June 22, 2011

Jahitan manik student madam(oku).

Assalamualaikum dan salam kasih sayang
kepada semua pembaca blog madam.Moga
semua berada dlm keadaan sihat sejahtera
dan berbahagia hendaknya.AMIN!

Terima kasih atas kesudian terus membaca di blog
madam ini.Untuk N3 kali ini madam ingin menonjolkan
hasil kerja student madam yg istimewa.Student madam
ini adalah kategori orang kurang upaya(oku).Walau oku,
tp madam sangat kagum dengan kegigihannya.Namanya
Asmah.Asmah seorang yang sangat tekun n rajin.
Kelemahan dirinya tak jadi penghalang untuknya.
Madam senang mengajarnya.
Walau punya kekurangan diri tp dirinya punya cita2 n
kesungguhan untuk memperbaiki kelemahan diri.Asmah
seorang yang menghormati org lain.Asmah sentiasa ingat
pd madam.Mana dia pergi pasti ada buah tangan utk madam,
walau tak seberapa tp keikhlasannya sangat terserlah!
Yang madam tak senang hati bila ada orang yg cuba
mengambil kesempatan atas kekurangannya,maksdunya
ada orang minta dia jahit pakaian tp bayar padanya tak setimpal
dgn kerjanya.Bayar upah ikut suka hati,ada yg bayar rm10.00 je
pd dia untuk jahit sepasang baju!MELAMPAU SUNGGUH!....
madam selalu menasihatkan dia untuk mempertahankan hak
dia dan jagan layan lagi orang2 yang sebegini lagi.Mmmmm.....
panjang lak cerita madam ya!...k,la jom tengok
hasil kerja Asmah ni.



Pakaian ini di gunting dan di jahit oleh Asmah
sendiri.Sepenuhnya hasil kerjanya.

Bahagian hujung tangan dan depan baju.Ini
adalah baju ibunya.Di jahit untuk pakai di
majlis kenduri kawin saudaranya.


Ini pula baju Asmah sendiri,juga untuk di pakai
di majlis kenduri kawin.

Sekali imbas,mungkin kelihatan sama
dengan baju ibunya.Tapi cuba lihat
bahagian hujung tangannya.Asmah buat
corak yang berlainan.

Hebatkan,orang yg berupaya pun
tak mampu menghasilkan hasil
kerja yg sebaik dia.

Bahagian leher.Asmah jahit memanjang
kebawah belahan leher baju.

Asmah bukan saje boleh jahit baju
kurung,dia juga boleh jahit lain2 baju.


Sebenarnya madam ada mengajar 2 orang oku,
tapi yang seorang lagi madam mengajar sebulan saje
sbb madam terpaksa memberhentikannya kerana
telah membuat onar di tempat madam.Biar la madam
rahsiakan apa onar yg telah di lakukan.....tp madam
doakan moga dia agar berubah dan buang sikap negetifnya
itu.Moga dia sedar diri dan lihat dirinya depan cermin,cermin
diri tu.Untuk Asmah,sebagai guru,madam panjatkan doa moga
dia berjaya dan somoga ALLAH permudahkan semua ushanya.
Juga kepada semua student madam.Amin!

Sekian saje untuk N3 kali ini.Hingga jumpa lagi.
Madam akhiri dengan salam satu M'sia n senyum selalu ok!

No comments:

Post a Comment