October 09, 2012

KEMAHIRAN SEBAGAI JAMINAN KERJAYA CEMERLANG

KEMAHIRAN SEBAGAI JAMINAN KERJAYA CEMERLANG

Menjawab beberapa persoalan rakan FB semalam. Bukan semua lepasan sekolah berminat untuk menyambung pengajian akademik, sebaliknya ada juga yang lebih cenderung dengan kerja-kerja praktikal serta
berasaskan teknikal.

Menyedari potensi mereka untuk digilap sebagai sumber manusia separa mahir dan profesional dalam bidang kemahiran, maka Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyediakan laluan alternatif kepada lepasan sekolah menengah. Peluang itu dibuka kepada belia untuk melanjutkan pengajian sebelum menceburi bidang pekerjaan atau mengikuti program Ijazah yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi (IPT).

90 peratus daripada pelajar-pelajar yang baru menamatkan persekolahan akan memilih jurusan pengajian bersandarkan kepada factor populariti, trend dan ikutan semata-mata sahaja tanpa menimbangkan keperluan dan permintaan terhadap mereka di dalam bidang kerjaya selepas lima hingga 10 tahun daripada sekarang.

MARA menawarkan Program Latihan Kemahiran peringkat sijil dan diploma di Institut Kemahiran MARA (IKM) dan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM). Banyak kelebihan pendidikan teknikal dan vokasional MARA.

Antaranya menyediakan laluan alternatif walaupun berkelulusan akademik yang rendah melalui (GIATMARA - IKM - KKTM - UniKL).
Malah tiada yuran pengajian, tetapi diberi pula Elaun bulanan.
Pelajar miskin mendapat bantuan kewangan dari KKLW
Latihan industri, Mendapat pengiktirafan JPA,
Program latihan menggunakan sistem penilaian CGPA - dapat
pemindahan kredit, mendapat kerjasama industri seperti Toyota, Petronas, WIM dan TWI. Pelajar cemerlang berpeluang melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Pengalaman saya lebih 30 tahun menjadi majikan, 95 peratus majikan pada hari ini lebih menitikberatkan aspek kemahiran dan juga pengalaman yang dimiliki oleh seseorang bakal pekerja berbanding kelulusan akademik semata-mata. Sebilangan pelajar hari ini dilihat mudah terpengaruh dengan rakan-rakan dalam membuat keputusan berkaitan bidang pengajian yang akan diikuti dan kebanyakan pelajar terutama di kalangan bumiputra lebih cenderung untuk memilih jurusan yang senang untuk lulus bukannya bidang yang mudah untuk membangunkan sebuah kerjaya yang stabil bagi tempoh masa yang panjang.

Jadi, kepada ibubapa yang mempunyai anak-anak yg tidak mempunyai kecemerlangan akademik jgn menyisihkan mereka. Beri dorongan sewajarnya dan bawalah mereka kearah pendidikan kemahiran yang sesuai dgn minat dan potensi membina kerjaya di masa depan. Maklumat terkini MARA menunjukkan status lepasan pelajar2 lepasan teknikal dan vokasional ini lebih 77% telah mendapat pekerjaan dengan mudah, 15% telah melanjutkan pelajar ke peringkat tinggi, 5% terlibat dalam keusahawanan dan hanya 3% saja yg belum mendapat kerja.

InsyaAllah, sy akan bekerjasama dgn MARA akan menjelajah seluruh negara, bertemu dengan para usahawan, ibubapa, adik-adik pelajar dan akan berkongsi pengalaman untuk memantapkan semangat dan mengilap potensi dalam diri mereka demi mencipta 3K (Kejayaan, Kebahagiaan, Kekayaan).

1 comment:

  1. salam madam Azra,
    saya menyesal kerana membuang masa 3 tahun belajar d university, minat menjahit timbul bila saya berhenti kerja, saya ingin menyambung pelajaran dibidang jahitan, kini mencari peluang untuk belajar jahitan anjuran mara sbb x mampu lagi nak bayar yuran:)sekiranya ada pengambilan kursus jahitan anjuran MARA, harap madam dapat kongsikan. tq

    ReplyDelete