Assalamualaikum dan salam syng semua!Moga di penghujung tahun 2016 ini banyak kebaikkan dan kejayaan telah di raih! Madam pasti,ramai yang dah tahu di AZRA FESYEN ada menerima tempahan name tag dan sulaman lain. Kali ini sekali lagi madam nak war-warkan tentang penerimaan tempahan name tag dan bag tag terutama sekolah untuk tahun 2017 bakal menjelma! So tentu ibuayah sibuk mencari tempat untuk menempah name tag @ bag tag.AZRA FESYEN bukan saja menerima tempahan,malahan juga menyediakan perkhidmatan pos.Jadi bagi yang tinggal jauh dari tempat madam di Sentul ni boleh tempah dan madam poskan. Jadi ini memudahkan anda yang menempah kan! mmmm ok lah! jom la tengok gambar,nanti bosan pulak dengan madam.
Ini antara tempahan yg madam siapkan.Setiap hari tempahan masuk jadi madam ushakan setiap hari sulam name tag dan bag tag.
Proses membuat name tag ni agak remeh. Setelah menerima tempahan dari pelanggan dan perbincangan serta kata putus di buat,maka madam mula membuka laptop dan pergi ke software sulaman yang madam beli dari overseas.Di software madam akan buat beberapa step dan masukkan ke pendrive. Kemudian madam mula buat persiapan bahan2 untuk menyulam.Proses ini agak perlukan ketelitian dan pastikan kain dan lapisannya tegang secukupnya.Setelah itu pasangkan hoop yg telah siap di pasangkan kain dan lapisan yg sepatutnya setegang yg mungkin. On mesin sulaman,set benang dan mula jalankan mesin. Mesin akan sulam ikut apa yg telah di save ke pendrive. Masa proses menyulam kekadang(selalu sebenarnya!) benang akan buat perangai samada benang atas atau bawah! Tetapi ketika berlaku begini,madam amalkan selawat dan istighfar sebab ada masa benang putus sesuka hati dan mencabar kesabaran! Hehehehe.....pandai2 la pujuk abg sado tu!(mesin sulam madam,madam namakan abg sado U!)
Opppsssss.....lupa pulak madam nak share,kain yang di gunakan utk name tag ialah kain YELLOW LINE ya.
Ini pulak nak sembang pasal bag tag.Madam ada pelbagai bentuk dan desing bag tag.Yang madam tunjuk kali ni ialah tempahan yang madam terima dan buat. Apa kegunaan bag tag? Bag tag bagi anak2 yang bersekolah rendah terutama yang baru melangkah ke alam persekolahan sangat sesuai.Bag tag akan jadi pegenalan utk ank2 cam bag sekolah mereka,lagi bagus jika ank2 dah mula tahu eja nama sendiri.Mereka boleh kenal pasti bag mereka.
Ini bag tag Ultraman! kanak2 sekolah rendah dan tadika sangat suka!
Untuk bag tag gambar di atas dan di bawah sangat sesuai utk org dewasa letakkan di bagasi mereka. Jadi masa nak ambil bag setelah turun kapal terbang senang utk kenal pastikan!Bukan sekadar cantik,menarik....malah lain dari yang lain kan?!Berminat? hubungi madam ya!
Yang gambar bawah ni pulak ialah permintaan dari pelanggan madam.Dia tempah name tag dalam jumlah yg lebih dari org lain kerana meletak name tag di bag.Ada juga yang tempah utk di jahit pd pakaian sukan sekolah,baju sekolah dan kasut!Pada mereka yang ank hantar di nursery ada juga tempah utk di jahit pada pakaian ank2 mereka dan bag.
Gambar di atas pulak ialah,tempahan yang madam terima dari seseorang.Name tag yang di tempah dalam saiz yang tak sama dengan name tag biasa.Pelanggan hanya minta tulis Bill Keith utk di lekatkan pada hantaran!
Yang gambar di atas pulak ialah tempahan dari pekerja sebuah syarikat.Yang ini saiznya pun tak sama spt name tag biasa dan di belakangnya ada madam jahitkan sekali velcro.
Gambar yang di bawah ini pulak,adalah bag tag yang sangat di gemari kanak2!
Mmmmm.....nampaknya setakat ini perkongsian dari madam. Pada yang berminat menempah,boleh hubungi madam di 012-9757909.
Hingga jumpa lagi......Senyum selalu dan salam 1 Malaysia dari madam!Daaaaaaaaaaaaa
No comments:
Post a Comment