January 05, 2012

Cara-cara membuat lubang lengan dan tangan utk saiz "S","M" dan "L"

Assalamualaikum n slmt sejahtera buat semua pembaca
blog kesayangan madam ni....Hari ni baru 5/1/2012,madam
rasa masih boleh madam ucapkan SLMT THN BARU!
Moga 2012 kita semua di murahkan rezeki,di rahmati dan
di lindungi ALLAH selalu dan di kurniakan kesihatan yg
baik utk kita semuan ya!Amin n insyaallah.Untuk madam
sendiri alhamdulillah,thn baru bermula dgn baik,baru 2 hr
dlm thn 2012,madam dh kena bawa keja balik umah sbb
banyak kerja yg madam mesti siapkan segera.Pelajar
baru madam juga ramai yg dh mulakan pelajaran mereka
bersama madam dan yg dtg mendaftar juga ramai.Syukur,
terima kasih ya ALLAH.Kelas jahitan madam sentiasa
terbuka utk pelajar2 yg ingin menyertai kelas madam.
Jika ada yg berminat,silakan menyertai kelas madam ya...

Oppsss untuk N3 kali ini sebenarnya madam nak berkongsi
tips/petua yang sangat penting utk menjadi tukang jahit
yg boleh menghasilkan pakaian yg cantik n sempurna untuk
pelanggan mereka,tak kira samaada pelanggan tu saiz 'S','M'
atau "L'.....nak tau tak???Kalau nak tau,anda boleh terus
bersama madam dengan baca N3 madam kali ini seterusnya.
Madam ada menerima persoalan,kenapa mereka buat baju
utk org bersaiz 'L' spt ada yg tak kena.Untuk pengetahuan
pembaca kesayangan madam,bila kita buat pola utk org
yg bersaiz 'L' kena jaga di bahagian lubang lengannya.
Sbb rahsianya,org yg berdada besar(kekadang ada org tak
gemuk tp buah dadanya bersaiz 'L') or org bersaiz 'L'
JAGAN DI BUAT LUBANG LENGANNYA BESAR!!!
Bila kita dah terbuat lubang lengannya besar utk org
saiz'L' alamatnya si pemakai akan kelihatan tak kemas
bajunya akan jadi "gelobos".Dan bila kita nak cuba
"merepairnya" pasti bermasaalah sbb bila kita kecikkn
bahagian dada,lubang lengan memang boleh kecil tapi
dada baju akan jadi sempit.Jadi hati2 bila buat lubang
lengan utk org bersaiz 'L' ya...
Mmmmm...panjang lak sembang madam kali ni ya...
semangat thn baru la katakan!hehehehe....
Ok la jom tengok apa yg madam dh sediakan utk
pembaca kesayangan madam yg ada kaitan dgn N3
kali ini....jom jom jom tengokkkkk....




Ini adalah pola2 yg telah madam
sediakan utk penerangan bagaimana
nak buat lubang lengan utk saiz 'S','M'
dan 'L'.

Kita mula dgn pola buat lubang lengan
untuk org bersaiz 'S' dulu ya.

Madam rasa,untuk buat pola baju utk saiz
'S' semua tukang jahit tahu.Tapi madam
tetap nak perkatakan caranya.
bahagian garisan dada buat spt biasa,iaitu
dada/4 maka kita dapat jarak garisan dada.
Cnth:Dada 32/4=8.Maka dr bahu turun
8",buat satu garisan di 8 tu,ini di
panggil grisan dada.
(GARISAN YG MADAM MAKSUDKAN,
KITA DAPAT DGN UKUR DR BAHU
TURUN KE BAWAH YA.BUAT
SATU GARISAN)Di garisan melintang dada tu,
ukur dada/4+1".Cnth:dada 32/4+1".Itu la panjang
garisan dada yg di perlukan.Di hujung garisan
dada tu turun 3/4" dan sambungkan garisan
lengkung lubang lengan.Jadi tu la besar lubang
lengan nya.


Jika tak faham penerangan di atas,
sila lihat gambar ni pulak ya.
Nampak tak ank panah kebawah
3/4" tu,tu turun dr garisan dada
yg melintang tu.



Ini bahagian belakang badan
pola utk saiz 'S'.Jika di garisan
dada kita turun 3/4" di badan
depan,jadi di belakang pun mesti
sama turun 3/4" ya.Kalau tak
kita bermasaalah nk cantum badan
depan dan belakang nanti.



Ini pula pola membuat lengan(tangan) baju.
Tak patut pulak madam rasa kalau tunjuk
cara membuat membuat pola tangan kan.
Utk saiz'S' di garisan dada tu buat dada/4-1".
Cnth:dada 34/4=8.5-1".


Ini pola untuk saiz 'M'.
Sama spt saiz S,cari garisan
dada dgn ukuran dada/4.Dr
bahu turun kebawah n buat
garisan.Di garisan tu pulak
cari ukuran dada/4+1"(ini
utk pola badan depan tau).
Cuba perhatikan,di garisan
dada(yg melintang tau),
madam tak turunkan 3/4".
Di sini bezanya nk buat lubang
lengan utk saiz M.Faham Tak???



Perhatikan di garisan dada.
Masih lagi guna formula D/4+1".
Tapi di garisan dada tak perlu
turunkan 3/4".Terus buat lengkung
lubang lengan di garisan dada.


bahagian pola badan belakang
saiz 'M'


Pola utk saiz 'M',tak perlu turun
3/4 di garisan dada(depan dan
belakang sama ya)


Pola tangan untuk saiz 'M'.Masih sama dgn
pola tangan saiz 'S'.Iaitu,dada/4-1".


JENG JENG JENG.....SAIZ 'L'



Ini pola utk saiz 'L'.Tolong perhatikan
dgn betul2.Di garisan dada,madam naikkan
1 1/2".Nape?...oooo sbbnya org bersaiz 'L'
kita tak leh buat lubang lengannya besar.
Sebab?Sbb bila org saiz 'L' di buat lubang
lengannya besar bajunya akan jadi "GELOBOS!"
dan bila kita cuba repair baju tu,dadanya pulak
sempit da!...Jadi sebelum dapat masaalah,
pastikan lubang lengan tu jgn buat besar ya!


Begini la caranya untuk mendapatkan
lubang tangan untuk saiz 'L'.Sama
spt saiz 'S' dan 'M',cari garisan dada dgn
mengukur dgn ukuran dada/4.Dan di
atas garisan tu pulak,ukur dada/4+1
(utk badan depan).Di hujung garisan ini
naikkan 1 1/2".
(*kalau saiz 'S' kita turunkan 3/4" di
garisan ni dan saiz 'M' kita hanya terus
guna garisan ini.*)
Faham tak???....kalau masih tak faham
study balik apa yg madam dh ajar di atas
ya syng.....





Sama spt pola saiz 'S' dan 'M'.garisan dada
mesti sama.Iaitu,kalau depan naik 1 1/2,pola
badan belakang pun sama naik 1 1/2 ya.



Utk pola tangan saiz 'L',agak berbeza ya dgn
pola utk saiz 'S' dan 'M'.Cuba perhatikan...
di garisan ,madam buat dada/4-2".Kalau
anda tak tolak 2" nnti tak leh pasang pulak
lengan ke badan.....

Madam nk tulis sikit tentang hujung lengan.
Perhatikan.setiap pola lengan madam ada turunkan
1 1/4" (utk basi lipatan hujung lengan ya syng),di
garisan bawah sekali madam buat lebar hujung
lengan/2+1/4".Nape???...sebab supaya bila
anda membuat "ending"kerja di hujung lengan tak
lah susah.Pernah tak anda bermasaalah bila nk lipat
n jait silang pangkah di hujung lengan tu.Tiba2 kain
yg di lipat tak "ngam" dgn tangan tu...tu sbb hujung
tu terkecik la,sbb tu madam tambah 1/4".

Mmmm...camna?Boleh tak?Kalau baca sekali tak boleh,
tolong la baca 2-3x lagi bg faham.Kalau masih susah lg,
boleh bg komen n pertanyaan ya.
Madam rasa,nak berhenti seketika di sini la.Spt biasa,
madam tinggalkan pembaca blog madam dgn SALAM
1 MALAYSIA N SENYUM SELALU!Daaaaaaaaaa.....
hingga jumpa lg ya.

36 comments:

  1. wahhh detailnyer penerangan.. thanks yerr.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U'r welcome syng...jengok2 la selalu ya.Insyaallah,madam akan berkongsi banyak ilmu lagi.

      Delete
  2. salam sis,
    Terima kasih sudi kongsi ilmu, saya ni baru nak berjinak2 dlm ilmu jahitan. TQ

    ReplyDelete
  3. Kasih mu di terima Suzanais syng.Moga ilmu yg madam kongsikan di sini memberi manfaat pada pembaca semua.TAHNIAH buat Suzanais sebab mahu mencuba bidang ini.Tiada ruginya jika anda belajar menjahit sbb selagi manusia memakai pakaian,tukang jahit sentiasa di cari org utk dapatkan perkhidmatannya.

    ReplyDelete
  4. salam madam..sy hanis,nk tanye cmne nk jahit cantum lengn dengan badan baju jubah@baju melayu yg xde pesak? sy bru nk blaja..bru buat 1helai bju melayu baby xde pesak. so kt bwh ketiak nmpk benang...huhu tolom ye.. time kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam Hanis.Jutaan maaf sy lambat balas sbb terlepas pandang.Utk jubah(perempuan)madam akan ajar student madam,masa nak cantum bermula dr bawak ketiak dan pastikan lebibihkan kedepan bahagian badan anggaran 1/2" @3/4".Mungkin Hanis tak faham.Insyaallah madam akan cuba tunjukkan di blog ni.Tapi Hanis mesti rajin2 jenguk di sini ya.Berlainan pulak dgn baju lelaki.Baju lelaki kita camtum lurus di cantuman badan dan lengan.Doakan madam ada kelapangan masa utk buat N3 tentang persoalan Hanis ni.

      Delete
  5. salam madam.., sy sall,dlm soal nak buat pola lengan ni lah yg slalu buat sy pening,tak pandai nak faham2.klu nak mencantum tu, mesti lubang lengan tu yg tlebih,time nak adjust tu yg leceh..kekdg lengan besar jadi kecil pula..bgmna ya kita nak buat lengan tu tercantum elok dn sepadan dn ngam tanpa ada lengan yg terlebih.....terima kasih mdm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam Sall.Maaf,madam lambat balas sbb terlepas pandang.Utk pengetahuan Sall,lengan yg nak di cantum ke badan(lubang lengan)mesti lebih 1" dari ukuran lubang lengan.Utk cantum lengan ke lubang lengan ada tekniknya.Kita kena tahu macammana nk control kain masa menjahit.Insyaallah,madam cuba rakamkan gambar camna nak buat cantuman lengan ke lubang lengan.Sall doakan ajer madam berkelapangan utk buat N3 khas utk persoalan ini.

      Delete
  6. Assalamualaikum....memula nak ucapkan terima kasih yg tak terhingga sebb nota2 yg sgt berguna.saya baru nak menjengah kat sini.terjawab sudah masalah yg selalu saya alami utk buat lubang lengan ni. saya memang pening bila nak buat yg saiz xl dan seterunya.dah bnyk kali tanya guru jht tak de jawapan yg mcm ni.bagi yg bersaiz xl dan ke atas adakah formula nya masih sama dengan cara lubang lengan saiz L?harap madam dpt membantu utk yg bersaiz besar mcm saya ni.terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.Madam terima dgn lapang dada kasihmu itu.Ya sama,cara yg sama.Insyaallah,boleh.Moga terus bersemangat utk terus menjahit dan mendalami ilmu jahitan.

      Delete
  7. assalamualaikum madam..terima kasih byk2 sebab tunjukkan nota yang amat berguna ni..dah lama saya cari nota yang detail mcm ni sbb saya baru nak belajar buat baju kurung moden ni.nota-nota yang selalu jumpa terlalu ringkas membuatkan saya tak faham cara dia.maklumla saya baru nk berjinak2 dengan benang dan jarum.susah nk faham walau pun orang lain nampak amat mudah..hehehhe..terima kasih sangat2 sbb bagi penerangan yang macam ni..rase macam terus nk balik buat pola n try buat baju ni..tq2 :)

    ReplyDelete
  8. Waalaikumsalam.Madam terima kasih mu itu Tulip.Alhamdulillah jika blog madam telah membantu Tulip.Itulah matlamat madam membuat blog ini.Blog ini untuk madam berkongsi ilmu dan pendapat serta menambah rezeki dgn izin ALLAH.Terima kasih Tulip,moga terus gigih meneruskan usha dlm bidang jahitan ini ya.

    ReplyDelete
  9. Assalamualikum.. terima kasih banyak atas ilmu yang diberi..nak tanya madam azra lubang lengan depan dan belakang berbeza kan? apa sebab bila jahit baju ada gembung kat belakang.. bagaimana nak repair agar baju cantik melekat kat badan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam. Ya, keruk lubang lengan depan dan belakang x sama. Jika Mella nk tau, lengan sememangnya besar 1in dr lubang lengan (d badan). So masa nk sambung lengan ke lubang lengan mesti tau cara control kain. Dtg la belajar dgn madam, madam kongsi tips memasang lubang lengan.

      Delete
  10. tq sngt2 ye madam atas n3 yg sgt bagus ni..hehe..baru la saya paham sebab sebelum ni turunkan lubaang lengan tu same je x kire saiz.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam syng ros pink...ur welcome. Moga berjaya dlm bidang jahitan ini. Aamiin

      Delete
  11. slam madam,
    saya fipah, nak tny madam..tips ni untuk semua jenis baju ke? pola atas baju jenis ape? maaf, baru nak berjinak dgn dunia jahitan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam. Tips ini sesuai utk semua jenis baju kecuali kurung traditional and pesak gantung juga kurung kedah. Moga berjaya dlm bidang jahitan ini. Aamiin!

      Delete
  12. salam, 1st sy nak ucapkan terima kasih sbb sy dah belajar benda baru dr anda...ke2 sy nak tanya sedikit.....ukuran pada pola tangan.....ururan dari garis (dada/4-1) ke atas berapa inci yea...S,M,L?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam. Terima kasih. 5in or 4in. Moga berjaya dlm bidang jahitan ini. Aamiin!

      Delete
  13. Assalam..tq byak2 sis ilmu yg berguna.bleh x buat tutorial cara jahit ujung tangan 'cuff'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam. Terima kasih. In sha Allah, sy akan cari masa utk berkongsi ilmu membuat cuff.

      Delete
  14. artikelnya sangat bermanfaat sekali, saya sangat setuju. saya akan sering-sering mengunjungi blog ini lagi. ditunggu

    kunjungan baliknya di website kami busana muslim murah di http://pernikmuslim.com , terimakasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdullilah, terima kasih bnyak2 ya!

      Delete
  15. Salam...nk tye...cmne cara mudah tok jahit bhgian lengan ngn tgn?stiap kali sy jahitknnye msti xjd...harap dpt beri tunjuk aja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wksalam. Jika awk x berguru memang susah. Sebaiknya cari la seorang cikgu yg boleh berkongsi ilmu kemahiran jahitan dgn awk.

      Delete
  16. salam...sy br je joint blog ni..artikel tersangat sangat bermanfaat untuk sy..

    ReplyDelete
  17. Tq techer!! saya ambil ilmu madam ya. Semoga Allah merahmati kehidupan madam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. U'r welcome. Silakn. Sememangnya sy berkongsi ilmu d sini. Doakn sy sihat ya. Sy aamin kn doa mu itu.

      Delete
  18. Assalam madam,
    saya selalu ada msalah nak lukis pola lengan lebih² lg untuk saiz XL.
    Boleh madam terangkan berapa inci ye saya kena tarik dari bahu ke bahagian garis dada yg madam buat D/4-2 tu? Terima kasih banyak :D

    ReplyDelete
  19. Thank you teacher madam... Sy sllu bt bju custmr bhgian keruk lengn to sllu besa sikit ... Hope ap sis aja akn lg di perbaiki .. Thank you sis madam kongsi ilmu pd kami. Hope bertambah2 lah rezeki madam ..amin ya allah ....

    ReplyDelete
  20. salam madam. tq share ilmu ni. sy nk tanya. mcm mana nak buat keruk lengan yg kecil drp 1/4 dada? contoh kalau lebar dada 40 keruk lengan jadi 22 mcm tu.. tp nak keruk lengan kecil iaitu 18.. ada teknik lain ke? mohon tunjuk ajar madam..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum madam, macam mana nak tahu saiz s, m, l

    ReplyDelete
  22. MasyaAllah.. Tabarakallah.. semoga Allah berikan pahala berterusan kepada Madam atas perkongsian free ni ya..

    Puan Madam.. bagaimana nak tahu size S M L ya..?

    Contohnya saya lilitan dada 36inci.. size apa ya..?

    M kot..?

    ReplyDelete
  23. Salam puan , saya nak tanya , Potongan dari bahu tu, yang telah ditolak satu inci atau dari garisan atas yang melintang ?

    ReplyDelete