Sebenarnya madam dh lama nk paparkan topik ini.
Ia itu tentang baju yg berlaining.
Utk mendapatkan hasil yg kemas dan cantik,memerlukan
kesabaran dan ketekunan dlm proses pembikinannya.
Bermula dgn proses pemotongan kita mesti berhati2.
Andainya kain yg hendak di potong tu agak berkedut/renyok
adalah lebih baik anda gosok bagi licin dulu.Pastikan ukuran
dan basi utk tepi baju dan labuh baju/tangan yg betul.Basi utk
hujung tangan dan hujung labuh baju/kain yg bahagian laininig
adalah kurang sedikit dari ukuran bahagian luar pakaian.
Jika anda belum cekap adalah di nasihatkan jelujur dulu sebelum
melakukan kerja2 mencantumkan bahagian2 badan.
Pastikan bila anda sudah hampir ke peringkat ending@penyudahan
hujung baju bahagian laining pastikan sama.Ianya sangat penting
supaya hasil kerja kita nampak sangat kemas,terutama jika baju
tu terlalu jarang jadi tak cantik lah kalau bahagian hujung
laining tinggi rendah n tak sama.Pelangan pasti menarik muka
melihat hasil kerja yg tak kemas n tak berseni langsung tu kan!
Cuba lihat gambar di bawah.Lainingnya sama rata n kemas.


Madam mencantumkan dulu pesak n kekek,lepastu
madam jahit tepi(kecuali bahagian bawah baju).
Kemudian madam cantum tangan ke pesak.Sebelum
itu madam akan siapkan bahagian tangan dulu,maksudnya
madam pastikan hujung tangan laining n bahagian luar telah
siap n kemas dulu serta telah di jahit tepi.
Tapi utk baju ini hujung tangannya pelangan ingin fesyen
kedut bergetah n bertingkat.Untuk baju ini,madam buat
sambungan di bahagian hujung tangannya.

Madam lapiskan utk mendapatkan hasil bertingkat.
kemudian jahit kedut menggunakan benang getah.


Ini lah hasilnya!


Setelah telah siap mencantum bahagian tangan n pesak.
Madam akan uruskan bahagian badan baju pula.
Utk bahagian badan,setelah cantum bahu n gosok
bahagian yg di cantum,madam akan tebuk leher pula.
Setelah jahit lapik leher,madam akan terus sembat
lapik leher dulu sbb jika sembat setelah baju siap
agak berat utk memegangnya n madam
lebih suka siapkan step by step supaya hasil
kerja madam sangat kemas n terletak ya!
Setelah kerja2 bahagian leher siap,baru madam
cantum pesak yg siap tadi.Semasa proses mencantumkn
badan n pesak pastikan bahagian bahu badan n
pesak betul2 "center".Bila agak2 hendak sampai hujung baju
angaran dlm 7" sebelum sampai hujung baju,stop di situ.
maksudnya kiri kanan n depan belakang berhenti angaran 7"
sebelum hujung baju.KENAPA???
Kerana,di sini lah bermulanya kita nk sama ratakan hujung
laining n baju luar.Di sini gunakan lah kreativiti n ilmu
yg cikgu anda ajar utk menghasilkan hujung baju yg kemas.
