Dalam sibuk2 mengemas barang2 di kedai lama n memastikn kerja2 renovation berjln lancar anak perempuan madam(madam panggil adik) pun sibuk juga menaip,print n potostate iklan utk kedai baru ibunya(madam lah).bukan saje buatkn iklan,dia juga membantu ibunya print beberapa pekara yg perlu di lekatkn di kedai baru ibunya!TERIMA KASIH ADIK!!!!......sekarang madam lantik adik menjadi kerani n jurutaip madam....jimat kos!hehehe

ok,jika ada kesempatan di lain masa,madam masukkn gambar2 di kedai baru madam.......hingga jumpa lg!

December 29, 2010

DLM PROSES BERPINDAH KEDAI

Assalamualaikum kpd semua yg sudi menjenguk ke blog madam,Madam ingin memaklumkan kepada semua yang madam sedang dalam proses berpindah ke kedai baru.Yang mana kedai baru ini lebih besar dari kedai lama.Madam merancang ingin menambah bahan2 peralatan jahitan di kedai madam,ini kerana ramai orang datang ke kedai madam mencari peralatan jahitan .
Di kedai baru ni,madam harap memberi keselesaan pd pelajar madam,pelangan,pekerja n madam sendiri.
Harapan madam,moga thn baru ini n kedai baru ini,ALLAH murahkn rezeki n berkati usha madam!AMIN!
perkembangan seterusnya tentang kedai baru madam,akan madam maklumkan nnti.SALAM!

December 21, 2010

kebaya bersulam bunga reben

Assalamualaikum!

Kali ini madam ingin menunjukkn jahitan sulaman bunga reben di kain yg ingin di buat baju.Jika anda mempunyai kelebihan or kepandaian dlm jahitan sulaman bunga reben,madam cadangakan apa kata anda cari baju lama yg boleh di recycle n jahitkn sulaman reben di baju tu.Atau anda boleh jahit di kain yg yg kosong (spt yg madam tunjukkn ni)....nampaknya sekarang ni dah mula trend org memakai baju kurung,kurung moden or kebaya yg bersulam bunga reben.Mmm....sekarang ni sulaman bunga reben bukan hanya terdapat di sarung kusyen kecil atau di hiasan dinding saje tp dh menular ke pakaian pulak!Bagus lah bg yg ada kepandaian dlm bidang sulaman bunga reben ni ya!...Ooppppssss!cukup lah madam membebel,jom tengok kain yg telah siap di sulam dgn bunga reben,tp madam belum jadikn baju.Madam tak dapat siarkn gambar yg dh siap jd baju sbb tak sempat ambil gambar!SORIIII!!!