June 20, 2011

Hasil kerja student madam lagi.....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kpd pembaca
blog madam ni.Moga semua sihat n di murahkan rezeki....
Amin!Sekali lg N3 kali ini madam pamerkan projek yang
telah di siapkan oleh student madam!....mmmm
memandangkan kali ini student madam sendiri yang
mengayakan pakaian yg di jahit,jadi madam perkenalkan
student madam ni.Namanya Nur Diyana,org Sabah.
Nur Diyana telah memilih pakej 5 pasang baju.Antara baju
yang terdapat dlm pakej tu ialah...1)Kurung pesak mata
lalat sepasang,2)Kurung pesak paiping sepasang,
3)Kurung moden sepasang,4)Kebaya moden sepasang
dan yang ke 5) Kurung kedah sepasang.Madam dengan
senang hati telah memberi bonus satu pelajaran pada
student madam iaitu baju kurung pesak leher berlapik.
Alhamdulillah,dlm sebulan dia dah pun siapkan baju
kurung pasak paiping,mata lalat dan kurung pesak
leher berlapik.Sekarang dia dah pun siap memotong
sepasang kurung moden dan sekarang dalam proses
menjahit.Insyaallah,hujung bln ni siap.Ok lah!jom
kita lihat hasil kerja Nur Diyana.



Nur Diyana sedang mengayakan baju yang
telah di jahit sendiri.Dia menggayakan dengan
penuh rasa bangga....dia ni pandai bergaya
orgnya!Gambar yang di sebelah tu paiping
yang di jahit bahagian badan.

Gambar ini juga menunjukkan hasil jahitan
paiping di bahagian tepi badan.Jahit paiping
mesti lah sama besar,jagan kecik besar....
tak cantik jadinya.

gambar bahagian susun kain.Kemas.mmmm
madam lupa nak ambil gambar bahagian
pinggang kain ni.Lihat wajah bangga org yang
berjaya menghasilkan sepasang baju dari
kerja tangan sendiri!Tahniah dari madam!


Mmmm...nampaknya setakat ini saje untuk
N3 kali ini.Kita akan jumpa untuk N3 seterusnya,
Insyaallah!Madam akan masukkan lagi hasil kerja
student madam ya.Madam akhiri dengan salam
satu Malaysia n senyum selalu!daaaa.....

No comments:

Post a Comment