October 05, 2012

Antara tempahan baju melayu di AZRA FESYEN 2012.

Assalamualaikum.Apa khabar semua pembaca blog madam?Moga semuanya sihat ceria hendaknya.Amin!...Ok,mana yg kurang sihat,gi ushakan ubat yang sesuai utk masaalah kesihatan kalian ya.N3 kali ni madam sekadar nak berkongsi gambar baju-baju melayu yang telah madam siapkan utk tempahan raya thn 2012.Ok,jom la kita cuci mata....jom jom jommmmm.....







Pada tahun ni,madam banyak menerima tempahan baju melayu fesyen ni...
Ini,madam belum jahit butang pd baju melayu ni.










Begini lah rupanya baju melayu fesyen ni yang telah madam siapkan.


















Ini baju melayu johor or teluk belangga.






















Lehernya madam guna paiping yg madam buat sendiri dari kain yang sama.







Walau buju ni untuk budak,madam tetap buat stail org dewasa,potong bahu.







Ini pulak seluarnya.Madam potong n jahit seperti seluar org dewasa juga.







Seluar kanak2 ini madam tetap letak zip.Pinggangnya depan guna balkram dan belakangnya madam tambah getah.









Walau seluar budak tetap madam tambag dart spt seluar org dewasa.
















Baju melayu ini pulak,seperti kemeja.Berbutang n guna tali(dari kain perca).Juga bersulam di sepanjang belahan depan baju.Desing sulam tu madam ikut contoh yg di beri oleh pelanggan ni.




























Baju melayu ni sama patern dgn yg mula madam tunjukkan di atas.Hanya istimewanya ialah kolar n poket guna kain yg kontras!
















Baju melayu ni terhasil fesyen begini atas kreatifnya tuan punya baju...









 


















Baju melayu ni tempahan dari orang yg sama dgn baju di atas.






















Ini pulak baju ayah pada baju2 di atas.


Untuk baju si ayah ni agak berlainan kerana menggunakan 3 kombinasi kain.Jika di perhatikan,poket baju melayu ni warnanya sama dengan badan tapi ia agak berkilat kerana untuk poket dan pesak tuan baju ni menggunakan kain satin yg sama warna.Manakala untuk kolar baju melayu menggunakan warna kontras.Sama dengan ank2nya.
 


Untuk 3 gambar di bawah,madam nk cerita sikit.Masa tuan baju ni dtg tempah baju madam agak keberatan untuk menerimanya.Sebab tuan baju ni nak buat lain dari yg lain.Dia minta madam buatkan baju melayu dia berkolar seperti kemeja dan tangannya pulak buat caff seperti tangan baju kemeja.Pada awalnya madam termenung memikir dan membayangkan hasil baju melayunya nanti bila siap.Setelah berfikir seketika,madam pun setuju menerima tempahannya.Maka ini lah hasilnya....madam buat dalam keadaan bimbang...ialah tak pernah buat !






















Gambar di bawah ni,fesyennya masih sama seperti yang beberapa baju di atas.Tapi tak ada penggunaan kain kontras di kolar dan poket.Biasa-biasa jer...




















Mmmm...untuk baju yang seterusnya ini ada cerita lain.Memang lain dari yang lain.Kalau tengok pada fesyen memang biasa-biasa saja tapi bila di teliti ianya memang ada kelainan tersendiri.Isteri pada tuan baju memang suka fesyen,kalau menempah pakaian di kedai madam selalu ingin kelainan.Begitu juga pada suaminya.Baju di bawah ni ialah suaminya punya.Tuan baju ini minta madam buatkan baju melayu johor.Tapi minta madam jahitkan mata lalat bukan di sekeliling leher saja malah juga pada hujung tangan,setiap atas poket dan bawah (hujung) bajunya.Fuhhh!jenuh U!Sebagai tukang jahit yang baik madam layannnnnn....Jom tengok....













Untuk gambar yang di bawah ni,ialah baju melayu budak umur setahun lebih....madam memang tak nak ambil tempahan baju budak, lagi2 budak yang bawah 3 tahun.Tapi apakan daya kerana terpaksa madam ambil juga tempahan ini...soooo inilah hasilnya.





Ok,untuk gambar yang di bawah ni pulak ialah sebahagaian lagi tempahan baju-baju melayu untuk tahun ini,2012.Madam tak sangkut baju2 tenpahan ni sebab tempat yang madam khaskan untuk sangkut baju melayu telah patah kerana terlalu berat menaggung baju-baju tempahan.






 Nampaknya setakat inilah perkongsian madam untuk kali ini.Jika ada kelapangan,insyaallah,madam akan buat lagi perkongsian yang lain.Seperti biasa,madam akhiri N3 kali ini dengan salam sayang,salam satu M'sia dan senyum selalu!daaaaaaaaaaa
 

13 comments:

  1. cantik sgt baju melayu yg lain2 kaler tu..hehe..madam , bole x saya nk request madam buat n3 tips2 menjahit baju lelaki n pompuan .. nk bg kemas n cantik ..hehe..

    ReplyDelete
  2. Salam sayang Ros Pink....terima kasih menjenguk blog madam.Rahsia untuk menghasilkan kerja yg berkualiti,kemas n cantik....rajin melakukan pakara yg kita lemah berulang kali....in sha allah akan dapat hasil kerja yg memuaskan.Usha lebih ya!

    ReplyDelete
  3. Salam Madam,

    Cantik betul hasil tangan Madam...saya suka²..

    ReplyDelete
  4. Wksalam Ratna Kartini.....terima kasih.

    ReplyDelete
  5. lepas nie madam ingat nak buat baju melayu plak...mintak2 la menjadi....amin....

    ReplyDelete
  6. Salam Madam....

    Kalau baju melayu tanpa pesak. n sedikit fit kt dada..
    Madam terima tak... sellau 1 baju melayu ambil berapa Madam?
    n berapa lama siap?.. :)

    ReplyDelete
  7. ade tak buat hantaran ke Singapore?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum En.Abdul Syakur. Terima kasih berkunjung ke blog sy. Jika En.Abdul nk tempah baju dgn sy boleh kita berurusan dgn pos . Tp maklum kn pd sy dulu ya.

    ReplyDelete
  9. Suka2... sy tak pandai jahit bju mlyu.. tp kwan2 ckp sy ni rugi ketna belajar tinggi tp x pandai.. tp yg sebenarnya sy x da pn ambik kursus mana2 cuma ambik pengalaman kerja menjahit ngan org..tp alhamdulillah skrg sy dah boleh jahit bju mlayu dah. Kerna sy belajar dr kesilapan setiap kali jahit bju mlyu..dan yg sy bangga sy dpt kongsi ilmu sy dgn kawan2..

    Madam ada x buat bju mlayu poket ala2 levis cm tu..?

    ReplyDelete
  10. Baju melayu spt dlm gambar no 4,5,dan 6 ade stok lagi x?

    ReplyDelete
  11. salam madam,boleh x ajar sya melukis pola baju melayu potong bahu mcm kt atas tu....

    ReplyDelete
  12. salam madam,boleh x ajar sya melukis pola baju melayu potong bahu mcm kt atas tu....

    ReplyDelete
  13. Salam syng ida. Jika berminat boleh sertai kelas jahitan sy. Hubungi sy jika benar2 berminat utk keterangan lanjut . Terima kasih .

    ReplyDelete