April 27, 2012

BERSIH!???

Assalamualaikum dan salam satu M'sia!moga semua dlm sihat sejahtera hendaknya.Amin!..Hari ini semua org perkatakan tentang BERSIH!..Di sebabkan BERSIH madam terpaksa membatalkan rancangan madam utk membawa anak2 ke PWTC,pesta buku.Madam dan anak2 memang tak pernah ketinggalan mengunjungi PWTC bila ada pesta buku.Tapi untuk kali ini mungkin madam agak lewat utk mengunjungi pesta buku,mungkin hari rabu madam bawa ank2 pergi ke PWTC.Pada hari esok madam ada kelas,isnin dan selasa pulak madam akan bercuti ke........biarlah rahsia...ssshhhh!.....So di sebabkan semua org bercakap n bincangkan tentang BERSIH...apa kata kita mulakan dengan diri kita dulu...

1-BERSIHKAN HATI KITA DENGAN BANYAK BERZIKIR

2-BERSIHKAN TUBUH BADAN KITA DENGAN:-

**MANDI BERSIH2....SCRUB BADAN BUANG DAKI N

  KULIT MATI,BERSIHKAN GIGI,MULUT DAN LIDAH.

**SHAMPOO RAMBUT...SEBERSIH2NYA!

3-BERSIHKAN BILIK AIR ANDA....BIAR MEMANCAR2!

4-BERSIHKAN BILIK TIDUR ANDA....BIAR UDARA

  SEGAR MEMENUHI BILIK  TIDUR ANDA 

5-BERSIHKAN SELURUH KAWASAN LUAR DAN DALAM    
  RUMAH ANDA.

6-BERSIHKAN KERETA LUAR DAN DLMNYA...JGN  
  KERETA ANDA TU MACAM TONGKANG PECAH!


7-BERSIHKAN KASUT SEKOLAH ANAK DAN KASUT ANDA 
  JUGA JIKA PERLU.


8-BERSIH DAN SUSUN BUKU DLM BEG SEKOLAH ANAK.
  TENGOK KOT ADA KERJA SEKOLAH YG PERLU ANAK 
  SIAPKAN DAN APA YG ADA DLM BEG SEKOLAH ANK 
  TU!
9-BERSIHKAN DAPUR DAN PETI SEJUK DI RUMAH ANDA
  (JAGAN SIBUK PULAK TENTANG DAPUR DAN PETI 
   SEJUK RUMAH SEBELAH)..HEHEHE

10-AJAR ANAK2 TENTANG BERSIH YANG SEPATUTNYA.

Mmmmm banyak benda  dan perkara yang berfaedah boleh kita buat pada hari BERSIH ini....Jom jom jom....kita buat kerja bersih membersihkan ni....mungkin dengan aktiviti BERSIH yang kita lakukan bersama dengan ahli keluarga kita akan mengeratkan lagi kasih sayang kita bersama ahli keluarga.....sayangilah keluarga!Ok madam akhiri perjumpaan kita kali ini dgn salam syng,salam 1 M'sia
dan senyum selalu....Daaaaaaaaaaa!

No comments:

Post a Comment