January 30, 2020

SULAMAN ATAS TOWEL UTK HADIAH BIRTHDAY.







Assalamualaikum dan salam sayang dari Madam yang lama menyepikan diri,atas sebab masa yang terbatas. Setelah lama menyepi, N3 kali ni Madam nak share hasil sulaman atas towel untuk hadiah besday girl. Kalau besday boy kita pilih gambar yang bersesuaian ya.

Tidak selalu orang beri hadiah towel kepada orang lain atas sbb ianya seperti tak "Class". Tetapi bila kita sulam gambar kartun/potret wajah,perkataan ucapan atau apap2 yang bersesuaian di atas towel,towel itu menjadi sesuatu yang indah dan manis. 

Seperti towel yang telah madam sulam ni, ianya menjadi exclusive sebab TIADA JUAL di mana2 kedai atau gedung. Jadi penerima akan merasa pemberi hadiah towel ini sangat mengingati dirinya.

Sesiapa yang berminat untuk menempah sulaman seperti ini ,boleh hubungi madam ya.

No untuk di hubungi ialah: 012-9757909-Madam Azra.














In shaa Allah,di lain masa Madam kongsi yang lain2 lagi ya. ok,Daaaaaaaaaa....senyum selalu ya!

TEMPAHAN RAYA 2020

                            

                           TEMPAHAN RAYA 2020

         TEMPAHAN RAYA DI BUKA KPD PAKAIAN SPT:

#BAJU KURUNG PESAK/BIASA.
#BAJU KURUNG MODEN YANG BIASA.
#JUBAH A LINE.
#BAJU KURUNG KEDAH.
#BAJU KURUNG PESAK GANTUNG.
#BAJU MELAYU MODEN .


PAKAIAN YANG BERLAINING,BERBATU/SEQUIN,FASHION YG BEROPOL,BEROMBAK,BERLAPIS TIDAK DI TERIMA ATAS FAKTOR MASA DAN KAKITANGAN YG TERHAD.

TEMPAHAN DI BUKA SEKARANG DAN DI TUTUP TERIMA TEMPAHAN APA BILA QUOTA TELAH PENUH. SOOOOOO SIAPA CEPAT SAJA YANG MADAM TERIMA. 

SEKIAN TERIMA KASIH.

***BOOKING TAK DI TERIMA YA.***


PELANGGAN DAN TAILOR -SERASI ITU ADALAH JODOH

Perumpamaan jahitan tailor dengan pelanggan ni macam jodoh.
Kalau sedap serasi pakai, maka makin selalulah pelanggan menghantar kain.
Berjodoh jahit orang kata.
Biarpun jauh.
Biarpun berapa kadar upahnya.


Tapi, kalau dah tak jodoh sekali aja lah berurusan.
Biar pun jahitan lawa.
Biar pun servisnya bagus.

Serasi ni subjektif.
Kak Milah jahit serasi dengan Jemah.
Cantik, kemas jahitannya.
Tapi bila Gayah tempah dengan Kak Milah tak serasi pula, sebab selera berpakaian tak sama macam Jemah.
Subjektif - tak boleh diukur tapi hanya boleh dirasai melalui pengalaman sendiri.

Jadi, jika jumpa satu tailor baru, hantar 1 pasang dulu kain yang biasa-biasa.
Cuba jahitannya, lalui pengalaman berurusan dengannya.
Kalau baju pertama cemerlang.
InsyaAllah yang lain okey.

Tailor pun manusia.
Pelanggan pun manusia.
Manusia mana ada yang sempurna.
Yang penting, komunikasi dan saling memahami.
Itu lah JODOH MENJAHIT.

August 23, 2019

Lace dr @madam azra-cd fashion



Mulai bulan Ogos 2019. Madam ada menjual pelbagai jenis lace. Lace 3D, lace biasa, boder lace, patch lace dan pelbagai corak n warna. Utk pengetahuan pengunjung blog madam, ada jualan murah! Harga runtuh dan tersungkoq!😁 Jd, Madam dgn berbesar hati menjemput kalian ke page @Madam Azra-cd Fashion. Jgn lupa berkunjung ke page Madam pd 31/8/19 ya!😍🌹

August 06, 2017

CARA MENCANTUM LAPIK LEHER

Bismillah.Assalamualaikum dan salam sayang buat semua        pengunjung blog madam.Apa khabar? Moga semua sihat,ceria dan  bahagia dengan perjalanan kehidupan kalian. Madam munculdengan satu lagi N3. Kali ini madam akan bincangkan cara mencatum lapik leher baju kurung ke badan baju kurung ya. Ok,jomlah ya kita mulakan perkongsian ilmu ya.

1-Mula-mula kita cantum bahu baju kurung .Kemudian gosok biar terbuka basi sambungannya.

2-Setelah di gosok,lipat memanjang.Pastikan garisan bahu sama.(maksud madam,garisan jahitan bahu tu bagi bertemu.Pinkan supaya tak bergerak)

 Nampak tak madam pin yg melintang, tu ialah cantuman bahu depan dan belakang yg di lipat dua memanjang.

Dan madam juga pin bahagian tepi badan yg lurus tu.Madam harap kalian faham ya.

3-Ambil acuan leher/bulan leher,letakkan di tepi badan baju yang belipat. Pastikan bahagian belakang tengkuk tu 1/2" ya(bila jahit akan jadi 3/4") Jika perasan nampak tak ada dot tu?


Setelah selesai pinkan acuan leher,terus tanda 3setengah inci kebawah dari acuan leher utk belahan depan baju.Nanti bila dh siap jahit belahan tu akan jd 4".




4-Setelah siap di potong acuan leher dan belahan depan baju kurung ini. Ianya akan kelihatan seperti gambar di bawah.


Setelah potong bentuk lubang leher,matikan jahitandi tempat yang di potong tadi.Tujuannya supaya jahitan tak terbuka .




5-Setelah itu,potong pelapik leher.Guna acuan/bulan yang sama kita potong bentuk leher di badan tadi.Gosok kain gam di bahagian dalam kain yg di potong untuk buat pelapik leher.Kemudian gosok kain gam bagi melekat pada acuan lapik leher ya.Yang kelihatan dalam gambar di atas ni ialah lapik leher yang telah sempurna di potong dan di gosok dengan kain gam.Yang kelihatan dalam gambar di atas ni ialah lapik leher yang telah sempurna di potong dan di gosok dengan kain gam.



6-Sekarang step mencantum lapik leher ke leher baju kurung ya.



Sekarang kita akan mula cantum lapik leher dengan badan baju kurung tadi.Madam suka nasihatkn mula dari belahan depan baju. Dan pastikan pelapik yg bahagian luar jumpa badan baju di luar ya ketika mencantum lapik leher.Maksud madam biar lapik leher di bawah dan kita jahit pandang leher yg di badan baju sebelah dalam .Faham ke idok?Sbb apa? Sbb lapik leher ialah yg mendatang dan lubang leher di badan adalah yg asal.



Seperti dalam gambar,mula bahagian yang lurus dulu ya.Dan dalam kedudukan pelapik yang bahagian luar(kain yg bahagian dalam ada kain gam)Agaknya faham tak?



7-Jika nak guna getah halus(seperti dlm gambar madam guna tali getah yang khas utk di jadikan pencangkuk butang baju) Jika rajin boleh jahit tangan buat lubang butang.Boleh juga jahitkn siap2 tali getah tu di lapik leher.



Bila sampai di hujung belahan leher tu ,pastikan berhenti betul di hujung belahan tu dan pastikan jahit jd 'V".Kemudian angkat tapak mesin dan pusingkn kain utk teruskan jahitan di belahan yg sebelah lagi.Jaga ya jarak jahitan (pastikan basi sekeliling sama besar ya ,jika jahit tepi sangat nanti mudah pecah.)



Bila dh siap jahit,begini kejadiannya.Madam jahit guna jarak tapak mesin saja.


Nampak tu?


8-Dah siap cantum keliling lubang leher dgn lapik leher.Snap/kacip di basi keliling lapik leher.Pastikan tak terpotong benang jahitan tu ya.Jika terpotong tolong jahit balik.Kenapa kita snap/kacip basi leher tu?Sbb leher baju kurung tu melengkong dan urat kain bila melengkong agak mengeliat ya,jd bila kita dh kacip dan di terbalikkan nnti hasilnya cantik.


Nampak tu,madam snap/kacip camtu.



Snap/kacip keliling leher ya.Lupa pulak madam nk pesan. Yang part hujung belahan spt "V" tu pun kena snap bg sampai hampir ke hujung.Jika tak nanti bila di terbalikkan jadi berkedut dan tak kemas.




Setelah selesai snap keliling basi leher baju tu,mula jahit tindih.Madam nak pesan,jahit tindih tu mesti di jahit atas lapik leher dan bukan bahagian luar leher ya.Jahitan tindih ni hanya kelihatan hanya di lapik leher saja ya!



Ini bahagian hujung belahan.Masa jahit tindih buka dan boleh jahit terus.Yg penting mesti snap hingga hujung tp tak terpotong benang jahitan ya.


Begini lah rupanya bila telah di jahit tindih.Basi di keliling leher akan terjahit sekali dengan lapik leher.Jika basi keliling leher tu tak terjahit sama,mmmm keja sia sia saja tau!Ianya tak memberi kesan kemasan yg di kehendaki.

Ini pula bahagian belahan yg telah di jahit tindih.Tetap basi belahan dan lapik terjahit sama ya!



Bila dah siap di jahit tindih,ini lah rupanya bahagian lapik leher tu.












Cuba perhatikan,bahagian luar keliling leher baju tak kelihatan jahit tindih tadi.Sbb jahit tindih tu hanya di lapik leher saja ya.Ok,madam nak tegur sikit.Kebanyakkn tailor sekarang suka jahit tindih dr luar,maksud madam jahit sekali luar dan lapik leher dlm.Tak salah.Tetapi bukan itu seni jahitan dari nenek moyang kita.Tak berseni langsung!!!Siapa yang ajar tailor Malaysia buat jahit tindih luar dan dalam ? Penjahit2 luar yang masuk Malaysia cari makan dengan menjahit. Mereka berpegang pada motto "janji siap!" dan org Malaysia pulak tak ambil kisah dengan kualiti.Nampak cantik terus sambar.Yang belajar dengan madam,madam tak izinkan buat jahit tindih di luar dan dlm sekali!
Bila dah siap,boleh la gosok bg lg kemas dan jahit silang pangkah.Butang jangan lupa ya!Di bawah ni madam nk tunjuk cara buat tali butang manual.



CARA MEMBUAT TALI BUTANG DARI KAIN


Potong kain perca dari baju yang kita jahit tu,saiz 3"X3" Seperti dalam gambar.


Kemeudian,lipat jadikan 3segi dan jahit seperti dalam gambar.Boleh kan?


Opppssss....lupa nak pesan,masa nk mula jahit tu,tarik benang bg panjang sikit sbb kita nk guna benang tu utk terbalikkan tali butang tu.Dah jahit potong lebihan kain.Basi anggaran suku inci saja.



Camni la rupanya ya setelah di buang kain lebihan.



Benang yang panjang tadi tu,cucuk ke jarum tangan.Cari jarum yg gemuk sikit,senang buat keja.Setelah tu susup masuk jarum tadi dgn benang panjang tu ke dalam lubang tali butang tu.Cara senang nak masukkan jarum dalam lubang tali tu,masukkan buntut jarum dulu dan perlahan lahan susup terus buntut jarum hingga keluar di lubang tali sebelah lagi.



Bila buntut jarum tu dah keluar di lubang tali yg sebelah lagi tu,tarik perlahan2 hingga tali butang di terbalikkan sepenuhnya.Rupanya seperti gambar di atas bila selesai terbalikkan tali butang tu.


Kemudian potong panjang yang kalian kehendaki.Anggaran 1' @ 11/4" pun ok.Ikut kesesuaian saiz butang yang nk di gunakan.Jika masih baru belajar,setelah di potong tali butang ikut suka,lipat dua dan jahit seperti dlm gambar supaya senang nk jahit di leher baju nanti.





Jahit tali butang di lapik leher lagi mudah bagi yang baru belajar sbb lapik leher lebih tegap kerana telah di gosok dengan kain gam.Psssttttt.... jagan lupa jarakkan kebawah sikit utk ruang jahit lapik leher ke leher baju.Faham tak?





Ok la,hingga di sini perkongsian madam untuk kali ini.In sha Allah,ada rezeki dan jodoh,kita bertemu lagi.Akhir kata dari madam,salam sayang 1 Malaysia dan senyum selalu ya!Daaaaaaaaa


March 21, 2017

HASIL SULAMAN DI AZRA FESYEN

Bismillah.Assalamualaikum dan salam sayang semua.Kali ni madam hanya nak kongsi gamabar2 sulaman hasil dari madam di AZRA FESYEN.So untuk N3 kali ini tiada cerita apa-apa ya. Hanya gambar2 untuk tatapan semua.




Ini hasil sulaman Khufi dari madam.Kalimah Allah dan Muhammad.Sulaman bersaiz A4.



Sulaman ini madam gantung di pintu kelas jahitan madam.Jika anda ingin kelainan utk apa2 saja yg ingin ada cuba dlm bentuk sulaman ,boleh hubungi madam dan bincangkan.






Jika ingin menghadiahkan kpd kwn yg baru berpindah rumah atau utk kegunaan sendiri ,contoh gantung dlm bilik solat atau ruang tamu boleh saja.


                            Sulaman utk shawl,Mengunakan kain chiffon.Kena betul2 tegang kain bila di pasang ke hoop/ram.



Ini juga sulaman utk shawl.Desing yg berlainan.













                       Lagi sulaman atas kain chiffon utk shawl.



Ini pula sulaman atas kain felt.
       Sulaman ini di gantung pada pintu. Utk kelihatan kelainan dan ianya tiada jual di kedai kerana untuk miliki sesuatu yang berlainan seperti ini anda perlu menempah!Jom tempah di AZRA FESYEN!


Dah ada TARIK tentu ada TOLAK pulak kan!




Yang ini pulak ialah Sulaman name tag.Mungkin sekolah ank anda lambat menyiapkan tempahan name tag yg anda tempah pd awal tahun.Jd tempah lah dgn AZRA FESYEN,in sha Allah siap dlm 2-3 hari saja.Tempahan urgent juga madam terima.




Name tag bukan saja boleh di letak/jahit pada baju saja.Boleh juga di letak/jahit pada bag sekolah @ apa saja bag.Pd yg hantar ank ke rumah pengasuh elok juga jahit nama pd towel,pakaian dan lain2 lagi.




Ini pula sulaman pd bag jeans. Kebetulan ank perempuan madam memang pembuat bag2 dari jeans. customers minta sulam pelbagai desing di atas bag yang mereka tempah.




Yang ini pulak sulaman yang madam buat atas kain dan tampal/patch.Gambar Elsa tu madam sulam dulu atas kain dan kemudian tampal pada gaun kanak2.






Yang ini pulak sulaman biku dengan bunga mewah!Madam buat sulaman ini atas skirt kanak2. Cun kan!



Ini.....sulaman biku juga . madam buat di hujung tangan dan bawah baju kurung.



Ini sulaman juga pada hujung tangan dan bawah baju.Nama desing sulaman ini ialah jejari hantu! bukan ini saja desingnya. Ada pelbagai lg!


Mmmmm dah sampai ke penghujung. Pada yang berminat untuk menempah boleh hubungi madam di 012-9757909.

Hingga jumpa lagi,salam 1 Malaysia dan senyum selaluuuu!Daaaaaaaaaaaaaaa!