June 26, 2011

Mata lalat pertama hasil kerja arni

Assalamualaikum buat pembaca blog madam.Moga
sihat sejahtera buat semua pembaca blog madam.
Amin!....Untuk N3 kali ini,madam ingin menunjukkn
hasil kerja dari studen madam yg bernama Arni.Hasil
kerja ini adalah sample yg madam minta dia siapkan.
Madam berpuashati dengan hasil kerjanya ini.
Mata lalat yang di buat sangat kemas dan rapat.
Bagi madam hasil kerja memuaskan kerana ini
adalah percubaan yang pertama kali bagi dirinya.
ok lah,jom kita lihat hasil kerja mata lalat Arni.


Semua student madam akan di wajibkan
membuat sample mata lalat.Sample yang
telah siap mesti di letakkan dalam satu
fail bersama2 sample yang lain spt sample
menjahit zip,sample leher,sample pinggang
dan beberapa sample yang lain.

Lihat mata lalat yg di jahit oleh Arni.
sama saiz,sama jarak n tersusun rapi.
Harap semua student madam boleh
menghasilkan mata lalat yg sebegini,kalau
boleh buat lagi cantik dan kemas,lagi bagus!

Hujung belahan leher baju lebih nampak
cantik jika di buat tajam dan tak membulat.
Bukan susah nak dapatkan hasil tajam tu,
ada tekniknya.

Sebenarnya dalam bidang kemahiran tak kira
kemahiran apa yg kita pelajari yang penting kita
mesti faham apa yang kita buat,boleh menguasai
bidang itu dan tau teknik yang betul dan mesti
kreatif dengan apa yang kita lakukan.
Madam selalu nasihatkan student madam jangan
terlalu lurus mengikut saje apa yg madam ajar,
mereka mesti berfikir juga agar ilmu yang madam
perturunkan di fahami sepenuhnya.
Madam suka student yang rajin bertanya,kerana
bila mereka bertanya,bermakna mereka berfikir.
Untuk pengetahuan pembaca blog madam,
Arni adalah student madam yg SANGAT kuat
bertanya!Adakala madam kena peruntukkan masa
yang lebih untuk memeberi penerangan hingga
dia faham hingga jelas.Kawan2 yg sama2 belajar
yang lain pn sekurang2nya boleh la dapat ilmu
yang di tanya oleh Arni....terima kasih pada
student madam yang lain sebab sabar bila madam
sedang ngajar si Arni ni.Arni orang yang banyak
tanya sebab dia inginkan hasil kerja yg terbaik
begitu juga student yang lain.Ini lah yang madam
suka,semua student madam punya kemahuan yang
terbaik untuk menghasilkan kerja mereka.


Hmmmm....rasanya cukup la untuk N3 kali ni ya.
Kalau di biarkan banyak yang madam akan celotehkan.
Nanti bosan pulak pembaca tersayang blog madam.
Ok,madam akhiri dengan salam satu M'sia n senyum
selalu!daaaaaa....

No comments:

Post a Comment