Assalamualaikum dan salam sayang buat semua pengunjung dan pembaca blog madam.Semoga semua sihat waalfiat.Untuk N3 kali ini madam sekadar berkongsi info yg madam simpan,tapi info ini bukan ori dari madam.Madam dapat info ini dari group yg madam sertai di FB.Tapi,madam minta maaf sebab lupa dari group yang mana satu.Banyak sangat group di FB.Dan madam harap jika empunya info ini terbaca di blog madam tidak marah kerana madam berkongsi pengetahuan ini di sini.Moga manfaat perkongsian info ini memberi kebaikkan pada empunya,madam dan pembaca blog madam.In sha Allah.



TIPS MENJAHIT KAIN LYCRA TANPA MENUKAR TAPAK MENGGUNAKAN MESIN JAHIT INDUSTRI :
Mesti ramai yang tak tahu cara untuk menjahit kain lycra tanpa perlu menukar tapak dan sebagainya. Ada yang cakap kena guna jarum emas la. tukar tapak lain la. Sebenarnya tak perlu pun kalau anda tahu cara untuk adjust mesin anda.

1. JARUM :
ramai yang ingat kena tukar jarum mas/emas jarum untuk jahit lycra . sebenarnya jarum ini hanya untuk mesin jahit portable sahaja. untuk mesin jahit industri mmg tak perlu pun jarum ni . cuma gunakan jarum saiz 11 pun dan ok . bergantung kepada ketebalan kain. lagi tebal kain , gunakan jarum 13

2. KETEGANGAN BENANG:
anda boleh adjust ketegangan benang seperti gambar di atas. Fabrik lycra adalah fabrik yang mudah diregang, jadi ketatkan ketegangan benang dengan memulas ke arah jam jika mata jahitan asal melompat2 atau longgar. Berbeza dengan fabrik yang biasa seperti cotton, poly , fabrik lycra perlukan ketegangan benang yang lebih untuk mencengkam fabrik. Adjustment ni kena la dibuat secara sedikit demi sedikit sehingga mendapat mata jahitan yang dikehendaki. Jika mata jahitan terlampau rapat dan tegang, pulaskan ke arah lawan jam .

3. MATA JAHITAN:
Mata jahitan jangan terlampau kecil seperti 2 atau kurang , guna saiz 2.5 atau 3 untuk lebih cantik

Wallahualam... harap dapat cuba.. hasil dari pengalaman mengkaji, membaiki dan menggunakan mesin jahit sendiri  Semoga tips ni berguna utk kawan2 sekalian

*Setakat ini,madam menjahit menggunakan mesin highspeed.Alhamdulillah,madam tidak ada masaalah bila menjahit kain lycra.Madam menjahit guna jarum yang sama madam jahit baju2 biasa.Hanya perlu sedikit bermain dengan tension benang.Jika anda seorang yang memang banyak menjahit pakaian dari kain lycra,anda juga boleh panggil  tecnicsion/mekanik mesin utk setkan mesin anda utk jahit kain lycra.Dalam masa yang sama mesin anda boleh menjahit jenis dari lain2 kain.*

Nampaknya hanya sampai di sini N3 utk kali ini.Hingga jumpa lagi,salam ! Malaysia dan salam sayang dari madam.Daaaaaaaaaaaa......senyum lah utk hilangkan stress!