Assalamualaikum dan salam syng utk pembaca blog madam.
Apa khabar semua?Moga kalian sihat sejahtera n ceria selalu.
Amin.Agaknya apa ya yang madam nak kongsikan dgn kalian
semua ya?..Mmmm kali ni madam terpanggil utk
memperkenalkan salah satu teman sejati madam.
Yang selalu seiring dgn kemajuan kerjaya madam.
Dalam kerjaya seorang tukang jahit,GUNTING adalah
peranan yg sangat penting.Jika ingin menjadi tukang
jahit yg berjaya MESTILAH! mempunyai sepasang gunting
yang baik.Apa yang di maksud gunting yg baik?Gunting
tersebut mesti lah mempunyai berat yg sedang elok,iaitu
tidak terlalu berat or terlalu ringan.Tentunya gunting itu
di perbuat dari besi yg bagus!Gunting yg di buat dari besi yg
bagus mempunyai daya magnet di hujung gunting tersebut.
Gunting juga seharusnya TAJAM!...TAPI!jika hujungnya
terlalu tajam boleh menyukarkan kerja2 mengunting kain.
Tak percaya?Betul,jika gunting kita tu terlalu tajam terutama
di hujungnya akan menyukarkan kerja2 mengunting terutama
kain2 yg nipis sebab "tersangkut-sangkut" di hujung gunting.
Di sini,ingin madam nasihatkan.Ketika mengunting kain
tolong berhati2 dgn peniti.Sebab,jika kita tergunting
peniti kita tu sekali akan menyebabkan gunting kita
terganggu dan akan tumpul.Tapi masih boleh di atasi
jika gunting kita tu baru lagi lepas di asah.Selalunya
madam akan gunting botol kaca di bahagian yg kita dah
tergunting peniti tadi.Tapi ada lagi satu cara tp madam
tak pandai nak ungkap dgn kata2 caranya...maafkan madam
ya.Gunting juga JANGAN di JATUHKAN!ini juga antara sebab2
gunting menjadi tumpul.Madam juga nak nasihatkan
pastikan gunting kain TIDAK DI CAMPUR2 kegunaanya.
Pastikan anda mempunyai gunting kain yg memang
khas utk mengunting kain,gunting kertas yg khas hanya
untuk mengunting kertas serta satu gunting kecil atau
cutter di mesin jahit anda,supaya melancarkan kerja2
jahit menjahit anda ketika di mesin.Begitu la yang
madam lakukan sepanjang madam dalam kerjaya ini.
Ok la,jom madam perkenalkan teman setia madam dan
teman yg telah menjadi tulang belakang kejayaan
kerjaya madam dlm bidang jahit menjahit ini....
Jom,Jom,jommmm
Jeng jeng jeng.....ini lah dia trio kesayangan
madam.Ini lah teman sejati,amat sejati ya!
Ini lah abg "S".Madam sangat menyayanginya.
Madam mulakan kerjaya madam bersama2nya.
Gunting ini di hadiakan oleh arwah ayahnda
tersayang madam.Masa mula2 arwah
ayahnda madam menghantar madam ke
kelas belajar menjahit,arwah ayah telah
membekalkan madam dgn gunting ini.Sehingga
detik ini,gunting ini masih berkhidmat dgn cemerlang
bersama madam.Jadi sudah tentu madam sangat
menyayangi abg "S" ni.hehehehe......
Kalau nak tau abg"S" dah menjadi teman sejati
madam hampir 27 thn!...Hah!lamakan!Madam
mula belajar menjahit ketika menunggu keputusan
S.P.M.Madam selalu merasakan kasih syng arwah
ayahnda madam bila bersama dgn abg"S" ni.
Masa mula2 dulu gunting ini bersaiz 10" tapi
setelah 27 thn berkhidmat n madam dah selalu
mengasahnya selama ini ia dah menjadi 8" ajer...
Kain pembalut di tempat pemegang tu
dah banyak kali tukar tu...
Madam sangat jaga abg "S" ni.Madam
memang TAK BENARKAN sesiapa guna
abg "S" sbb madam takut terjatuh or apa2
ajer yg akan merosakkan nya.Tapi madam
memang tabik spring dgn abg "S" ni sbb
besinya memang berkualiti.Hingga bila madam
pegi hantar asah gunting pasti tukang asah
gunting tu akan kagum n cakap ini baik punya
besi! sekarang memang dah tak ada gunting
yg di perbuat dari besi yg berkualiti sebegini.
Mmmm....tau tak nape madam gelar gunting
kesayangan madam ni abg"S".Cuba perhatikan
logo di badan abg"S".Betul! SINGER!.
Madam dh puas mencari gunting sebegini
di mana2 kedai Singer tapi hampa ajer....
Di sebabkan abg "S" tak ada tolok gantinya
maka makin mendalam lah kasihsyng madam
pada abg "S"....Insyaallah,akan madam wariskan
pada ank2 madam...harap mereka akan
menjaganya dgn baik n penuh kasih syng!
mmm...yang ini abg "black".Hensem juga kan!
Abg Black ni selalunya madam gunakan utk
mengunting kain2 yang tebal atau jeans.
Abg black ni ok jugak! Madam juga syngkan
abg black ni....
Cuba perhatikan logo yg terdapat di badan
abg black...ianya "STAPFISH 3 STARS"
Di hujung gunting abg black ni juga ada
daya magnet....
Hem hem hem....ni teman baru madam...
belum sebulan abg silver ni menjadi teman madam.
Setakat ini,perkhidmatannya sangat bagus!
Abg silver juga punya daya magnet di hujungnya.
Hah!cuba tengok logo di badan
abg silver...."SILVER PHOENIX"
Kalau anda perasan,semua abg2
yg jadi teman setia madam bermula
dgn huruf "S"....SAYANG SEMUA!
Heh!....ni apa ceta?....
Ini adalah teman setia madam juga.Hanya
tugas mereka hanya yg ringan2 saja...
Yang sebelah kanan adalah gunting yang
madam gunakan utk mengunting kertas ajer.
Manakala yang sebelah kiri madam guna di
mesin jahit madam.Memang madam khaskan
kegunaanya di mesin jahit madam.Madam tak
guna cutter di mesin jahit madam kerana
lebih selesa dgn gunting ini...
Mmmm....itu lah teman sejati madam.Teman2
madam ni telah meletakkan madam di tempat
madam sekarang....Pada teman2 setia madam ni
berjuta terima kasih madam ucapkan pd mereka.
Jadi pada yang ingin menjadi tukang jahit berjaya
tolong pastikan anda memiliki gunting yg bagus.
Kekadang madam lihat,nak jadi tukang jahit yg
profesional tapi nak keluar modal beli gunting
yg bagus sangat kedekut pulak!Gunting tumpul
pun masih di gunakan dan kekadang gunting
yang madam guna utk gunting kertas tu sebagai
gunting kainnya.Bila gunting kain herot2,bising pulak!
Jadi,pastikan anda memiliki sepasang gunting kain yg baik
dan berkualiti ya!...
Nampaknya setakat ini jer la N3 kali ini.Harap
kalian pembaca blog madam senang hati membacanya
dan moga memberi manfaat pada kalian semua.
Madam akhiri dgn salam 1 M'sia dan senyum selalu ya!
Daaaaaaa........
No comments:
Post a Comment