March 17, 2010

Kelas jahitan manik crumble.

Assalamualaikum,
Memandangkan madam mendapat banyak permintaan utk bengkel jahit manik.Jadi madam akan mengadakan bengkel manik sekali lagi pd 25hb Disember 2011 (Krismas,hari Ahad).Bengkel kali ini jahitan manik crumble.Yg berminat boleh lah hadir ya.Di bawah ni madam senaraikan detail tentang kelas jahitan manik tersebut.



TARIKH: 25HB Disember 2011/HARI AHAD(KRISMAS)
MASA : 09.00PG-06.00PTG
*KALAU HABIS CEPAT,CEPAT LA SELESAI.

LOKASI: BLOK 205-00-06,FLAT SENTUL UTAMA,
JLN DATO SENU 26, TMN DATO SENU, 51000 SENTUL,K.L
(AZRA FASHION AND SERVICES)

PESERTA 10 ORANG SAHAJA.

MODUL : JAHITAN MANIK CRUMBLE.

YURAN : RM225.00 SAHAJA (JAMUAN RINGAN PTG DAN PERALATAN
JAHITAN DI SEDIAKAN DAN MENJADI MILIK SENDIRI.


Jika berminat menyertai kelas ini,ikuti cara mendaftar di bawah.

1- Emailkan butiran diri anda spt:nama,no mykad,alamat dan no telefon ke email madam:azracd@yahoo.com

2- Bayaran deposit pendaftaran adalah RM100.00.Di bayar ke akaun
Maybank 164221419560-AZRA SIDI.Setelah pembayaran di buat sila
email azracd@yahoo.com/sms 0129757909.

3- Sila buat bayaran yuran pendaftaran awal.Deposit yuran pendaftaran
tidak di kembalikan jika penarikan diri berlaku 7hr sebelum
tarikh kelas bermula.

4- Baki yuran Rm125.00 hendaklah di lunaskan pd pg hr anda
menghadiri kelas jahitan manik 25hb Disember 2011.

5- Jika anda ada sebarang pertanyaan,hubungi madam melalui
email-azracd@yahoo.com atau call/sms di 0129757909.Boleh
juga add madam di facebook(search azra sidi atau azra fesyen)


Tempat terhad jadi daftar lah segera ya!

March 08, 2010

Kelas jahitan manik

Assalamualaikum.Madam sedang merancang utk mengadakan kelas jahitan manik di tempat madam.Perancangan mungkin dlm bln April ni(bln depan).Info selanjutnya akan susul kemudian.Sekarang sedang pilih tarikh yg sesuai.Kelas jahit manik bukan selalu madam buka.Jd yg berminat boleh call,sms or email madam.Ikut perancangan 22 paten/teknik akan di ajar termasuk shimmering floral.So tunggu info seterusnya k.

March 05, 2010

Assalamualaikum,
Hari ni madam ingin menerangkan tentang kelas jahitan madam.Purata pelajar madam mengambil kursus yang 16 jam sebln.Yurannya rm150.00 je.Madam mengajar menggunakan sukatan pelajaran yg telah madam sediakan.Hari pertama,madam akan mengajar:

1-membaca/mengenal pembaris(sangat penting ya)

2-menerangkan cara2 membuat dasar/pola.melukis pola mengunakan drafting ruler di dlm buku skecht book.Boleh di gunakan sebagai bahan rujukkan.Semasa dlm proses ini madam akan memberi tips bagaimana penambahan or pengurangan yg perlu di lakukan ketika membuat pola utk org gemuk or kurus.Tips dan skil sangat penting utk menghasilkn kerja yg memuaskn.

3-Pelajar akan diajar cara2 mengambil ukuran badan.

4-Madam akan menunjukkan contoh melukis pola yg sebenar berpandukan ukuran badan pelajar diatas brown paper/kertas minyak.Selepas iu pelajar akan melakukan sendiri dasar baju mereka,bila siap madam akan buat pemeriksaan dan menegur/menasihat mana2 yg tak betul.

5-Tiba masa mengunting kain.

*-Pastikan urat kain lurus dulu.Madam akan tunjukkan cara meluruskan ira kain.

*-Setelah ira kain lurus,bentang kain biar rata sebelum meletak pola.Madam akan terangkan cara2 meletak pola n cara2 menjimatkan kain.

*-Madam suka menasihatkan para pelajar,jgn malas nak pin pola pd kain kerana ia akan menyusahkan utk proses seterusnya.

6-Proses seterusnya ialah melakukan "tracing" mengunakan roda surih n tracing paper.Semasa proses ini pelajar di nasihatkan melakukan dgn berhati2 kerana jika silap akan mendatangkn susah sendiri.

7-Setelah kerja2 "tracing" selesai,semua pin di buka n baju yg siap di gunting perlu di jahit tepi/overlock dulu sebelum proses menjahit.

***Pelajar adalah di nasihatkan lakukan semua langkah2 di atas dgn cermat dan penuh tanggungjwb.Supaya boleh memperolehi hasil kerja yg bagus dan memuaskan hati.***


****MADAM AKAN MERANGKAN PROSES MENJAHIT DI LAIN MASA YA.TUNGGGGUUUU!****

March 04, 2010

menjemput cerita pengalaman belajar dgn madam azra


Assalamualaikum,
Madam Azra,dgn besar hati menjemput semua pelajar2/ex-pelajar,memberi komen tentang cara Madam mengajar atau apa saja yang berkenaan dgn kelas jahitan Madam Azra.Atau jika anda ingin memberi pendapat,Madam bebesar hati menerima.Terima Kasih.