June 15, 2011

Hasil kerja student madam

Assalamualaikum.Moga semua pembaca blog madam berada
dalam keadaan sihat ceria n berbahagia selalu.Amin!
Untuk N3 kali ini madam sangat berbesar hati untuk
mempamerkan hasil kerja sebahagian dari student madam.
Insyaallah selepas ini madam akan selalu membuat N3 hasil
kerja student2 madam atau bekas2 student madam.Harap
bekas student madam mana yang ingin madam masukkn
hasil kerja mereka ke dalam blog madam,sila hubungi madam
atau datang ke butik madam.

Ok!madam persilakan pembaca blog madam ni melihat hasil
kerja student madam.Silakan!


Ini adalah baju kurung pesak berpaiping(kun)
Student madam ini sangat menitik beratkan
kehalusan jahitan.Untuk leher ini saje,dia telah membuat
3 kali percubaan.Dan ini lah hasil kerjanya.

Bahagian susun tepi di kain.
Lihat hasil jahitan paiping oleh student madam
saiz paiping yg cantik iaitu sama besar,kemas,jarak
jahitan yg sama n mata jahitan yg sesuai.

Hasil kerja yang kemas .Setiap langkah kerja
madam suka student madam melakukan kerja2
kemasan,jadi mata pun sedap memandang setiap
kerja2 yang dah kita siapkan.

He he he....tengok,kucing kesayangan madam
si blacky sibuk nak bergambar sama!

Jahitan paiping di bahagian
belakang tengkuk.Kelihatan
sama saiz.

Bahagian hujung tangan yang
telah siap di sembat.


Untuk N3 kali ini,setakat ini sajer.
Madam akhiri dengan salam satu Malaysia n senyum selalu!
Insyaallah,jumpa lagi.











No comments:

Post a Comment