November 28, 2013

Naik taraf mesin2 jahit utk students di AZRA FESYEN

Assalamualaikum,salam sayang buat semua pengunjung blog madam.Moga semua sihat sejahtera n ceria hendaknya.Terima kasih yg berkunjung ke blog madam dan pada yg telah mendapat manfaat dari perkongsian ilmu madam di blog n secara langsung dari madam,mohon madam,sudi sekirannya kalian sedekahakn Al-Fatihah buat madam.Kpd yg bukan islam,doakn kesihatan madam baik2 ya!Terima kasih!...Ok,utk N3 kali ini madam nak berkongsi cerita tentang perkembangan AZRA FESYEN,2 bln yg lalu madam telah menukarkn mesin2 lama (mesin hitam) kepada mesin high speed yang baru.Pertukaran ini kerana madam ingin students madam lebih berkeyakinan dan bersemangat!Pada awalnya,students madam takut2 nk gunakan mesin high speed ni,tapi dengan tunjuk ajar dan bimbingan personal dari madam ,Alhamdulillah mereka  boleh menguasai penggunaan mesin high speed ini.Lagi pun dengan penggunaan mesin high speed kita boleh menghasilkn kerja jahitan yg lebih cepat,berkualiti dan kemas..(madam tak nafikan mesin hitam juga punya kehebatan tersendiri) pada madam utk jahit pinggang kain bergetah separuh-separuh sebaiknya guna mesin high speed sebab tapaknya lebar,tekanan yg bagus dan kekukuhan mesin high speed itu yg bila kita tarik getah utk jahit di pinggang ianya stabil.Tunjuan madam tukar mesin hitam ke high speed juga ada kaitan dengan students2 SLDN di AZRA FESYEN.Insha Allah,mereka akan duduki peperiksaan pd hujung thn ni atau awal thn depan,utk tahap 1&2.Jadi madam nak mereka berkeyakinan tinggi utk siapkan tugasan mereka nanti.Rasanya jom la kita tengok gambar pulak ya!...jom jom jom.....




Ini lah deretan mesin2 hitam madam.Telah di susun luar kedai sbb menanti kedatagan mesin2 high speed yg baru.


Sebenarnya madam berat hati nak keluarkan mesin2 hitam madam ni sebab besar jasa mesin2 hitam ni pada kerjaya madam.Tapi,perubahan mesti di buat!...maka perpisahan terjadi jua antara madam dan mesin2 hitam ni.

 Mesin hitam yg ini,sangat nostalgia!sangat2 bermakna buat madam!usia mesin ini 25thn!selepas berkahwin,ini lah mesin pertama madam.Mesin ini lah saksi jatuh bangun kerjaya madam.Mesin ini mengajar madam mengenal kehidupan,menjadi tabah,cekal dan buat madam mahu terus berjaya dlm kerjaya madam ini.Dan ......berderai laju airmata madam menceritakan kisah madam dan mesin istimewa ini...Sebenarnya rasa kesal yg tinggi menghambat jiwa madam kerana melepaskn mesin ini pergi dari hidup madam!Maafkn diriku mesin ku sayang,terpaksa melepaskn mu kerana tiada pilihan...selama madam gunakan mesin hitam ni madam tak pernah panggil "technician"utk service atau repair jika timbul masaalah sbb madam akan buat sendiri dengan penuh kasih sayang pada mesin hitam ini.Cinta madam pada bidang jahitan mekar bersama2 mesin hitam ini...semuanya tinggal kenangan!...mesin ini juga buat madam berada di tempat madam sekarang....jika di lihat,madam seperti kacang lupakan kulit atau tak kenang budi....tapi mesin ni tahu bagaimana syng madam padanya.Moga mesin hitam istimewa ini mendapat tuan baru yang baik n sayang kan nya.Mesin hitam istimewaku,berkhidmatlah dgn baik pada tuan baru mu...pasti kau di sayangi!...


Lihat lah! dua ekor kucing kesayangan madam ni,mereka pun sibuk sama! yang hitam tu namanya "Mr.Thamby" dan yg di bawah tu "Mama"....kedua2 ekor kucing ni penyeri kedai madam.Penghibur madam!





Chak!..ini lah mesin2 high speed yg baru telah tiba dan mengantikan tempat mesin2 hitam.....



Berseri2 kan kedai madam!sekarang di Azra Fesyen ada 5 biji mesin high speed,sebiji mesin jahit tepi high speed,2 biji mesin portable dan juga sebiji mesin brother Nv950 yg sangat hensem!hehehehehe.....


Alhamdulillah!syukur madam pada Allah,dengan rezekinya madam telah menukar mesin2 madam kepada yg lebih baik utk students madam.Dan moga dgn kehadiran mesin2 high speed yg baru ni bertambahlah students dan rezeki madam.Amin!




Nampaknya,sampai di sini perjumpaan kita utk kali ini.Hingga jumpa lagi madam akan cuba kongsi ilmu pulak ya.Akhir kata senyum selalu dan salam 1 Malaysia!...daaaaaaa!

No comments:

Post a Comment