May 31, 2011

Assalamualaikum buat pembaca blog madam.Telah lama madam
tidak membuat entri terkini dlm blog madam ni.Bukan tak
mempunyai bahan,bahan banyak tp madam terlalu sibuk dgn
tempahan dan mengajar.Sekarang madam mengajar dr pg sampai
ptg berterusan....agak memenatkn tp madam gembira kerana
mengajar madam dapat kepuasan yg sukar di gambarkn.Lebih
lagi bila student madam menunjukkn minat n mendengar tunjuk
ajar dari madam.Mmmmmm...utk n3 kali ni bukan madam nak
bercerita pasal kelas jahitan madam,tp nak masukkan sebahagian
hasil kerja dari butik madam ni.

Di bawah ini,madam ada paparkan gambar2 baju yg terhasil dari
butik madam.Baju ini di tempah oleh pelangan tetap madam.
Kain ini pelangan madam beli di Indonesia.Kain ini telah siap
di jahit manik pada bunga yang ada.Jadi madam kena berhati2
ketika membuat dasar agar baju ini nanti bila terhasil semuanya
berada dlm keadaan terletak dan betul kedudukkan bunganya.
Begitu juga dgn kedudukkan lehernya,biar betul2 seimbang di
tengah dengan bunga yg tersedia ada.Bila kita membuat pola baju
dan nak mengunting kain yang telah siap di reka corak,berhati2
sangat penting supaya hasil kerja kita terhasil yg terbaik!
Kekadang kita akan mengunting atau menjahit di kawasan yg
bermanik ini,jika tidak berhati2 gunting kita akan tergunting
manik/batu yg ada dan boleh menyebabkan gunting kita tumpul!
Dan jika ketika menjahit,kita terjahit manik/batu pasti jarum
mesin kita akan patah!Jadi madam akan bersihkan kawasan yang
bermanik atau berbatu dulu....tentu ada yg tertanya2,bagaimana
manik2 tu,tak berterabur ke?Selalunya madam akan pastikn
keselamatan manik2 tu dulu.Bila selepas menjahit kawasan yang
bermanik tu,contohnya bahagian dart/lisu di baju.Madam akan
jahit semula manik2 yg dah di buka tadi.Jadi bila baju siap,baju
itu akan kelihatan sempurna jahitan maniknya spt tak berusik.
Pelangan madam selalunya bertanya,bagaimana madam jahit
sedangkan ada manik?Madam kata pelangan jagan risau yang
penting mereka mendapat hasil yg terbaik dari butik madam.

Jadi,dengan ini madam jemput pembaca blog madam utk
melihat hasil kerja dari butik madam....silakan.