October 06, 2012
Seorang yang gigih!
Assalamualaikum.Salam sejahtera dan salam sayang dari madam untuk semua pembaca.N3 kali madam sekadar nak bersembang je...Gambar di atas ialah madam bersama dgn seorg pelajar madam yg datang dari jauh selatan tanah air kita iaitu dari Johor Bharu.Sangat gigih ya,sanggup datang dari jauh semata mata untuk mencari ilmu bersama madam.Madam sangat menghargai.Walau beliau tiada cuti yang panjang tapi di sebabkan hatinya terlalu teringin belajar bersama madam dia sanggup memenatkan badan datang belajar bersama madam.Beliau berpeluang menghabiskan masa belajar dgn madam hanya sehari suntuk iaitu dari jam 8.30pg hingga 8.30 mlm.Walau hanya dlm tempoh 12jam,banyak ilmu dan tips telah madam kongsikan bersamanya.Syukur,beliau boleh memahami apa yg telah madam sampaikan.Sebelum ni madam ada juga terima student dari Perak,beliau juga gigih datang ke KL semata mata untuk belajar bersama madam.Insyaallah,madam takkan lokek untuk berkongsi ilmu dan tips dengan semua pelajar madam.
Dalam proses mengajar,madam sentiasa akan mencari cara pendekatan yg simple dan mudah di fahami.Madam jenis guru yang suka murid bertanya,so madam tahu setakat mana student madam faham apa yang telah madam sampaikan.Semasa mengajar madam tak tumpu pd satu saiz saja ,selalunya madam akan buat uraian dan penerangan bagaimana mereka nak buat pakaian/pola jika mereka mendapat pelanggan yg tak sama saiz dgn mereka.So mereka dh tau apa yg patut di tambah or di kurangkan jika mereka mendapat pelanggan yg pelbagai saiz.Sepanjang proses belajar dengan madam,madam suka memberi tips dan info.Madam ingin bila student madam habis belajar dgn madam mereka telah mahir dan boleh menguasai bidang ini.Apa yang ingin madam tekan kan mereka mesti rajin mencuba,rajin berfikir dan membuat latih tubi supaya boleh menghasilkan kerja yang bermutu.Belajar kemahiran tak boleh pandai jika hanya buat sekali saja.
Insyaallah,selagi madam di kurniakan kesihatan yang baik dan fikiran yang waras,madam akan terus berkongsi ilmu dengan semua orang yang sudi belajar dengan madam.Bila ada kelapangan madam akan terus mencurahkan ilmu di blog kesayangan madam ni.Sesiapa yang telah mendapat ilmu hasil perkongsian madam,sudi lah kiranya sedekahkan Al-Fatihah untuk diri madam sebagai tanda terima kasih kalian pada madam.Itu saja yang madam pinta jika ianya tak keberatan buat kalian....madam dahulukan terima kasih pada yg sudi sedekah Al-Fatihah buat madam.Moga madam boleh terus berkongsi ilmu selagi hayat di kandung badan.
N3 kali ini hanya hingga di sini saja.Jika sesiapa yang ingin belajar dengan madam,silakan.Madam dengan rasa lapang dada dan senang hati suka berkongsi dan mencurah ilmu madam bersama mereka yang sudi.Akhir kata,salam sayang dan salam satu M'sia.Daaaaaaa...jumpa lagi!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Alhamdulillah! Tahap keyakinan membuat baju dah jadi 200%.dulu rate antara 1-10%,tkt silap nnti org marah:).InsyaAllah saya nak belajar jahit yg lain2 pula,ada rezeki bertemu jua.Mudah2han Allah mudahkan hari tersebut lama sedikit.terima kasih tak terhingga madam azra.Terkilan juga dihati tak dapat belajar lama2 tetapi alhamdulillah.alhamdulillah
ReplyDeleteSyukur Alhamdulillah.Madam sangat berbesar hati n bahagia bila boleh membantu org lain terutama pelajar madam.Moga ilmu yang telah madam curahkan memberi manfaat pada Siti dan pelajar2 madam yang lain dan pengunjung blog madam.Jika tak keberatan...sudi la sedekahkan Al-Fatihah utk madam.Terima kasih.
ReplyDeletesalam madam....bape yuran nak belajar ya? modul mcm mana kalu sehari suntuk tu?
ReplyDelete