December 17, 2014

BENGKEL MEMBUAT GAUN KANAK2 25/12/14

18/12/14.Bismillah.Assalamualaikum dan salam kasih syng buat kalian yg berkunjung ke blog kesayangan madam ni.N3 untuk kali ini,madam ingin war-warkan,AZRA FESYEN akan membuat bengkel sehari membuat gaun kanak-kanak.Tarikhnya pd 25hb Disember 2014.Sepanjang bengkel sehari itu,madam akan kongsikan cara memasang lapik leher  sekali gus dgn lapik tangan,cara ini utk baju gaun/blaus kanak2 yg tak berlengan.Juga di ajar menjahit zip sorok,membuat kedutan serta madam akan berkongsi kreativiti utk membelbagaikan patern gaun kanak-kanak.Sebagai bonus madam akan ajar membuat dua patern riben dan madam akan beri dua pola utk gaun kanak-kanak yang berlengan dan tanpa lengan serta ukuran kanak-kanak dari umur 1 thn hingga 9 thn..Sesiapa yan berminat utk menyertai bengkel ini boleh hubungi madam di no 012-9757909. Sarapan dan lunch juga di sediakan. Tahun depan dah boleh jahit sendiri baju raya anak dan anak pasti bangga memakai baju yang di jahit oleh ibunya.So jom kita belajar sekarang kerana sedar-sedar nanti dah tiba puasa pulak!Di sini madam kongsikan contoh gaun kanak-kanak dr AZRA FESYEN.Jommmmmmm tengok!!!




Aksesori riben dan butang boleh di gabungkan untuk menyerikan gaun kanak-kanak.
Ini lagi antara jenis riben yg boleh menyerikan gaun kanak-kanak.Di mana hendak di letak,terpulang pada kreativiti sendiri.Yang ini madam letak di bahu.Boleh kontraskan dgn guna warna kain polos,tapi madam kehabisan kain polos.

Ini lapik leher yg sekali gus utk lubang lengan.Cara ini lebih kemas dan tak perlu sembat atau jahit silang pangkah.
                   Bahagian dalam ,belakang gaun.


Baju gaun ini madam letak zip sorok.Bahagian skirt yg kedut madam belahkan sedikit utk menjahit zip.Pada madam,lebih baik guna zip utk gaun kanak-kanak kerana mudah utk kanak-kanak memakainya dan membukanya.









Yang bawah ni,antara gaun kanak-kanak yg AZRA FESYEN hasilkan.Dan yang baju warna pink itu ialah baju kanak-kanak yang madam sulam mengikut permintaan custemer madam. Iaitu Hello Kitty dan Micky Mouse,tapi sayang kerana kain yang custemer berikan mudah pecah!









Sehingga di sini saja untuk N3 kali ini.Jadi pada yg berminat boleh hubungi madam utk menempah tempat dan penerangan lanjut.Untuk setiap sessi bengkel madam mengajar 5@6 org saja untuk beri keselesaan dan mudah madam beri perhatian pada semua peserta bengkel madam, Sekian .
Terima kasih berkunjung ke blog madam.Hingga jumpa lagi,salam syng.Senyum selalu ya!Daaaaaaaaaaaaa!



2 comments: