Assalamualaikum kepada pembaca blog madam.
Semoga kalian semua dlm keadaan sihat sejahtera.Amin!
Untuk entri kali ini madam ingin berkongsi tentang
tempahan sepasang baju nikah yg di tempah oleh Fazlin
yg tinggal di Bangi.Fazlin dan pasangannya sangat gigih ya,
sanggup bersusah payah dari Bangi datang ke butik madam
yg terletak di Sentul.Jauh tu!Alhamdulillah madam telah pn
menyiapkan tempahan pasangan ini pd masanya
(sebenarnya awal dr tarikh yg di janjikan) dan
telah pun memenuhi citarasa pasangan ini.Pasangan ini
telah datang mencuba pakaian nikah mereka dan sangat
berpuas hati kerana potongan pakaian yg madam potong
dan jahit terletak di tubuh mereka.Tak ada sedikit pun
alteration yg perlu madam lakukan.....mereka sangat
berpuas hati dan keluar dari butik madam dengan senyuman....
Sebagai tukang jahit...madam pn sangat gembira!
OK la,cukup madam berceloteh ya!jemput lihat pakaian nikah
Fazlin dan pasangannya.
Ini adalah bahagian hujung tangan.
Hujung tangannya bertingkat dan
madam tambah jahitan manik di atas
kain satin hujung tangan.
Hujung tangan yang bahagian lace,berbiku2
jadi madam jahit manik tabur dan mengikut
bentuk biku2 kain lace.Jadi hasilnya tak lah
kelihatan janggal.
Madam gunakan warna manik berdasarkan
warna yang ada pada batu2 yg memang dah
ada di kain lace itu.
Kainnya,simple saje.Fazlin minta madam
buatkan 'tail" di belakang kainnya.
Ini adalah baju melayu butang 5 utk pasangan
Fazlin.Pasangan Fazlin sangat gembira memakaian
baju melayunya ini kerana semuanya terletak elok!
Kerana di butik madam tiada patung lelaki.
jadi madam gantung n letak atas meja saje utk
ambil gambar!Sebenarnya pakaian baju melayu
ini adalah sepasang,tapi madam terlupa nk ambil
gambar seluarnya.....hua hua hua...nyesal!
Madam pn tak tau camna madam leh terlupakan
ambil gambar seluar baju melayu ni!!!!....
mmmm...memang tak boleh di maafkan atas
'keterlupaan'madam ni!
Madam akhiri entri madam kali ni dengan
ucapan ribuan terima kasih kerana sudi luangkan
masa untuk menjengok blog madam yang tak
seberapa ni.....Salam satu Malaysia n senyum selalu ya!
No comments:
Post a Comment