January 20, 2016

FALSAFAH BAJU MELAYU (TRADISIONAL)

Bismillah.Assalamualaikum dan salam kasih sayang pada semua pengunjung blog kesayanagan madam ini.N3 kali ini madam ingin kongsi sesuatu yg berkelaianan dari biasa.Mari kita mendalami baju tradisional yang jadi kebanggan kita orang melayu.

CANTIKNYA BAJU MELAYU
ADA SEBAB BUTANGNYA LIMA
DAN BUTANGNYA SATU
DAN KENAPA KOCEKNYA TIGA












  





Setiap sesuatu bermula dengan langkah pertama.Berbaju melayu misalnya di mulakan sekitar 700 tahun dulu dan di percayai di perkenalkan pada zaman empayar Melaka pada zaman Sultan Muhammad Shah,serta kaya dengan falsafah dalam berbusana.Sultan Muhammad Shah ketika itu mahukan orang melayu berbaju khusus bagi menampilkan mereka sebagai bangsa yang mempunyai jati diri.

Sekali pun alam berpakaian ,bukannya berbaju "atas angin"seperti pakaian pedagang Arab atau India zaman itu.Timbalan Dekan Pengajian Siswazah.Fakulti Bahasa dan Komunikasi,Universiti PerguruanSultan Idris(UPSI),Prof.Madya Datuk Paduka Dr. Mohd.RosliSaludin ketika di hubungi ,menjelaskan Baju Melayu pada zaman Melaka awalnya di pakai singkat dan sendat seperti baju pesilat.

Bagaimanapun rekaan baju melayu ini mengalami evolusi dan di ubah suai atas persetujuan Sultan.Dari berbaju sendat dan seluar singkat,bajunya menjadi sedikit longgar dan labuh.Seperti kehendak Sultan Muhammad,pemakaian baju Melayu oleh orang lelaki bukan sekadar menutup aurat,tetapi lambang identiti bangsa.

Cara penggayaan baju Melayu,juga sebenarnya mengandungi falsafah tersendiri.Orang Melayu sangat berhemah apabila bertutur kata dan perlakuan mereka,malahan pemakaian membawa makna sendiri.Secara tidak langsung,orang Melayu mendidik generasi muda melalui pemakaian.

Baju Melayu ada dua rekaan iaitu Cekak Musang dan baju Teluk Belanga.Baju Melayu Cekak Musang butangnya lima.Berbutang lima merujuk kepada lima rukun islam,dengan dua butang di atas bermaksud,mengucap dua kalimah syahadah dan sembahyang lima waktu.Selebihnya di wakili,tiga butang di bawah.Jika kita buang dua butang dan hanya pakai tiga,falsafah di sebalik.Menegak rukun Islam tidak tercapai.Malah ada teromba mengenai pentingnya pemakaian lima butang baju ini:

"cekak musang berbutang lima 
  lima rukun di dalamnya
  lima petua di bawanya
  lima tiang di tegakkan"

Mana kala,Teluk Belanga pula,butangnya satu dan membawa falsafahnya tersendiri.Pemakaian satu butang untuk teluk belanga bermaksud Tuhan Yang Esa,seperti di nyatakan dalam teromba yang berbunyi:

"teluk belanga berbutang tunggal
  tunggal satu tuhan yang di sembah
  tunggal tidak dapat di anjak alih
  tunggal tidak dapat di belah"

Tiga kocek pula,merujuk kepada Iman,Ihsan dan Islam.


Sungguhpun demikian,ada juga pandangan lain mengatakan,butang baju Melayu sebenarnya ada tujuh dan jenis ini di pakai oleh golongan aristokrat,manakala pemakaian kurang daripada tujuh hanya di khususkan kepada orang kebanyakan.Butang tujuh ini merujuk kepada tujuh lapis langit dan bumi,dan tujuh tingkat syurga dan neraka.Bertujuan mengingatkan bangsawan akan Allah Yang Maha Mulia.

Jika memakai baju melayu ia mesti di lengkapi samping.Tanpanya pemakaian menjadi janggal kerana ia juga membawa maksud tersirat sama ada si pemakai sudah berkawin atau sebaliknya.
Apabila mengenakan sampin,lelaki yang sudah berkawin mesti di bawah lutut.Namun,kalau orang yang bujang,sampinnya mesti di atas lutut.Kalau orang sudah berkawin,memakai sampin singkat,itu tandanya dia hendak menambah isteri.Ada teromba klasik berhubung pemakaian sampin,berbunyi:

"adat memakai sampin
kok sudah beranak bini
atau orang yang patut-patut
kain sampin bawah lutut
sama setentang paras betis
ikat bergulung lurus lurus
jika ikat atas lutut
itu tandanya nak cari lagi
harus tahu keadaan ini"

"kok anak muda muda
kain labuh di atas lutut
bagai dubalang masuk gelanggang
bagai ayam mencari lawan."

Cara pakai sampin pun ada makna atau menunjukkanstatus masyarakat.
Contohnya kerabat mengikat kepala sampin di sebelah kanan.Bangsawan di sebelah kiri.Rakyat biasa di tengah tengah.
Ilmu dan falsafah di sebalik pemakaian baju melayu perlu,di hebahkan supaya lebih ramai yang tahu dan mempraktikkan apalagi dengan kepantasan dan kecanggihan teknologi komunikasi hari ini.

Orang muda tidak buat sebab,mereka tidak tahu.Kalau tahu tentu mereka buat.Sebab ini adalah adat kita orang melayu.Kalau kita tidak sebarkan ilmu ini,sampai bila-bila pun ia tidak dapat di kongsi dengan masyarakat.

Info ini madam dapat dari Cikgu madam.
Harap perkongsian ini memberi manfaat pada masyarakat.
In Sha Allah!

Sebelum madam tinggalkan kalian,seperti biasa....
Senyum selalu dan salam satu Malaysia!
Daaaaaaaa...... tunggu N3 seterunya ok!












2 comments:

  1. Assalamualaikum Madam,

    Sangat bermanfaat ilmu ni. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.Terima kasih berkunjung ke blog sy.

      Delete