September 24, 2015

CARA MENJAHIT GETAH(BENANG GETAH) DI HUJUNG TANGAN


Bismillah. Assalamualaikum dan Salam syng semua. Lama madam x buat tutorialkan. Hr ni, madam Cuba cari masa utk buat tutorial cara menjahit benang getah di hujung tangan ya. Jom kita mulakan.

1- Masa nk potong tangan, tak kira la samaada nk buat pd tangan baju apa pun, pastikn lebihkn labuh@panjang tangan 1.5"dari ukuran asal. Cnth-panjang tangan asal 22"+1.5"=23.5. Kenapa? Sbb bila tangan jenis ada cengkaman atau kaf, bila nk gerakkn tangan, tangan akan tertarik keatas dan agak tak selesa. Atas sbb itu kita perlu lebihkn sedikit labuh/panjang tangan.

2- Lebar tangan pula, berapa ukur keliling hujung tangan JGN bahagi 2 ya. Sbb getah akan berkedut.Jika kurang nanti di pergelangan tangan atau hujung tangan akan jadi ketat.Cnth: keliling hujung tangan 7. So buat lebar hujung tangan 7 juga, jgn bahagi 2 ya. Utk lebih jelas, lepas gunting kain bahagian tangan, bila di buka. Hujung tangan jd 15" termasuk basi utk cantum.

3-Di hujung tangan jgn jahit tepi ya. Sbb kita nk buat kelim halus atau baby seam. Jika pilih nk buat jahit tepi halus pun boleh. Ikut la cita rasa sendiri ya. Ok sekarang nk mula jahit kedut dgn benang getah.

Setelah buat kelim halus di hujung tangan, tukar benang sekoci bawah kpd benang getah ya. Adjust tensions rumah/ibu sekoci. Jika guna mesin portable yg x ada ibu sekoci x payah lak pi godek mesin tu ya.

Buat tanda jarak yg di sukai. Madam buat jarak 3/4". Dan mulakan jahitan benang getah yg pertama. Ingat ya, bila jahit getah mesti tarik kain yg sedang di jahit. Pastikn jahitan anda lurus.**Lebar keliling tangan baju ini 7'.so lebar kain utk hujung tangan ini 7'+1''(basi jahit tepi tangan ini nanti,1/2kiri dan 1/2 kanan.Harap boleh faham ya.

Bila dh siap jahit garisan pertama. Masa di hujung jahitan tak perlu di matikn. Bila sampai hujung jahit naik keatas spt yg madam tunjuk dlm gmbr di atas. Jahit keatas dlm anggaran 1/2" atau 5mata jahitan.
Kemudian buat jahitan baris kedua. Sama spt yg pertama, masa jahit tarik kain tu. kalau tak nnti x nampak lurus atau tak jahitan tu.




Bila jahitan barisan kedua dh sampai hujung, ulang cara yg tadi .



Ulang hingga berapa barisan yg kita hendak.Madam buat 5 barisan.Tujuan tidak putuskan benang supaya benang tidak mudah putus semasa pemakai memakai pakaian ini.



Madam gunakan 2 sekoci.Yang satu memang madam khaskan utk sekoci benang getah dan satu utk benang biasa.Dengan ini madam tak perlu adjust tension sekoci setiap kali hendak jahit guna benang getah.



Inilah rupa sebelah dalam benang getah yang telah siap di jahit.Ditepi tangan baju pun kemas sbb tak ada benang yang berserabut kerana kita jahit dgn teknik tidak putuskan benang.



Ini pulak ialah rupa di sebelah luar yang dah siap sempurna di jahit.




Ini pula ialah madam tunjukkan cara menjahit hujung tangan yang berkaki(ada border). Buat juga kelim halus(baby seam).










Ok,camna? Madam doakan semua yg mengunjungi N3 ini dapat manfaat dari perkongsian ilmu dari madam ini.Aamiin! Madam ingin buat sedikit permintaan ,Pada sesiapa yg mendapat manfaat atau menguna pakai ilmu yang madam kongsikan tak kira samaada di N3 ini atau yang lain2,sudi kira sedekahkan Al-Fatihah buat madam.Itu saja yg madam minta dari pengunjung blog madam yg mendapat manfaat dengan perkongsian ilmu madam.
Nampaknya sudah di penghujung.Madam minta undur diri dan maaf jika ada kekurangan dalam perkongsian madam.Hingga jumpa lagi,senyum selalu dan salam 1Malaysia!Daaaaaaaa

6 comments:

  1. Assalamualaikum.. maaf madam.. nk tanya.. ibu sekoci utk benang getah tu kita nk ejas ketatkan atau longgarkan.. sbb sy penah cuba jahit x ejas apa2...sy guna mesin highspeed.. x secantek madam buat la.. agak longgar.. tp buat bj sendiri bleh la nk pakai. Hehe.. terima kasih madam...byk ilmu sy dpt dr N3 madam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Faliza,sekoci utk benang getah sy longgarkn tapi boleh adjust jika terlalu longgar.Sy sediakan satu khas utk kegunaan sendiri jd tak la perlu adjust setiap kali nk guna.Apa pun boleh adjust hingga dapat hasil yg memuaskan.

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Salam madam,nk tanya....ukuran pnjang tgn tu termasuk basi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam syng .Masa nk potong tangan, tak kira la samaada nk buat pd tangan baju apa pun, pastikn lebihkn labuh@panjang tangan 1.5"dari ukuran asal. Cnth-panjang tangan asal 22"+1.5"=23.5. Kenapa? Sbb bila tangan jenis ada cengkaman atau kaf, bila nk gerakkn tangan, tangan akan tertarik keatas dan agak tak selesa. Atas sbb itu kita perlu lebihkn sedikit labuh/panjang tangan.

      Delete
  4. salam madam, nak tanya kalo dri pola ceruk lengan sampai panjang lengan kita bahagi 2 untk pola... kira nya keliling lengan tu x payah bahagi 2 trus buat ukuran asal,,,, kalo keliling lengan nya 6 ... jdi 13 skali basi ke

    ReplyDelete