December 31, 2014

SELAMAT THN 2015. BIDANG KEMAHIRAN !


1/1/15.bISMILLAH.Assalamualaikum dan salam sayang semua!Sekarang ramai yg mula berjinak2 dlm bidang kemahiran.Tak kira siapa org itu atau apa jawatan yg di sandang. Bidang kemahiran boleh di jadikan sumber pendapatan atau satu saluran utk release tension.Jadi tak hairan la bila ada antara students madam yg berjawatan bagus dan kita tak terfikir pun org2 yg hebat akan belajar kemahiran tapi dtg ke kelas madam. Bila madam tanya,di jawab sebagai utk lari dari rutin harian n sebagai satu cara release tension bila buat sesuatu yg seni.Hmmmm...hebatkan bidang kemahiran!Madam pernah di tanya,dlm banyak2 bidang kemahiran,kemahiran apa yang sangat relevan/boleh guna dimana saja kita tercampak atau bila2 masa? Madam jawab sudah pasti lah,Bidang kemahiran masakkan dan juga jahitan.Bidang masakkan anda belajar saja lah apa pun jenis masakkan yg anda minat/suka,terserah.Begitu juga bidang jahitan.Belajar la apa jua bidang jahitan yg anda suka/minat.Antara contoh bidang kemahiran yg ada dlm bidang jahitan ialah,menjahit langsir,menjahit pakaian wanita/lelaki,menjahit pakaian kanak2 saja,membuat barangan kraft,menyulam,menjahit manik,membuat produk baby jua mempunyai permintaan yg luas n mendapat sambutan terutama barut baby,jika anda pandai menjahit yg asas sekurang2nya,anda boleh terima hanya buat kerja2 alteration saja,itu pun sangat lumayan sbb org sekarang memang suka buat alteration pd pakaian mereka.Madam sendiri sampai tak menang tangan dgn permintaan kerja2 alteration ini!
Selagi manusia hidup mereka perlukan makanan dan pakaian. 2 bidang kemahiran ini boleh d guna pakai walau d mana kita tercampak dan walau dlm apa jua keadaan kita atau ekonomi kita (madam guna pakai ayat arwah ayah tercinta,ayat ini arwah ayah ucapkn pd madam masa madam d paksa belajar menjahit, terima kasih ayah jadikn La spt apa yg La jd hr ini. Tetiba sebak pulak!). Dan utk menguasai bidang2 kemahiran; kena la gi belajar. Dan JAGANLA nk ilmu free saja. Semua yg mahir dlm bidang masing2 tu, telah pun mengeluarkn modal rm, masa dan tenaga. So jgn la yg baru berjinak2 dlm apa jua bidang kemahiran nk ilmu yg free saja ya. Sebenarnya ramai yg telah pun berikn/kongsikan ilmu mereka secara percuma dan jawab dgn penuh berhemah pertanyaan mereka yg baru dlm bidang kemahiran TETAPI bila dh bg betis nak peha pulak! Adoooooiiiii!!! Tu yg buat otai2 mula nk gigit betis dan peha depa tu!!!
Nasihat percuma dr madam, jika anda ingin berjaya dan menikmati kemanisan dlm erti kata sebenar. Belajar sampai dapat menguasai, bnyak anda berguru, bnyak skill dan berlainan skill yg akan d perolehi, itu adalah kelebihan yg sangat bagus. DAN jgn suka belajar separuh jlnya! Sbb pasti kejayaan takkn menanti anda! Sedihkn, dh keluar modal rm,masa n tenaga tp hasrat x kesampaian atas sbb lemah semangat! Kena siram air terus lembik.JGN, JGN, JGN BEGITU YA! KERASKN HATI N KUATKN SEMANGAT!
***SLMT THN BARU 2015 DR MADAM DAN AZRA FESYEN. MOGA 2015 DAPAT KITA TEMPUHI DGN KEBAHAGIAN DAN KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT. AAMIIN!!!
—:)










Hingga jumpa lagi...senyum selalu dan salam ! MALAYSIA!Daaaaaa......

December 17, 2014

BENGKEL MEMBUAT GAUN KANAK2 25/12/14

18/12/14.Bismillah.Assalamualaikum dan salam kasih syng buat kalian yg berkunjung ke blog kesayangan madam ni.N3 untuk kali ini,madam ingin war-warkan,AZRA FESYEN akan membuat bengkel sehari membuat gaun kanak-kanak.Tarikhnya pd 25hb Disember 2014.Sepanjang bengkel sehari itu,madam akan kongsikan cara memasang lapik leher  sekali gus dgn lapik tangan,cara ini utk baju gaun/blaus kanak2 yg tak berlengan.Juga di ajar menjahit zip sorok,membuat kedutan serta madam akan berkongsi kreativiti utk membelbagaikan patern gaun kanak-kanak.Sebagai bonus madam akan ajar membuat dua patern riben dan madam akan beri dua pola utk gaun kanak-kanak yang berlengan dan tanpa lengan serta ukuran kanak-kanak dari umur 1 thn hingga 9 thn..Sesiapa yan berminat utk menyertai bengkel ini boleh hubungi madam di no 012-9757909. Sarapan dan lunch juga di sediakan. Tahun depan dah boleh jahit sendiri baju raya anak dan anak pasti bangga memakai baju yang di jahit oleh ibunya.So jom kita belajar sekarang kerana sedar-sedar nanti dah tiba puasa pulak!Di sini madam kongsikan contoh gaun kanak-kanak dr AZRA FESYEN.Jommmmmmm tengok!!!




Aksesori riben dan butang boleh di gabungkan untuk menyerikan gaun kanak-kanak.
Ini lagi antara jenis riben yg boleh menyerikan gaun kanak-kanak.Di mana hendak di letak,terpulang pada kreativiti sendiri.Yang ini madam letak di bahu.Boleh kontraskan dgn guna warna kain polos,tapi madam kehabisan kain polos.

December 02, 2014

BENGKEL 3 PATERN SKIRT.SKIRT MERMAID,SKIRT PANEL DAN SKIRT GODETS.

Bismillah.Assalamualaikum dan salam syng semua!Doa madam moga semua pengunjung blog AZRA FESYEN dlm sihat sejahtera dan di rahmati Allah hendaknya.Aamiin!N3 kali ini madam ingin memaklumkan pd 13hb/12/14.AZRA FESYEN akan mengadakan bengkel sehari membuat 3 patern skirt iaitu skirt mermaid,panel dan godets.Dari skirt mermaid madam akan ajar mengolah menjadi skirt panel dan godets.Jika sesiapa berminat,boleh hubungi madam di no 012-9757909.
    

CONTOH SKIRT GODETS(GAMBAR DR GOOGLE)



SKIRT PANEL(GAMBAR DR GOOGLE)

Ok lah!Jika ada sesiapa yg ingin menyertai bengkel sehari madam boleh hubungi madam ya.Setakat ini N3 kali ini.In sha Allah kita jumpa di lain kali .Madam akhiri dgn salam syng dan senyum selalu!Daaaaaaaaaaaa

August 31, 2014

Kurung Moden dan gown kanak2 berlace.

Bismillah. Assalamualaikum n salam syng semua! Apa khabar hr ini? Moga semua sihat dan ceria hendaknya! Aamiin! Kebelakangan ni, madam hanya berkesempatan berkongsi gambar saja.....tak berpeluang lg kongsi tutorial.  Harap bersabar ya. N3 kali ini, nk kongsi gmbr kurung moden berlace dan gaun budak berlace.  Jom la kita tengok ya!














Jika berminat utk menempah @ belajar menjahit sendiri baju sebegini, boleh hubungi madam d no 0129757909. Hingga jumpa lg....salam syng dan salam 1 Malaysia. ....senyum selalu ya! Daaaaa

August 30, 2014

sarung stroller baby!

Bismillah. Assalamualaikum n salam syng semua! Slmt menyambut hr merdeka! TAHNIAH MALAYSIA! 57THN MERDEKA! MERDEKA!, MERDEKA!,MERDEKA!!!ALHAMDULILLAH!
N3 kali ini, madam kongsi gmbr sarung stroller yg madam buat. Sebenarnya ini pertama kali madam mencuba buat sarung stroller baby ni....pd awalnya madam menolak utk menerima tempahan ini n cadangkn pd customer spy tempah d kedai lain tp dia nk madam juga yg buatkn. ...memandangkn pembantu baru madam ni ok, madam pun terima la cabaran ini. Maka terhasil la sarung stroller baby ini. Customer tempah 2 helai tp madam buat 1 helai dulu. Jika customer berpuas hati maka akan menyusul lg 1! Ok...madam tinggalkn kalian d sini dulu ya!





Salam 1 MALAYSIA dan senyum selalu ya!

August 26, 2014

Kurung moden berben pinggang+butang bungkus.


Bismillah. Assalamualaikum n salam syng semua! Buat sementara waktu ni madam x sempat nk kongsi tutorial ya.....N3 kali ini madam nk kongsi gmbr kurung moden berben pinggang+butang bungkus. Maaf, kain baju ni cepat kedut walau madam dh gosok licin baju ni. Cam biasa la ya.....sesiapa yg berminat utk menempah @ belajar menjahit sendiri baju sebegini, boleh hubungi madam d no 0129757909. 









gown kanak2 beriben dan tanpa lengan.

Bismillah. Assalamualaikum n salam syng semua! Moga semua sihat dan ceria hendaknya! Aamiin! Kali ni madam nk kongsi gmbr gown kanak2. Ini sekadar gown simple saja. Hanya madam tambah riben dan butang bunga d bahu sebagai aksesori. Jika berminat utk menempah @ belajar menjahit sendiri baju sebegini, boleh hubungi madam d no 0129757909.